Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Pepijat

Imej
Petua hilangkan pepijatYang kecil-kecil tu biasanya susah nak tengok sebab kulitnya telus (transparent). Tapi lepas pepijat tu dah selesai hisap darah boleh tengok badannya bertukar merah. Seekor pijat yang dah kenyang hisap darah, boleh hidup sehingga 6 bulan tanpa menjamah sebarang makanan lepas tu.  Pijat nie suka menyelit di celah-celah sofa, katil, celah dinding, lantai dsb.nya. Tempat yang paling digemarinya ialah tilam dan bantal.Bila dah kena, kenalah rajin menjemur tilam dan pakaian. Sebaiknya baju dan seluar direndam dalam air suam atau air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh.Tilam dan bantal WAJIB dijemur bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Kalau jemur tiap-tiap hari terbaik! Tepuk-tepuk atau tumbuk dan ‘kungfu’ tilam dan bantal bucuk yang dijemur tu untuk ‘menggugurkan’ askar-askar pepijat yang bergayutan.Ada bilik yang lantainya dari kayu atau dinding yang dihias dengan kayu. Jika dirasakan dah dihuni pijat, sembur seluruh bilik dan celah-celah kayu dengan ridsect a…

Drilling bit type

Imej

Arak, Babi, Zina dan Riba

Imej
Arak, Babi, Zina dan Riba: Semuanya Dosa Besar, Tapi Sensiviti BerbezaJarang kita dengar non-muslim di Malaysia apabila berkenalan dengan muslim, mereka akan hidangkan arak, atau babi.  Ini kerana orang Islam sangat sensitif dengan babi dan arak. Pesta Arak yang cuba diadakan di Malaysia pun terpaksa dibatalkan atas alasan menjaga sensitiviti umat Islam. Kalau boleh botol arak pun nak dijauhkan. Begitulah juga sensitifnya umat Islam dengan babi. Apabila timbul isu coklat ada sedikit DNA Babi (belum lagi lemak babi), maka sudah kecoh sampai ada yang nak cuci darah walaupun tak tahu daripada mazhab mana yang suruh dia cuci darah yang termakan coklat itu. Kasut kulit babi pun, kalau nak dijual di Malaysia, wajib diasingkan dan diletakkan notis, walaupun kulit babi yang dijadikan kasut, masih ada khilaf tentang sama ada boleh dipakai atau tidak.  Baguslah, sensitiviti terhadap babi ini bagus.Umat Islam juga sangat sensitif dengan zina, walaupun perzinaan di Malaysia boleh dikatakan agak m…

10 CIRI ISTERI PEMBAWA REZEKI SUAMI

Imej
10 CIRI ISTERI PEMBAWA REZEKI SUAMI10 Sifat Wanita yang Mendatangkan Rezeki Bagi Suami. Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak boleh dilihat secara mata kasar, namun boleh dijelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri ini ‘membantu’ mendatangkan rezeki bagi suaminya.1. Isteri yang pandai bersyukur.Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).2. Isteri yang tawak…

Surah Al An'am

Imej
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam,
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintah Allah), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah), kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai.
Dan bagi tiap-tiap seorang (…

Watermelon

Imej
HERE ARE THE TOP BENEFITS OF EATING WATERMELON:1. Keeps Your Kidneys Healthy2. Fights Against Cancer3. Improves Eye Health4. Fights Against Impotence5. Brain BoostFluid Retention6. Promotes Heart Health7. Reduces Inflammation8. Fights Depression

Rahsia sujud

*R A H S I A  S U J U D  K E T I K A  S O L A T*Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, iaitu:
- dahi
- hidung
- kedua telapak tangan
- lutut
- kedua hujung kaki (jari).Sujud adalah konsep merendahkan diri, memuji Allah SWT  dan meminta segala macam permintaan kepada Allah swt.Sekaligus, mengikis sifat tercela seperti sombong, riya', ujub,  takabur dll.Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University, telah menjadi mu'allaf, karena mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesehatan.Dalam kajiannya ditemukan bahwa
ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yg tidak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud.

Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja.
Iaitu pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (subuh, zuhur, asar, maghrib dan Isya').SubhanAllah... Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi seca…

Halba

Imej
Sebelum tidur jom minum air halba
Walaupun halba ni murah
Tapi kelebihannya mengalahkan EMAS....KELEBIHAN HALBARasulullah saw bersabda:Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas.Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad Bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad Bin ABu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda:'Gunakanlah Halba sebagai ubat' (Qamus Al-Tibb)Kegunaan Halba:1. Diminum sebagai teh untuk:
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lendir tekak
- Melegakan sakit kepala/migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Sengugut
- Meransang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan bisul2. Teh Halb…

Meroyan

Imej
Ok,posting kali ni mengenai apa yang dikda buat semasa dikda kena postpartum depression a.k.a meroyan. Apa itu postpartum depression (ppd)?
Seperti yang diterangkan oleh doktor dikda,ppd ni adalah satu keadaan dimana perubahan hormon dan tekanan yang abnormal yang tak pernah dijangka oleh sang ibu.Pada peringkat pertama,2 minggu selepas bersalin biasanya. Ibu ibu akan menghadapi postpartum blues. Blues ni adalah peringkat awal untuk mengesan adanya ppd.Rasa sedih,murum dan tiada keyakinan diri adalah biasa selepas bersalin tapi apabila keadaan itu bertukar menjadi lebih 'worst'. Korang perlu bertindak dengan pantas.Ppd ni bukan berlaku sebab tak dekat diri dengan Allah,bukan sebab dia tak membuat amal ibadah ye kawan kawan. Kenapa dikda cakap macam tu? Sebab dikda pernah jumpa ustazah yang menghadapi ppd masa dikda praktikal dekat wad psychiatrist dulu. Dia dapat ppd masa bersalin anak yang ke-dua. Awak rasa ustazah tu solat tak? Perubahan hormon ni,kita tak tahu macam mana &…

Bahaya jering

Imej
BAHAYA JERING TAK DIREBUS BETULKes ini berlaku ketika saya baru melaporkan diri ke hospital daerah. Ketika itu saya sedang bertugas on-call di Jabatan Kecemasan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi, apabila seorang lelaki disorong masuk menggunakan kerusi roda."Aduh...doktor, tolong..sakitnya.." rintih pemuda tersebut sambil memegang perutnya.Apabila diangkat ke stretcher, beliau baring dalam keadaan mengerekot. Beliau dalam kesakitan yang sangat. Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat segera mendapatkan lelaki berkenaan, memasang jarum branulla di tangannya. Manakala saya, segera bertanyakan apa yang terjadi."Senak perut, doktor. Tiba-tiba sahaja sejak pukul 12 malam tadi. Rasa nak kencing, tapi tak boleh kencing!"Sebaik sahaja lelaki tersebut bercakap, saya segera mengesyaki sesuati. Bau yang terbit dari mulutnya, adalah sejenis bau yang cukup hancing dan tajam.Saya segera memulakan pemeriksaan. Apabila saya memeriksa bahagian pundi kencing beliau, ianya tidaklah terl…

Perempuan

Imej
Wahai LELAKI,Kalau kamu memilih bersama wanita bekerjaya, kamu perlu menerima dia tidak boleh mengurus rumah sepenuh masa.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita suri rumah yang boleh menjaga dan mengurus rumah tangga sepenuhnya, kamu perlu menerima yang dia tidak menghasilkan duit.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita penurut, kamu harus menerima yang kalau dia bergantung kepada mu.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita yg berani, kamu harus menerima kalau dia keras kepala dan punya pikiran sendiri.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita cantik kamu harus menerima perbelanjaannya juga banyak.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita hebat, kamu juga harus menerima kalau dia keras dan berpendirian.
.
TIADA WANITA SEMPURNA semua hanya dalam mimpi dan angan-angan sahaja ❤️
.

Points of massage

Imej