Petua halau tikus

Petua Halau Tikus

(1) DAUN PANDAN
🍳 Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.

(2) DAUN SEMAMBU
🍳 Letakkan daun semambu dilaluan tikus. Ianya juga boleh merawat demam.

(3) DAUN DURIAN BELANDA
🍳 Caranya letakkan beberapa helai daun ditempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 @ 3 hari sekali ditempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga didalam almari pakaian.

(4) JERING
🍳 Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan didapur sampai kering.

(5) SERBUK LADA HITAM
🍳 Taburkan serbuk lada hitam ditempat ada tikus dan laluan tikus itu.

(6) BUAH PONG PONG
🍳 Boleh pong pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Letakkan pada kawasan yang disyaki ada tikus. In Shaa Allah tikus tidak akan kembali lagi. Bagi yang pertama kali dengan nama buah pong pong boleh dapatkan maklumat lanjut dari Wikipedia.

❌❌❌AMARAN❌❌❌
BUAH PONG PONG adalah beracun.Jangan dimakan...

(7) BUAH MENGKUDU
🍳 Ambil dua @ tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia didalam mangkuk dikawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.

(8) MINYAK PUDINA
🍳 Sapukan minyak pudina pada kain dan letakkan di tempat yang sering menjadi laluan tikus. In Shaa Allah tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak suka bau pudina.

(9) KAPUR BARUS
🍳 Hancurkan beberapa kapur barus (kasar2), kemudian taburkan dikawasan yang menjadi 'lubuk' tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat.

~ Cuma petua halau tikus menggunakan kapur barus agar tidak sesuai bagi yang ada anak kecil. Takut anak2 ingat itu adalah gula2!!!

Ulasan

bmnsolution berkata…
Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau tikus ni kalau cara lain dah tak berjaya. Saya ada lihat satu produk dari Jepun dekat laman web ni
www.tenringgitshop.com.
Produk ni mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus tak selesa dan beredar. Sangat bagus untuk pd sape2 yg geli atau takut sebab tak perlu berhadapan dengannya. Yang paling penting tak seksa binatang.
Selamat mencuba yer dan harap2 sekesai masalahnya.

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman