Pendidik

(Guru, pendidik dan Ibu Bapa Wajib Baca)

Dulu Ada sorang pakcik ni.. Dia buta huruf.. X pandai baca quran.. Tapi amalan dia setiap hari lepas maghrib ambil quran menyandar kat dinding pastu buka quran dan tunjuk kat quran sambil menangis sebab x pandai baca.. Sebab tu masa muda kita tak hiraukan quran.. Anak2 baca quran.. X amek tahu.. Kesian nanti tua2 kita akan menyesal sngat.. YaAllah maafkan kami...

Tiba2 dia nampak ada 3 orang budak main2 depan dia dalam masjid.. Dia panggil sorang ni.. "Sini kau! Tolong pakcik bacakan ni sebab denda ko main dalam surau.. Pakcik tadi tunjk surah al ikhlas.. Budak tadi pun baca.. MasyaAllah suara budak tadi pulak sedap.. Pakcik tadi nangis.. Pakcik tadi tanya.. "Adik.. Jadi hafiz quran nak? Hafal 30 juzuk satu quran ni ko hafal.. Budak ni kata "bole ke.. Tengok laa macamana" budak ni balik rumah bagitau mak dia pakcik tadi suruh jadi hafiz..

Nak jadikan cerita mak dan ayah dia terbuka hati dan lepas habis upsr budak ni di hantar ke madrsah.. 3 tahun jadi hafiz.. Lepas tu sambung belajar sunan sittah (kitab2 hadith) 8 tahun jadi maulana al hafiz.. Pastu keluar dakwah setahun di india pakistan bangladesh.. Balik buka madrasah.. Sekarang maulana ni ratusan pelajar hafiz..

YaAlllah.. Pakcik tadi... Walaupun tak pandai baca quran.. Tapi jadi asbab pencetus satu orang budak utk hafal quran dan pastinya semua pahala akan dapat kat pakcik ni..yaaAllah.. Kayanya pakcik yg buta huruf ni di akhirat nanti..

Bayangkan cikgu2, pendidik2 tak payah ramailah cukup sorang atau 2 orang pelajar kita jadi baik kat tangan kita.. Daripada tak solat dia kenal solat kat tangan kita dan dia solat sampai mati.. Dia jadi daie di tangan kita.. Ratusan orang dia islamkan cikgu2 smeua..yg akan dapat ganjaran pahala tu.. Sebenarnya Allah nak muliakan kita sebagai guru.. YaAllah pilih lah saya jadi daie sampai mati.. YaAllah jadikanlah setiap guru ada sifat daie pimpin tangan setiap pelajar untuk masuk syurga...

Ada saya pernah ceramah untuk 70 orang guru di smk bukit indah ampang.. Ada sorang cikgu tanya.. "Ustaz macamana saya nak sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Semua ini ujian buat saya.. Budak2 kurang hajar dengan saya..dan macam2 lagi.."

Saya bagitau "cikgu.. Allah syg cikgu.. Allah xkan izinkan cikgu jadi cikgu jika cikgu tak mampu.. Sebenarnya Allah bagi kita ujian ni sebab kita mampu dan Allah nak tingkatkan darjat diri kita apabila kita sabar dan sentiasa kembali kepada Allah.. Merayu dengan Allah.. Orang yg paling banyak bergantung dan berharap pada Alllah Allah akan bersama dia.. Baginda ibrahim a.s nak kena campak dalam api.. Dua malaikat dtg malaikat air dan malaikat angin datang utk bantu.. Tapi nabi ibrahim kata cukuplah Allah sebagai pembantu aku.. Duduk dalam api.. Baginda punya bulu roma sikit pun x terbakar.. Bukan sebab dia nabi.. Tapi sebab kerja dia iaitu dakwah dan kebergantungan dia kepada Allah..Allah sayang cikgu.."

YaAllah.. Guru2 yg sibuk berjuang utk anak2 remaja kami.. Kau ampun lah dosa mereka.. Jika mereka x ikhlas kau ikhlaskan mereka.. Bagi mereka rezeki melimpah ruah dengan penuh kebekatan.. YaAllah jadikanlah anak2 guru2 yg sibuk mendidik anak bangsa kami menjadi daie2 Allah sebarkan agama di seluruh dunia.. Amiin

#Share dan tag rakan2 guru dan guru2 yang ajar anak2 kita tanda kita hargai dan beri semngat pada mereka..

Motivator Remaja,
Ustaz Khailil Razak

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman