Risiko kewangan dan takaful

Risiko kewangan ada banyak.

Bila bertemu ejen takaful, pastinya mereka akan jawab, “Takaful boleh lindungi risiko kewangan tuan.”

Bukan semua risiko kewangan boleh diselesaikan dengan takaful. Contohnya jika dibuang kerja, tiada produk takaful untuk kes sebegini. Fungsi takaful adalah untuk perlindungan, bukan untuk pelaburan mahupun simpanan.
Sekalipun sudah ambil takaful, simpanan kecemasan tetap perlu dibuat.

Takaful pula ada banyak jenis produk. Saya pecahkan produk takaful kepada dua:

1. Takaful Keluarga

Dalam insurance conventional ianya disebut life insurance. Produk jenis ini beri pampasan sekiranya berlaku 3 perkara:

KematianLumpuhSakit kritikal

Bila berlaku 3 perkara ini, kita atau keluarga menghadapi risiko kewangan yang besar iaitu hilang sumber pendapatan. Jadi, siapa yang patut ambil produk ini?

Breadwinner, orang yang bertanggungjawab memberi nafkah untuk keluarga.

Apabila sesuatu musibah berlaku ke atas diri breadwinner ini, maka ia akan menjejaskan pendapatan dan perbelanjaan seisi keluarga. Dalam sesebuah keluarga, breadwinner ini selalunya suami atau ayah. Dan untuk melindungi pembiayaan rumah atau peribadi juga, kita menggunakan produk Takaful Keluarga. Jadi sekiranya berlaku apa-apa kepada tukang pembayar hutang rumah, hutang itu dapat dilangsaikan menggunakan takaful. Ahli keluarga kita tidak dibebani untuk membayar ansuran pembiayaan rumah setiap bulan.

Kad Perubatan

Bawah takaful keluarga juga ada produk kad perubatan (medical card).

Fungsi medical card adalah untuk membiayai bil rawatan hospital. Tetapi bukan semua kos rawatan hospital dapat dilindungi dengan kad perubatan. Kerana itu kita perlu baca polisi takaful itu betul-betul supaya tidak salah faham.
Tetapi, ada satu perkara kita masih beruntung kerana berada di Malaysia – kita ada alternatif hospital kerajaan. Sekiranya tiada medical card, kita masih boleh dapatkan rawatan di hospital kerajaan pada kos yang sangat murah.

2. Takaful Am

Fungsi Takaful Am secara umumnya adalah untuk kita lindungi harta benda seperti rumah, pejabat atau kenderaan.

Kita mengambil produk takaful am untuk melindungi harta benda daripada:

Kebakaran, kilat atau kebakaranKecurian yang disebabkan oleh kemasukan ke dalam bangunan secara ganas dan paksaanTaufan atau angin ributGempa bumi & banjir

Setiap satu perlindungan mungkin akan ada penambahan caruman. Contohnya untuk takaful kenderaan kita biasanya ambil pelan asas sahaja, untuk perlindungan tambahan seperti cermin kereta, perlu ada tambahan caruman lagi. Untuk risiko banjir, tambah lagi caruman.

“Saya dah faham sekarang, jadi takaful apa perlu saya ambil?”

Lihat prioriti kita sekarang. Lain orang lain keperluan dan prioriti.

Mungkin beberapa soalan ini dapat membantu kita buat keputusan:

Adakah anda ada keluarga yang sedang ditanggung? (Jika anda tiada, maka mereka hilang sumber kewangan)Sekiranya anda lumpuh hari ini, adakah pasangan atau famili anda mampu bekerja untuk menampung belanja satu keluarga?Adakah anda sudah ada simpanan kecemasan untuk menampung keluarga sekurangnya selama setahun?
Kenapa setahun?

“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya…” (Al-Baqarah : 240)

Maka sila buat analisis kewangan peribadi sebelum mengambil apa-apa produk takaful. Ejen takaful yang baik berperanan membantu kita membuat analisis kewangan terlebih dahulu bukan terus-terus sahaja promote produk takaful.

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman