Yang haram dan tidak

GURU : Syeikh, menurut saya rokok itu tidak haram.

Syeikh : Kenapa?

Guru : Tak ada dalilnya. Saya ingin tahu, satu ayat saja yang menyebutkan diharamkan atas merokok.

Syeikh : Apakah Anda makan jeruk,epal, mahu pun pisang?

Guru : Ya.

Syeikh : Apakah ada ayat yang menyebutkan bahawa jeruk, epal mahu pun pisang itu halal?

Guru : Tidak ada.

Syeikh : Bagaimana tidak ada, bagaimana Al Quran tidak menyebutkan mana yang halal dan mana yang haram, padahal Quran itu pedoman umat. Cuba perhatikan firman Allah Taala dalam surat al-Araf : (Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang maruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan MENGHALALKAN bagi mereka segala yang BAIK dan MENGHARAMKAN bagi mereka segala yang BURUK..(QS al A'raf 157).

Maka segala yang baik seperti daging, jeruk, epal, susu dan lain lain itu termasuk yang baik-baik sehingga termasuk yang dihalalkan. Adapun yang buruk-buruk, maka Allah mengharamkannya.

Guru : Menurut kami, rokok itu termasuk thayyibaat (yang baik-baik), meskipun menurut Anda tidak baik.

Syeikh : Anda punya isteri?

Guru : Ya

Syeikh : Anda punya anak?

Guru : Ya

Syeikh : Jika kau lihat anakmu makan gula-gula, apakah kamu redha?

Guru : Ya, tidak masalah

Syeikh : Kalau kaulihat anakmu sedang menghisap rokok, apakah kamu redha?

Guru : Tidak

Syeikh : Kenapa?

Guru : Kerana itu tidak baik (yakni termasuk sesuatu yang buruk).

Syeikh : Jika itu sesuatu buruk, bukankah masuk yang haram? Bagaimana pula jika yang merokok itu isterimu?

Tiba-tiba siguru mengeluarkan bungkusan rokok dari sakunya, ia meremas dengan tangannya lalu memijak dengan kakinya, lalu ia berkata, Mulai sekarang wahai Syeikh, saya bertaubat kepada Allah dari rokok..

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman