Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Umur 50

Imej
15 NASIHAT UNTUK YANG DAH BERUMUR 50 TAHUNBERAPA UMURMU?  -  SUDAH 50 TAHUN?"Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50 tahun"
(Hadith Riwayat Bukhari)Al-Khattabi berkata : "Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan. kerana usia 50 tahun merupakan usia yang dekat dengan kematian...Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap2 bertemu Allah."
(Tafsir al-Qurthubi)Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun,*Nasihat Fudhail kepadanya:*"Bererti sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai ... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus ..!"Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah me…

Penyakit kayap

Imej
Petua Hilangkan KAYAPAntara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut:-
Petua 1.
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.Petua 2.
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.Petua 4. (Untuk kayap setompok).
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut…

Angin Ahmar

*Angin Duduk*```Pada suatu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,
Maka datang satu Angin yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman siapakah engkau......?.Maka dijawab oleh Angin tersebut : akulah Angin Rihul Ahmar....dan
Aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari
rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angin
tersebut,maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa:
Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan Allah SW T.
Lalu Rihul Ahmar pun menghilang.Diriwayatkan cucu Nabi Muhammad SAW terkena Rihul Ahmar
sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Maka datang Malaikat Jibril kepada
Nabi SAW  dan bertanya Nabi kepada Jibril. Maka menghilang sebentar,lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada Nabi SAW kemudian
dibaca do'a tersebut kepada cuc…

SEBUT HARGA PENDAWAIAN ELEKTRIK 1 FASA DAN 3 FASA

SEBUT HARGA PENDAWAIAN ELEKTRIK 1 FASA DAN 3 FASABASIC :~SEBUT HARGA PENDAWAIAN ELEKTRIK 1 FASA DAN 3 FASA 2017 (upah wiring) Perkhidmatan WIRING :-Harga Pendawaian Elektrik dan Pemasangan (2017):1.Harga Pendawaian - Permukaan (surface) menggunakan PVC atau uPVC conduit.- Harga pendawaian lampu = RM65- Harga pendawaian kipas termasuk hook= RM80- Harga pendawaian soket plug =RM 85- Harga pendawaian aircond =RM130-RM160- Harga pendawaian water heater =RM 130-RM 1602. Harga Pendawaian - Tanam Dalam Simen (conceal):- Pendawaian lampu = RM80- Pendawaian kipas = RM90- Pendawaian soket plug 13A = RM100- Pendawaian aircond = RM 150-RM 180- Pendawaian Water Heater = RM150-RM1803. Harga pendawaian Autogate (Guna Armoured Cable-Pendawaian Bawah Tanah)- RM800-Rm1400 (Ikut Panjang Armoured Cable)4. Harga Pendawaian Autogate (Surface Wiring) Pendawaian Permukaan Menggunakan PVC Conduit- RM 300 hingga RM500( Bergantung pada panjang)5. Harga pendawaian Door Bell + install = RM 1506. Network CAT5e cab…

Menyesal

Imej
MENYESAL Iskandar Zulkarnain dan bala tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada yang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi, ada yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang gunakan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa.Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong tapi tak dibenarkan.Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar. Semua menyesal. TIADA yang tidak menyesal.1. Paling menyesal ialah yang tid…

Larangan menyimpan kad pengenalan

Imej
KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERILARANGAN MENYIMPAN KAD PENGENALAN DAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI PELAWAT OLEH PENGAWAL KESELAMATAN DI PREMIS-PREMIS PERSENDIRIANTUJUAN1. Tujuan Surat Pekeliling Agensi Persendirian Bil. 2/2007 ini adalah untuk memaklumkan kepada semua Syarikat Kawalan Keselamatan berkenaan garis panduan penyimpanan dokumen identiti pelawat yang memasuki premis seperti kondominium, kawasan perumahan dan komuniti berpagar di seluruh negara.LATAR BELAKANG2. Kementerian ini telah menerima laporan dan aduan daripada orang awam mengenai amalan syarikat kawalan keselamatan persendirian yang meminta dan menyimpan dokumen identiti seperti kad pengenalan, pasport dan lesen memandu milik para pelawat sebelum dibenarkan memasuki premis mereka. Amalan ini bertujuan untuk memastikan identiti semua pelawat yang masuk direkodkan dan dipantau demi keselamatan dan ketenteraman penduduk di premis berkenaan.3. Amalan ini dilakukan oleh syarikat kawalan keselamatan adalah berdasarkan kepad…

SYURGA SEORANG ISTERI

Imej
Fauziah Hashim:
Tajuk: SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapa…

"HINT" ANAK SAYANG MAK AYAH

Imej
"HINT" ANAK SAYANG MAK AYAHSemasa anak umur 9 bulan,
Anak: "Tatattataa".... "Papapapa"... "Nananana"...
*Sambil datang dekat ayahAyah: Ahh senyaplah, memekak je ayah nak tengok video ni!
*Sambil tolak anak ke tepi dan sambung tengok handphoneSemasa anak umur 2 tahun,
Ayah: Abang, abang sayang ayah tak? Kalau sayang sinilah peluk ayah.
*Sambil mendepakan tanganAnak: ..... er... er... hmm..
*Sambung main dan menjauhkan diri dari ayahSebenarnya anak belajar bercakap, berinteraksi dan berfikir melalui pemerhatian dan meniru perbuatan orang sekeliling terutamanya mak ayah. Kalau di rumah sudah terbiasa ditengking, dipukul dan dimarah maka tak hairanlah di sekolah anak akan melakukan perkara yang sama. Kalau di rumah sudah terbiasa tidak dilayan, dibelai, dan tidak dihiraukan. Tidak mustahil anak akan buat perkara yang sama pada mak ayah pada masa akan datang sebab rasa dirinya tidak penting bagi mak ayah. Elakkan perkataan KALAU,
"KALAU saya …

Tanda tanda kematian

Imej
Tanda-Tanda Kematian Bagi Orang IslamAdapun tanda-tanda kematian bagi Orang Islam mengikut ulamak adalah benar dan sememangnya wujud. Cuma amalan dan ketakwaan sahaja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:ٱللَّهُ يَتَوَفَّى ٱلْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَٱلَّتِى لَمْ تَمُتْ فِى مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ ٱلَّتِى قَضَىٰ عَلَيْهَا ٱلْمَوْتَ وَيُرْسِلُ ٱلْأُخْرَىٰٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ“Allah memegang nyawa pada saat kematiannya dan nyawa yang belum mati ketika dia tidur. Dia tahan nyawa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah az-Zumar, ayat 42)Rasulullah ﷺ diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirny…