Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Banjir di kemaman

Imej
Antara gambar gambar keadaan banjir di Kemaman khususnya di kawsan bandar Chukai pada 25 Disember hingga 27 Disember 2012. Keadaan air pasang luar biasa antara penyebab berlakunya banjir dikawasan tersebut. 

Sehingga 27 Disember Kawasan Bukit Mentok menjadi tempat tertinggi di Kemaman terlibat dengan pemindahan. Seramai 1643 orang telah dipindahkan ke SMK Bukit Mentok setakat 27/12/2012 jam 1400.

Negeri Terengganu mencatatkan bilangan paling ramai iaitu seramai 8052 orang diikuti dengan negeri kelantan 6582 orang.

( Credit to all FB friend for Photos )

Kawasan perumahan Bukit Mentok. Kawasan yang paling teruk dilanda banjir bagi kawasan Chukai kemaman.
Taman Chukai Utama





Kawasan pasaraya Nirwana

Jalan Chukai Utama 


Bank Islam Chukai









Bank islam dan pasaraya Nirwana


Pemimpin yang berjiwa rakyat yang turun padang melawat mangsa banjir
Setakat petang 25/12 sebelum air mula perlahan lahan melimpah memenuhi kawasan tersebut

Kenali hak anda semasa x-Ray

Imej
Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa anda mempunyai hak untuk melindungi organ sensitif dalam tubuh badan sekiranya melakukan pemeriksaan x-ray. Kita mempunyai organ sensitif seperti thyroid dan organ pembiakan. Pendedahan secara berterusan organ sensitif tersebut kepada sinar-x akan memberi kesan buruk kepada sistem pembiakan. Ia mungkin menyebabkan penghasilan sperma atau ovum terbantut ataupun menjejaskan struktur DNA yang boleh membawa kecacatan kepada bayi. Jika anda mengandung, seharusnya anda memberitahu doktor dan mengelak dari terdedah kepada sinar-x kerana ia boleh menjejaskan kandungan anda.



Thyroid
Bagi melindungi bahagian thyroid, anda akan diberi pelindung thyroid. Anda boleh meminta daripada juru x-ray jika tidak dibekalkan dan sekiranya pemakaiannya tidak menjejaskan imej radiografi yang diambil. Gambar dibawah menunjukkan cara pemakaian pelindung thyroid.





Bahagian organ pembiakan anda merupakan bahagian yang paling penting untuk dilindungi. Anda berhak meminta untuk m…

Alatan radiasi yang digunakan dihospital

Imej
Bila anda menghidap sesuatu penyakit yang tidak boleh dikesan dengan mata kasar, kebiasaannya anda akan diimbas menggunakan alat yang mengeluarkan sinar-x ataupun sinar gamma. Ataupun bila sel-sel tubuh anda berkembang sebagai sel kanser, maka anda akan dirawat menggunakan sinar-X yang bervoltan tinggi. Anda juga tidak terlepas dari terdedah kepada radiasi apabila melakukan pemeriksaan perubatan (medical check-up) melalui x-ray atau sinar-x.
Bahagian yang melibatkan penggunaan sumber radiasi dihospital untuk tujuan diagnos dan merawat sebenarnya terbahagi kepada 3 bahagian.

Radiologi (Radiology); untuk tujuan diagnostik atau mengenalpasti punca penyakit
Radioterapi (Radiotherapy): untuk tujuan merawat pesakit kanser
Perubatan Nuklear (Nuclear Medicine); untuk tujuan diagnostik


Alat-alat seperti CT-scan, General radiography atau mesin x-ray, Angioram, Floroskopi, Bone Densitometer merupakan alat yang menggunakan sinar-X (Sinaran mengion) di bahagian radiologi. Alat seperti MRI(Magnetic Reso…

Telefon dan kesan bialogi terhadap manusia

Imej
Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.

Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

Soalan-soalan Lazim:
Apakah itu E.M.R?
E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah d…

Unit Sinaran mengion

Imej
Pengukuran sinaran radioaktif dilakukan dalam unit metrik yang dikenali segarai gray (Gy). Satu (1) Gy merujuk kepada tenaga 1 joule yang diserap oleh 1 kg tisu.

Unit yang digunakan sebelum unit gray ialah rad atau rem.

Hubung kait antara unit gray dengan unit rad adalah 1 Gy bersamaan dengan 100 rad atau 100 rem untuk sinar X dan gama.

Alat umum yang digunakan untuk mengukur sinaran radioaktif ialah Pembilang Geiger-Mueler yang merupakan pengukur kepada pengionan yang berlaku apabila sinaran radioaktif memasuki alat pengukur.

Kesan sinaran radioaktif ke atas manusia

Sinaran radioaktif boleh menyebabkan molekul di dalam sel-sel hidup terus menjadi ion.

Bentuk ion kemudiannya bertindak balas dengan ataom lain di dalam sel untuk menghasilkan kerosakan.

Pada dos sinaran yang rendah seperti sinaran radioaktif yang kita terima dari alam sekitar, sel-sel berupaya memperbaiki kerosakan yang berlaku.

Pada dos sinaran yang tinggi (sehingga 1 gy), sel tidak berupaya memperbaiki kerosakan sehing…

Nuklear 2

Imej
Kesan baik dan buruk nuklear yang pelbagai membuatkan kita berfikir yang nuklear ini mampu memberi impak samaada sebagai Tenaga Penjana atau Tenaga Pemusnah kepada dunia. Malaysia perlu merancang pembangunan tenaga nuklearnya lebih berhati-hati setelah apa yang terjadi kepada reaktor janakuasa nuklear di Fukushima, Jepun. Perancangan perlu mengambil kira beberapa analisis dan faktor kegagalan reaktor Fukushima yang bermula pada 11 March 2011. Tahap keselamatan untuk menempatkan pusat Janakuasa Nuklear adalah penting. Reaktor nuklear dilihat memerlukan sumber air yang banyak sebagai agen penyejukan. Maka kedudukan yang paling padan untuk janakuasa nuklear ini adalah berhampiran laut. Namun pengajaran yang diperolehi dari Fukushima, memerlukan kita betul-betul pasti yang reaktor tersebut dapat meminimumkan kesan bencana gempa dan tsunami jika mahu bertapak di kawasan pantai. Walaupun Malaysia tidak mengalami bencana gempa dan tsunami yang besar. Namun kesannya telah pun kita rasai pada 26 …

Nuklear

Imej
Senjata nuklear atau bom atom merupakan sejenis senjata pemusnah yang terhasil dari tindakbalas berangkai nuklear. Senjata nuklear adalah hasil daripada "Manhattan Project". Iaitu sebuah projek pembangunan untuk bom nuklear yang pertama. Projek yang diketuai oleh ahli fizik, profesor J. Robert Oppenheimer ini merupakan kerjasamaAmerika Syarikat (A.S) dengan Canada dan United Kingdom.  J. Robert Bersama Albert Einstein Sebanyak USD20 billion telah di belanjakan untuk membiayai kos pembangunan bom nuklear yang pertama ini
Untuk Maklumat pembaca terdapat dua jenis senjata bom nuklear: "Nuclear Fission Bombs (Bom Atom)"
Dalam tindakbalas nuklear, setiap nukleus atom akan terbahagi kepada dua neutron.
"Nuclear Fusion Bombs (Bom Hidrogen)"
Dalam tindakbalas nuklear, setiap dua atom kecil dan isotop hidrogen akan bergabung menjadi atom yang lebih besar.
Ujian bom atom yang pertama telah di lakukan pada 16hb Julai 1945 di Socorro, New Mexico, A.S. Bom yang dikenali sebagai…

Kegunaan Nadir bumi

Imej
Anda sudah tahu mengenai nadir bumi dari artikel "Nadir Bumi". Dari situ andadapat membezakan antara galian nadir bumi dan elemen nadir bumi. Seperti dijelaskan, Kesatuan Antarabangsa Kimia Tulen dan Gunaan (IUAPC) menggariskan 17 jenis elemen nadir bumi dan hampir kesemuanya dari kumpulan Lanthanide. Jadual dibawah menjelaskan kegunaan 17 elemen nadir bumi ini di dalam perkembangan industri teknologi berprestasi tinggi. Elemen Nadir Bumi Ringan (LREE)KEGUNAANLanthanumKomponen utama dalam batteri kenderaan hibrid, komputer dan peralatan elektronik. Juga digunakan untuk menghasilkan peralatan lampu rangka basikal, vakum elektrik, sel bahan bakar. Medium terpenting dalam proses penguraian petroleum dllCeriumBanyak digunakan dalam industri pembuatan kaca. Merupakan komponen utama dalam pengeluaran panel solar, LED, aloi kalis haba, lampu, penapisan petroleum, seramik pergigian, menapis asap karbon, pengilat kaca dll.PraseodymiumDigunakan sebagai agen tambahan mengukuhkan struktur …

Nadir Bumi

Imej
GALIAN nadir bumi dan ELEMEN nadir bumi ini saling berkaitan antara satu sama lain dalam kewujudannya secara semulajadi.









Sebelum pergi lebih jauh, berikut merupakan antara jenis-jenis galian nadir bumi:



Pelbagai jenis galian dengan nama yang tergeliat untuk kita sebut. Itu baru galian nadir bumi. Bagaimana pula dengan elemen nadir bumi?

Mengikut Kesatuan Antarabangsa Kimia Tulen dan Gunaan (IUPAC), terdapat 17 set elemen nadir bumi logam.

Elemen-elemen ini ada dinyatakan sewaktu mata pelajaran sains dan kimia iaitu di dalam "Jadual Berkala Elemen". Secara spesifiknya 15 daripadanya adalah dari kumpulan elemen Lanthanide diikuti dengan elemen Scandium dan Yttrium.



Scandium dan Yttrium dianggap elemen nadir bumi kerana kecenderungannya untuk wujud di dalam galian. Berikut merupakan Elemen nadir bumi yang dikategorikan kepada elemen berat(HREE - heavy rare earth element) dan ringan (LREE - light rare earth element).



Elemen nadir bumi Lanthanide

Senarai di atas adalah nadir bumi…