Khamis, 20 Disember 2018

MASJID DI HUJUNG DUNIA

Korang tahu tak kat mana letaknya masjid paling dekat dengan kutub utara? Itulah masjid NURD KAMAL.

Masjid ini terletak di bandar Norilsk dalam wilayah Siberia di Rusia. Masjid ini dicatat dalam rekod ‘Guinnes Book of Records’ sebagai masjid yang terletak paling utara di bumi. Atau senang cakap, masjid yang terletak di hujung dunia.

Masjid ini yang mula dibuka pada tahun 1998 diasaskan oleh Mukhtad Bekmeyev, seorang Muslim daripada bangsa Tartar. Masjid ini diberi nama Nurd Kamal, sempena nama bapa Mukhtad.

Kisahnya, pada masa itu ada lebih kurang 40 ribu orang Islam di bandar tersebut, tapi mereka langsung tiada masjid. Jadi, si Mukhtad ni pun ambil inisiatif untuk buat masjid. Dia dapatkan khidmat arkitek tempatan dan dibantu dana daripada macam2 pihak, termasuk seorang dermawan Inggeris, Stephen Trantham yang banyak menyumbang kepada pembinaan masjid ni.

Binaan masjid ni mengambil contoh macam bangunan klasik Turki dan mempunyai 3 tingkat. Kini, masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang wujud di Kutub Utara, dengan komuniti penganut Islam di kawasan ini berjumlah lebih kurang 210,000 orang. Oh ya, Rusia antara negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah. Islam sudah berkembang di sini sejak abad ketujuh Masihi.

Oh, lupa nak beritahu korang, masjid ini merupakan masjid paling sejuk di dunia dengan suhu mencecah -50 darjah Celsius. Lebih kurang 1000 orang bersolat jemaah di masjid ini setiap hari.

Lagi satu, ibadah puasa di kawasan ini berbeza dengan tempat lain. Ini kerana, umat Islam di sini akan berpuasa selama 18 hingga 20 jam sehari.

Fuh, mesti ramai yang beryukur dapat berpuasa di Malaysia kan kan kan... itupun takat berpuasa dalam 9 jam dah asyik gastrik sesaja korang kan...

Rabu, 12 Disember 2018

Renungan pada pandangan

Renungan buat kita semua..

Dalam menganalisa suatu masalah lihatlah foto ini nyata, kita akan menemukan batu menggantung di udara. Ini adalah satu foto, bukan dua foto dan tidak ada yang perlu dinaikkan atau dipegang. Untuk mengetahui apa rahsianya, cuba balikkan telefon kita, kita akan menemukan bahawa batu itu berada di tepi sungai, pelajaran dari sini untuk kehidupan kita adalah kadang kita melihat sesuatu masalah dari satu sudut maka hendaklah melihat dari beberapa sudut pandang lainnya Insya Allah akan kita temukan jawapan dari sebuah masalah..

Feature Post

  Kepentingan Ilmu Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memuliakan manusia dengan kekuatan tubuh badan maupun ketegapannya dan tidak pula Allah s....

Popular Post