Sabtu, 17 Jun 2017

Period Health Facts Every Girls Should Know

Saat kematian

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atas mu ada 3.

1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2   sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu !
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2.
Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Tazkirah KEMATIAN di atas Semuga kita semua insaf bahawa perjalanan sebenar kita masih jauh dan berliku... kita sedang menuju ke alam akhirat yg abadi. Lalu apakah persiapan kita sudah mencukupi?

Saya ingin memohon maaf
atas apa jua kesalahan.

ISLAM MODERAT, ISLAM GAYA BARAT

"ISLAM MODERAT, ISLAM GAYA BARAT"

Islam moderat selama ini diartikan sebagai Islam jalan tengah, Islam yang lebih toleran, Islam yang tidak "kaku". Istilah Islam moderat sendiri selalu di-lawan kata-kan dengan Islam radikal atau Islam fundamental yakni Islam yang "kaku" yang cenderung tak mau menerima perbedaan alias intoleran. Kaum muslimin pada dasarnya tak pernah mengenal istilah-istilah itu. Istilah-istilah tadi tidak lain dibuat sedemikian rupa oleh barat untuk melemahkan genggaman umat Islam terhadap akidahnya, selain itu juga digunakan untuk mengkotak-kotak elemen umat Islam agar terjadi perpecahan yang lebih kecil lagi di antara mereka.

Istilah Islam Moderat adalah salah satu cara yang digunakan Barat untuk mencegah bangkitnya Islam, memecah belah dunia Islam dan melanggengkan penjajahan Barat atas Dunia Islam. Siapa saja yang mau menerima dan mengakomodasi kepentingan penjajahan Barat akan disebut Muslim moderat. Mereka akan diberikan ‘carrot’, dipuji habis-habisan dan dipromosikan. Sementara siapa saja yang bertentangan dengan hal itu akan disebut Muslim radikal dan teroris. Mereka mendapatkan ‘stick’, artinya legal diperangi dengan cara apapun.
Rand Corporation dalam “Building Moderate Muslim Networks” menjelaskan karakter Islam moderat, yakni mendukung demokrasi, pengakuan terhadap HAM (termasuk kesetaraan jender dan kebebasan beragama), menghormati sumber hukum yang non sekterian, dan menentang terorisme.

Dalam ukuran yang lebih detil, Robert Spencer – analis Islam terkemuka di AS – menyebut kriteria seseorang yang dianggap sebagai muslim moderat antara lain: menolak pemberlakuan hukum Islam kepada non muslim; meninggalkan keinginan untuk menggantikan konstitusi dengan hukum Islam; menolak supremasi Islam atas agama lain; menolak aturan bahwa seorang muslim yang beralih pada agama lain (murtad) harus dibunuh; mendorong kaum muslim untuk menghilangkan larangan nikah beda agama dan lain-lain.

Jadi sangat jelas bahwa gagasan Islam moderat ini digunakan untuk memberikan doktrin Islam gaya barat yang ditanamkan pada benak generasi umat Islam. Dengan gagasan ini barat berharap umat Islam akan terjebak pada ide mereka yang jahat itu serta mampu melanggengkan penjajahan mereka di dunia Islam. Masih bangga dengan Islam moderat? Jangan!
Saat ini kita sebagai muslim telah berada dalam jebakan barat untuk memperdaya kita dengan berbagai gagasan dan doktrin mereka. Barat akan terus melakukan segala cara untuk melemahkan akidah kita, memecah persatuan kita, dan membendung kebangkitan Islam. Kita harus terus jeli dan cermat akan tipu daya mereka. Selanjutnya, kita wajib memenuhi benak kita dengan kemurnian ajaran-ajaran Islam. Dengan memurnikannya kita akan mampu membedakan mana konsep Islam yang bersumber dari wahyu Allah dan mana yang dibuat-buat oleh barat untuk melemahkan kita.

Lebih dari itu yang terpenting adalah menghapus domimasi peradaban mereka yang terwujud melalui penerapan sistem kapitalisme demokrasi yang berasaskan sekularisme. Kemudian kita bangun peradaban baru yang lebih mulia, peradaban yang dilandaskan dari kemurnian ajaran Islam. Peradaban Islam yang murni itu hanya akan terwujud dalam bingkain Daulah Khilafah Islamiyah. Dengan ini barat tak akan pernah mampu lagi untuk mencemari nilai-nilai Islam. Selanjutnya rahmat Islam akan mengayomi seluruh dunia. Dunia akan kembali cerah setelah suramnya yang diakibatkan merajalelanya kekufuran ide dan sistem yang diterapkan sebelumnya. Wallahu Alam bisshowab!

@Media_Sulawesi Telegram Channel

Rabu, 14 Jun 2017

Memburu lailatul qadar

*MEMBURU LAILATUL QADAR*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Lailatul qadar ialah malam yg melebihi dari seribu bulan...malam yg sangat mulia kerana lailatul qadar,Al~Quran diturunkan.
Mereka yg beribadah pada malam itu melebih seribu bulan.
Hanya Umat Muhammad yg diberi keistimewaan beribadah semalam sahaja dapat menyamai seribu bulan.
Qadar bermaksud...
1)Ketetapan..malam yg diberi ketetapan pada mereka yg mencari malam itu.
2)Kemuliaan..
3)Malam kesempitan..dikatakan sempit kerana ramai malaikat turun

BOLEHKAH KITA BERSANGKA~SANGKA MALAM MANA LAILATUL QADAR?
Kita tak boleh nak sangka² malam mana malam lailatul qadar itu berlaku.
ANTARA TANDANYA:
Pada malam 10 terakhir.
Pada malam² ganjil.
Pada 7 malam terakhir.
Ibnu Abas kata lailatul qadar jatuh pada malam ke27.
Ada juga pendapat mengatakan lailatul qadar berpindah~pindah.

APA TANDA ATAU RASA LAILATUL QADAR DAN APAKAH LAILATUL QADAR?
Tidak ada tanda bila lailatul qadar.
Hanya ada hadis mengatakan pada keesokkan harinya matahari tak menyinar dan malam tak begitu sejuk.
Jika kita benar² nak jumpa lailatul qadar banyakkan beramal pada 10malam² terakhir.

LAILATUL QADAR ITU BILA BERMULA DAN BILA BERAKHIR?
Bermula selepas berbuka/maghrib dan berakhir sebelum subuh.
Malam di dunia berbeza~beza,jadi lailatul qadar mengikut malam dimana kita berada.

BOLEHKAH HANYA MENINGKATKAN AMALAN PADA HARI GANJIL SAHAJA DAN KURANG BERIBADAT PADA HARI GENAP?
Kita jangan jadi malas...
Kita kena memburu dan berusaha utk dapatkan sesuatu yg manfaat.

APAKAH AMALAN YG BOLEH DILAKUKAN PADA LAILATUL QADAR?
1)Nabi tidak menghampiri ahli keluarga.
2)Menghidupkan malam.
3)Membangunkan ahli keluarga utk sama² hidupkan malam itu.
Nabi banyak bermalam di masjid/surau(membaca Al~Quran dan berzikir)

JIKA TAK MAMPU KE MASJID/SURAU,BAGAIMANA USTAZ?
Bagi mereka yg mempunyai keuzuran tidak dapat beritikaf di masjid atau surau boleh buat ..
1)Solat isyak dan subuh berjemaah di rumah.
2)Solat sunat 2rakaat(boleh duduk)
3)Baca surah Al~Ikhlas 3kali.
4)Berdoa dgn doa yg sangat istimewa...Ya Allah Tuhan yg maha memaafkan Engkau suka memaafkan hambaMu..Tolong ampunkan aku.
5)Bersedekah setiap hari pada malam² akhir lailatul qadar walaupun rm1.

KEPADA WANITA JUGA DIBENARKAN UTK BERITIKAF DI MASJID.

APAKAH YG DICARI KETIKA LAILATUL QADAR?
Barangsiapa menghidupkan lailatul qadar...mereka akan diampunkan DOSA yg terdahulu.
Sebelum kita nak minta apa² dgn Allah,kita kena minta ampun terlebih dulu dgn Allah supaya mudah Allah perkenankan doa² kita yg lain.

BAGI WANITA YG SEDANG HAID,APA YG BOLEH DILAKUKAN PADA LAILATUL QADAR?
Wanita yg sedang haid boleh banyakkan berdoa,bersedekah dan berzikir.

BOLEHKAH KITA MINTA KAWAN KITA YG BERADA DI MEKAH MENDOAKAN KITA KETIKA LAILTUL QADAR?
Boleh tapi yg terbaik adalah kita sendiri yg menghidupkan lailatul qadar.
Kita yg kena minta ampun dgn Allah kerana hanya kita yg tahu dosa² kita.

SEKIRANYA DGN IZIN ALLAH MEREKA YG DAPAT LAILATUL QADAR,APAKAH KESANNYA?
TANDA² DOA DAN TAUBAT DITERIMA:
1)Hati tenang,tutur kata terjaga,jaga kelakuan(bersih seolah~olah kain putih kerana dosanya telah diampunkan)
2)Tidak berdengki dgn org lain dan melihat org lain semua baik.
3)Mereka suka pada benda² baik dan suka berkawan dgn org² yg baik dan suka bersama dgn org² soleh.
4)Mereka akan sentiasa bertaubat.

ADAKAH LAILATUL QADAR INI HANYA UTK WALI²/ORG YG BANYAK BUAT AMALAN SAHAJA?
Mereka yg mendirikan dgn penuh iman(percaya pada yg ghaib)In Shaa Allah akan dapat lailatul qadar.

TUNJUKKANLAH KESUNGGUHAN PADA ALLAH DGN BERSEDEKAHLAH YG TERBAIK.

ORG YG SAKIT DAN TIDAK SEMPURNA IBADATNYA,APAKAH ALLAH TERIMA AMALANNYA PADA MALAM ITU?
Allah mengetahui keadaan kita.

Ahad, 11 Jun 2017

Kita masih leka

Dunia Islam hari ini.

Afghanistan musnah.
Jirannya Pakistan hampir musnah.
Bangladesh juga hampir musnah.

Iraq musnah.
Libya musnah.
Yaman hampir musnah.

Turki & Tunisia sentiasa ditekan kuasa Barat oleh proksi & balaci mereka.

Somalia musnah.
Sudan & Maghribi dalam radar

Paling dibimbangi Dunia Islam, Negara yg berpendapatan kapita TERTINGGI DUNIA, Qatar 'menunggu masa' untuk dimusnahkan!

2 billion Umat Islam;

1. Sepanjang tempoh 20 tahun ini, lebih 2 juta Muslim dibunuh/terbunuh oleh senjata perang yg moden.

2. 59.9 juta Muslim menjadi Pelarian.

3. 43% Umat Islam tidak tahu membaca & menulis.

4. Hakikat menyedihkan, 60% Umat Islam dibawah Paras Kemiskinan definisi antarabangsa.

DAN Dunia sediamaklum, kekayaan HASIL BUMI ARAB dibawa ke US & Barat bukan satu rahsia, terang-terangan tiada halangan!

DENGAN Statistik 'Menakjubkan' ini, perbincangan 'Ulama2 Islam' ;

Bolehkah berzikir beramai2 selepas solah jemaah?

Bolehkah talqin di kubur?

Bolehkah baca Surah Yasin beramai2 malam Jumaat?

Bolehkah Bukan Islam 'berbuka' Puasa bersama Muslim di bulan Ramadhan?

Bolehkan hidup tanpa ber-Mazhab? Hujah 'Salafi vs Wahabi' tiada titik noktah!

Sembahyang Terawih 8 atau 20 rakaat?

Bolehkah wanita datang haid ziarah/duduk dlm masjid?

DAN Takfiri Kafir-Munafik sesama Muslim!

SEOLAH2 Muslim tidak pernah tahu 'Statistik Menakjubkan' untuk Dunia Islam!

Muslim hari ini, 'TIDAK TAHU' APA KEUTAMAAN mereka menghadapi Cabaran Dunia hari ini!

Kelemahan Dunia Muslim adalah lemahnya Jatidiri, keimanan & ketaqwaan.

Masjid2 Solah 5 waktu teramat lengang, sedangkan Solah Jumaatnya hingga 'bertenggek' di tangga masjid!

Kelemahan Dunia Muslim ini mengundang musuh Islam menyusup dan menguasai Politik Dunia Islam!

Sebelum menyalahkan Musuh Islam, Dunia Islam perlu menyalahkan diri sendiri!

Qatar, Negara Paling tinggi perkapitanya, 'tunggu masa' untuk di musnahkan!

Dunia Islam terus leka & lena!

Amat Menyedihkan.....!

Cooling tower structure

Petua


1) - *Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu*.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - *Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut*.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - *Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit*.
- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) *Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri*
Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) *Resdung*
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83

6) *Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)*
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al - Hashr ayat 21

7) *Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita*
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

8) *Angin pasang*
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al - Isra', ayat 82
Surah Al - Hashr, ayat 21
Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) *Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung*
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) *Susah tidur malam*
Surah Al - kahf, ayat 11

11) *Angin dalam badan, sakit - sakit sendi*
Surah - fussilat, ayat 44

12) *Merawat histeria*
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Jumaat, 2 Jun 2017

Solat di hujung waktu

AKIBAT SUKA SOLAT DI HUJUNG WAKTU

Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang2.

Dia menjerit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya.

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca  al-Quran.

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.

Para malaikat terus mengheret dia. Dan... mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa2 mereka"

Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.

Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba2 terasa tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.

Lelaki itu kelihatannya sangat daif.
Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu:

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab: "Aku lah solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat bantu saya?  Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa...?."

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata:

"Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

"Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu..

"Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu.

"Awak ingatkah itu semua??"

Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur...

Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan...

Ketika itu juga dia mendengar laungan  azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.

Dia bangun dengan cepat dan
mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Kongsikan kisah ini kepada keluarga dan kawan2 anda. Mungkin anda boleh membantu mereka agar tidak melengah2kan solat.

Feature Post

HUKUM KENAKAN CAJ APABILA PENYEWA TAMAT KONTRAK LEBIH AWAL.

HUKUM KENAKAN CAJ APABILA PENYEWA TAMAT KONTRAK LEBIH AWAL. SOALAN : Saya ingin bertanya berkenaan sewaan di dalam Islam. Boleh ...

Popular Post