Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Pelaburan emas

Imej
Beli Emas Dapat Duit Setiap Bulan“Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.”Ada beberapa cara terlibat dalam pelaburan emas hari ini. Tapi sila berhati-hati, ada cara yang halal, ada cara yang tak patuh Shariah dan ada cara yang menipu atau skim cepat lingkup. Antaranya:1. Emas FizikalBeli 25 gram emas fizikal dalam bentuk bar, syiling dan barang kemas.Selagi mana beli secara tunai, tiada isu Shariah. Cara buat untung adalah beli harga rendah, jual harga tinggi.2. Akaun Pelaburan EmasBeli 25 gram emas dari bank, emas fizikal tak perlu ambil. Bank simpan atau bank cuma benchmark harga emas semasa.Yang confirm transaksinya halal cuma KFH dan Al-Rajhi Bank, selebihnya tidak.3. Emas + Ar-RahnuKalau emas dah beli secara tunai dan kemudian digadaikan, ok. Patuh Shariah.Kalau buat kombo sekaligus, maka ada isu Shariah yang pelu diperhalusi.4. Saham syarikat berhad yang berkaitan emas di Bursa MalaysiaSetahu saya hanya Poh Kong Holdings Berhad (5080) yang sahamnya dijual bel…

Dulu dan kini

Imej
Kejar Kebendaan Tergadai KebahagiaanDalam masyarakat Melayu sebelum merdeka atau lebih awal dari itu,
orang-orang Melayu umumnya belum begitu maju. Mereka tinggal di
kampung - kampung. Hidup mereka kebanyakannya sebagai petani, nelayan dan kerja-kerja kampung biasa seperti bercucuk tanam dan menternak ayam
itik, membela kambing, lembu dan kerbau.Mereka mundur dalam pelajaran dan dalam ilmu pengetahuan terutamanya
ilmu yang berbentuk duniawi. Ilmu yang mereka pelajari terhad kepada membaca Quran, fardhu ain dan sedikit-sedikit ilmu agama lain yang diajarkan oleh tok-tok lebai dan tok-tok guru kampung.Kerana adanya pimpinan dan asas-asas agama ini dan kerana mereka tidak terlalu terdedah dengan hal-hal dunia dan tidak terlalu mengejar dunia, maka fahaman dan roh Islam mereka tebal. Cara hidup mereka banyak melambangkan ukhwah dan cara hidup Islam. Wujud kasih sayang, kesatuan, perpaduan, kerjasama dan rasa bersama di kalangan mereka. Mereka hidup saling bantu-membantu. Satu kampung itu …

Cita cita jutawan

Imej
Cita-cita menjadi seorang jutawan ?Barangkali lebih baik mengejar impian yang begini:Saya nak ada harta supaya dapat bayar zakat RM 10,000 setahun. Saya nak bebas hutang supaya dapat mudah nak bangun malam beribadah. Saya nak financial freedom supaya dapat mendidik anak-anak dengan tangan sendiri bukan tangan maid. Saya mahu ada pendapatan pasif yang dapat menyara 100 anak-anak yatim. Saya mahu dapat dividen saham yang cukup membiaya 10 pelajar masuk universiti setahun.Maka, sekaligus ia dapat mengelakkan kita terpedaya dan terpersona dengan tawaran meleleh pelaburan jutawan dari ‘Datuk’, ‘Tan Sri’ yang menayangkan kereta-kereta mewah…Jadi jutawan sekadar mahu tayang kereta mewah ?Sayyidina Uthman r.a. mengorbankan lebih 1000 “kereta mewah” ketika perang Tabuk.

Tidak cukup duit tiap2 bulan

Imej
2 Pilihan Yang anda Ada Jika Tak Cukup Duit Setiap BulanAnda mempunyai 2 pilihan jika tidak cukup duit setiap bulan.1) Potong PerbelanjaanPilihan ini bermaksud anda mengurangkan keselesaan tertentu seperti:+ Tidak lagi melanggan Astro
+ Tidak pergi bercuti di Bandung, atau
+ Tidak membeli perabot-perabot baru.Atau,2) Tambah PendapatanPilihan ini bermaksud anda memilih untuk kurang tidur, ‘diet’ makan tengah hari dan tidak lagi hidup untuk enjoy.Kerana masa anda kini telah digunakan untuk perkara berikut:+ Waktu malam untuk menguruskan pesanan pelanggan dari bisnes part-time
+ Waktu lunch untuk appointment dengan pelanggan
+ Masa hujung minggu mencari stok perniagaan.Tidak ada istilah katil empuk dan permaidani merah.Apakah pilihan anda?

Melayu dan satu penakrifan

Imej
Minggu lepas, beberapa media cetak dan portal berita melaporkan petikan kenyataan seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan mualaf yang mengamalkan ciri-ciri Melayu seperti ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan diberikan hak keistimewaan Melayu.Cadangan ini dilihat membuka lembaran baru daripada sudut perundangan khususnya dalam penentuan status Melayu seseorang warga Malaysia bagi melayakkannya menikmati hak istimewa Melayu sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.Perkara 153 tersebut, antara lain, memperuntukkan hak-hak istimewa orang Melayu melibatkan kuota khas di dalam perkhidmatan awam, biasiswa persekutuan, lesen perniagaan dan enrolmen di dalam institusi pengajian tinggi.Selain itu, terdapat juga hak-hak istimewa lain seperti kelayakan pemilikan tanah Rizab Melayu dan pelaburan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Persoalan yang mungkin timbul ialah sama ada pemberian hak istimewa tersebut bercanggah d…

Kisah Raja Al-Najasyi

Imej
Kisah Raja al-Najasyi       Rasulullah s.a.w berasa pilu melihat dahsyatnya kezaliman yang dideritai oleh kaum Muslimin di Makkah. Baginda berkata kepada mereka: “ Di negeri Habsyah bertakhta seorang raja yang tidak suka berlaku zalim. Pergilah kalian ke sana dan berlindunglah di istananya sehingga Allah membukakan jalan keluar dan membebaskan kalian daripada kesulitan ini.”
     Atas dorongan Rasulullah s.a.w itu, berangkatlah rombongan pertama Muhajjirin dalam Islam yang berjumlah 80 orang ke Habsyah. Di negeri baru itu mereka mendapat ketenangan dan keamanan. Mereka bebas menikmati manisnya takwa dan ibadah tanpa sebarang gangguan.SEJARAH PAHIT DIZALIMI
      Asham atau gelarannya al-Najashi sentiasa bersedia melindungi orang yang dizalimi. Beliau belajar daripada sejarah pahit hidupnya. Menyelusuri sejarah hidupnya, beliau merupakan anak tunggal kepada raja di Habsyah pada ketika itu. Ayahnya dibunuh dalam satu komplot jahat untuk menggulingkannya. Kemudian, beliau diasuh oleh bap…

Kenaikan harga makanan

Imej
Kenaikan Harga 15 Jenis Makanan Popular Malaysia. Nombor 7 Yang Paling MengejutkanMalaysia terkenal sebagai syurga makanan.Kepelbagaian kaum menghasilkan kepelbagaian makanan yang disukai ramai.Bajet makan juga adalah bajet yang paling utama dalam perbelanjaan sesebuah isi rumah. Bagi mereka yang duduk di bandar, makan di luar adalah pilihan utama kerana kesibukan kerja di pejabat yang hanya dapat balik rumah pada lewat petang.Naik harga makanan, naik juga lah perbelanjaan bulanan kita.Berikut adalah pemerhatian yang dibuat oleh seorang wartawan, Soo Wern Jun, tentang kenaikan harga 15 jenis makanan yang popular sejak 5 tahun lepas. Makanan yang dijual di tepi-tepi jalan sahaja, bukan di hotel pun.1. Mi KariFuh. Mee kuning, dicampur sayur, cili, tauge dan disiram dengan kari daging atau ayam secukupnya. Kari udang, kerang pun boleh.5 tahun lepas, ia dapat dibeli pada harga RM 3.50 dan kini mencecah RM 6.2. Asam LaksaLaksa dengan kuah berasaskan ikan dan dicampur dengan petis udang. Pe…

Pendrive tiruan

Imej
Sekiranya anda berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti akan perasan kehadiran peniaga yang menjual pendrive dengan harga murah terutamanya di hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid India, lokasi popular lain yang turut menjadi sindiket jualan storan seperti ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala Lumpur, Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya nyatakan di atas sebelum ini.Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya pembeli inginkan bukti bahawa pendrive tersebut betul-betul mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada kebiasaannya.Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?Storan tiruan merujuk kepada storan kap…

Falsafah buah

πŸŒ½πŸŒπŸπŸ πŸ‡Falsafah buah oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManFalsafah Buah-buahan ... .......
🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.🍠🍠🍠🍠🍠🍠🍠4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡5. Jadilah setangkai petai,…

Bangsawan samseng

Imej
Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun ‘kononnya mulia’ dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, menteri dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi. Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi. Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi ‘perompak berlesen’.Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa…

Pemandangan tiga dimensi di Mekah

Untuk melihatnya. Klik laman web dibawah.Fotografi 3D yang menakjubkan di Masjid al Haram dan Masjid an Nabawi1 http://t.co/2nR7badBOR2 http://t.co/O9YCtLVLOI3 http://t.co/v9xlileXg34 http://t.co/oXrRxuqJXP5 http://goo.gl/j2BSF0

Masalah kewangan

Imej
Mengelakkan masalah kewangan adalah lebih baik dari keluar dari masalah kewangan.Tapi sifat manusia, seperti peribahasa Melayu, sudah terantuk baru tengadah. Kita tidak rasa kita mempunyai masalah dan hanya menunggu muncul rasa sakit baru mahu mengaku kita mempunyai masalah.Nabi Muhammad saw pun sudah berpesan, “Ingat masa kaya sebelum masa miskin.”Apabila bank kata, gaji kita lepas bayar hutang bulan-bulan, tidak bermaksud kita patut berhutang ikut jadual bayar bank. Apabila ada tips saham kata beli kaunter A, tidak bermaksud kita kena ikut bulat-bulat tips tersebut. Apabila kawan ada tunjuk peluang bisnes, jangan terus ikut kawan.Orang Jawa kata, “Due diligence.”Kebanyakan masalah kewangan dicipta oleh diri kita sendiri.Mana ada orang mengalami obesiti sebab makanan demi makan terbang masuk ke dalam mulut dengan sendiri bukan? Mesti ada tangan yang menyuapkan. Mesti ada nafsu yang menggalakkan. Takkan tangan & nafsu orang lain pula ?
Posted via Blogaway

Sahabat

Imej
Sahabat.. adalah orang yang bersama tika susah.  Memberikan kata semangat dan membantu ketika memerlukan.  Hargai lah mereka kerana tidak semua orang yang di sekeliling kita itu boleh menjadi seorang sahabat.
Untuk mendapatkan nya.. diri anda perlu menjadi seorang sahabat. Berkongsilah hidup ini bersama sama. Jadikan kita seorang yang disenangi dan disayangi oleh orang lain.

Sarapan pagi

Imej
Sarapan yang biasa biasa kadang kala boleh jadi luar biasa bila mana kita menggunakan idea yg kadang kala orang lain tak terfikir kearah itu.
Begitu juga dengan kehidupan kita. Kadang kala kita yang biasa boleh jadi luar biasa. Anda yang menentukan kehidupan anda.

Coca cola garlic. ?

Imej
What taste of it? Amazing huh?. Let try it

Life hack

Imej
Simple but best. Now you can apply it in your house.

Selamat pagi

Imej
Semoga dipermudahkan segala urusan dihari ini.

Bersyukur

Imej

ALLAH MAHA PERANCANG

Imej
Dengan nama Mu ya Allah Tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah engkau rencanakan... Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami... Serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkan jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan ya Allah... 

Penantian

Imej
Bukan aku lupa..bukan aku sengaja jauh dari yang ingin dekat denganku.. tapi mereka bukan pilihanku.. bukan pilihan hatiku.. dan mungkin juga bukan pilihan Allah untukku... aku sedang ingin mencari jalan yang lebih baik untuk diri ini... mencari yang lebih baik dalam menjadi yang terbaik..

aku bukanlah seorang yang sempurna untuk mencari kesempurnaan, namun hati ini tidak dapat menerima sesuatu yang akan menjauhkan aku denga agamaku...juga tidak dapat menerima seseorang yang menjadikan aku lalai dalam mencari yang terbaik...

biarlah tiada yang mengingati diri ini..biarlah tiada yang ingin menyahut panggilanku.. biarlah tiada balasan dari sesiapapun jua.. asalkan aku gembira denga hidup ini..bertemankan cinta dan rinduku pada yang menciptakan rasa rindu ini... aku bahagia dengan takdir ini.. aku gembira dengan rasa ini.. rasa yang menjadikan aku lebih dekat dengan Allah... rasa yang tidak memberikan kesepian disaat aku sendirian...

bukan sengaja aku biarkan sesuatu itu jauh .. bukan seng…

Air Hujan Tak Seperti Air Mata

Imej
Bangkitkan ku…
Renyai hujan aku abaikan..
Guruh berdentum tanpa sedikit getaran di hatiku..
Seolah-olah aku tidak mendengar jeritan alam..


Di manakah aku..
Hidupku kini umpama ikan tenang di air..
Berenang bebas tanpa haluan..
Tenang menyusuri sungai tatkala petir berdentum..
Bagaikan buih-buih air berenang bersama sang ikan..
Tidak menghirau petir di darat..


Sedarkan diriku dari lamunan..
Kerap kali ku lihat cahaya kecil di hujung kegelapan..
Adakah sinar kejayaan..
ataupun api penyiksaan..
Hendakku kejar dan aku gapai..
Tapi semakin laju aku berlari..
Semakin jauh ia pergi meninggalkan ku..


Hujan semakin lebat..
Tapi mengapa aku tidak kisah semua itu..
Mengapa aku hanya mendengar titisan hujan
seperti hembusan angin di subuh hari..
Loceng di hati masih belum mampu menyedarkanku dari lamunan..


Kini ku sedar..
Titisan hujan hanya membuat diriku dibuai bayangan..
Hanya titisan air mataku mampu menyedarkanku dari lamunan..
Mengalir kering di kelopak mataku..
Seperti memberitahu apa yang berlaku..


Berdetikla locen…

Ciri-ciri tamadun islam yang cemerlang, gemilang

Imej
Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)Barisan sarjana Barat diantara yang terkenal seperti Thomas Cerlyle, Gustav Le Bon, Oswald Spengler dan terakhir Arnold Toynbee mengambil kesimpulan setelah melakukan kajian terhadap bekas-bekas peninggalan tamadun Islam, mereka menyatakan bahawa perubahan-perubahan hebat yang berlaku ke atas tamadun-taamaun di serata dunia ini tidak terlepas dari pengaruh Islam. Tanpa malu dan segan mereka mengakui bahawa kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di sana. Iaitu berakhir pada 1492 M. Selepas kewafatan baginda SAW Khalifah Umar al-Khattab memerdekakan Palestin dengan damai. Penyerahan kekuasaan ke atas tanah Palestin dilakukan sendiri oleh uskup tertinggi Nasrani yang rela tunduk dalam pentadbiran kerajaan Islam yang adil dan beramanah. Belum sampai 50 tahun selepas kewafatan baginda, perjuangan Baginda SAW telah diteruskan oleh generasi Islam yang cintakan agama dan RasulNya. Di Afrika Utara Isl…

Agama Dan Politik

Satu aspek terbesar yang memainkan peranan dalam kehidupan manusia sejagat adalah politik. Hendak atau tidak, politik tetap berlaku dalam kehidupan setiap insan bagi menjadikan kehidupan mereka normal dan teratur. Segala masalah yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini adalah berlaku akibat politik. Politik yang tercipta dari perbuatan manusia sendiri ini mestilah mempunyai panduan supaya tidak terkeluar dari landasannya.. Agamalah satu-satunya panduan yang dimaksudkan ini. Satu pemberian dari pencipta yang sudah tentu mengetahui segala-galanya tentang ciptaannya lebih dari ciptaannya itu sendiri. Apabila politik yang dicipta oleh manusia dan panduannya iaitu agama yang dicipta oleh tuhan yang maha mengetahui dipisahkan, segala kebuntuan terhadap masalah yang melanda umat manusia kini tidak dapat diselesaikan. Tidak kiralah sama ada politik itu dilihat dari segi pemerintahan atau kehidupan manusia. Jadi wajarlah dikatakan bahawa politik dan agama itu tidak dapat dipisahkan dan sud…