Beza upaya

Beza Upaya (Potential Differences)

Apa itu beza upaya?

Beza upaya adalah dalam suatu keadaan dimana berlaku daya gerakan/ pengaliran bukan kerana atas faktor ditolak/ dipaksa gerak oleh suatu tenaga. Maknanya, beza upaya adalah gerakan/pengaliran dengan sendirinya.

Jadi, macam mana tu?

Contoh:
Kenapa air sungai mengalir? Tetapi air di dalam baldi tidak mengalir?

Air sungai mengalir sebab air datangnya daripada gunung, bermula daripada puncak. Atas kerana faktor gunung yang tinggi, air akan mengalir ke bawah yang mana seterusnya air mengalir ke sungai. Jadi, air sungai sentiasa mengalir.

Air di dalam baldi tak mengalir?

Isikan air ke dalam bekas/ baldi dan air nampak kaku (tidak mengalir)


Maksudnya, air akan mengalir daripada tempat tinggi ke tempat yang rendah. Juga boleh dikatakan sebagai hukum graviti.

Begitu juga perumpaannya apabila bola diletakkan di atas permukaan yang menyendeng/curam dan bola akan bergolek ke paras rendah. Bola tidak boleh bergolek di atas permukaan yang rata. kan..?

Jadi, beza upaya boleh diungkap sebagai suatu gerakan/pengaliran yang berlaku jika ada perbezaan diantara dua titik sama ada dalam bentuk tekanan tinggi vs rendah atau, ruang yang berisi vs kosong.

Pengaliran air disebut sebagai arus (water flow). Berapa lajunya pengaliran arus diukur dengan masa.

Dalam litar elektrik, beza upaya juga diperlukan untuk mewujudkan arus elektrik. Beza upaya dalam elektrik disebut sebagai daya gerak elektrik (electromotive force), unit volts. Nilai volt ditentukan sebesar mana beza upaya yang dihasilkan. Sebab itu, tenaga elektrik yang dihasilkan pada peringkat penjanaan adalah tinggi (11KV, 22KV dan 33KV) untuk mendapatkan nilai beza upaya yang tinggi selain untuk mengatasi kesusutan voltan. Kemampuan beza upaya sebegini boleh menampung sejumlah penggunaan tenaga elektrik yang efisien. Ini dikatakan suatu penghasilan tenaga elektrik berskala besar. Beza upaya dalam litar elektrik akan mewujudkan pengaliran arus.

Arus elektrik terdiri daripada pengaliran sejumlah elektron/ cas elektrik. 1 cas elektrik mengandungi 6.28 X 1,000,000,000,000,000,000 elektron. Pengaliran arus diukur  dalam unit Ampere masa tertentu. t = Q/I. Nilai ampere yang besar ditentukan berapa banyaknya cas elektrik mengalir dalam satu masa. Contoh:

Dalam masa 1 saat, didapati sebanyak 500 cas-cas elektrik mengalir. Jadi;

I = Q/t

500/1 = 500A

Persoalannya, kenapa alat-alat elektrik berbeza penggunaan arusnya? Nak charging H/P 1-2A sahaja digunakan, Lampu mentol 100W hanya 0.4.167A sahaja. Ia adalah kerana penggunaan kuasa suatu peralatan elektrik adalah berbeza. Kuasa adalah kadar kerja yang dilakukan dalam suatu masa. Kuasa yang dibekalkan di dalam litar elektrik akan disalurkan kepada peralatan tersebut untuk dihidupkan.

Haha..umpama membekalkan sejumlah pekerja yang diperlukan untuk menyiapkan suatu projek dalam suatu masa/tempoh yang dikehendaki. Sekiranya beban kerja itu berat atau besar, memerlukan pekerja yang ramai jika hendak siap dalam tempoh masa yang diperuntukkan. Jika jumlah pekerja tidak mencukupi, maka tempoh penyiapan akan jadi lebih lama. Dalam elektrik, sejumlah kuasa yang mencukupi akan memberi kecekapan maksimum kepada suatu alat elektrik untuk berfungsi. Fahamkan...

Oleh itu, untuk mendapatkan kuasa yang banyak, pengaliran arus hendaklah tinggi. Untuk mendapatkan arus yang tinggi, beza upaya hendaklah tinggi, umpama air terjun. P=IV.

Baik itu saja info yang mampu saya sampaikan. Ada masa nanti, saya akan create entry baru untuk manfaat kepada semua juruelektrik.

Terima kasih..

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman