KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH

'KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH'

30 Zulkaedah 1437 - 02 Sept. 2016

Negeri Terengganu

Intipati Khutbah

Bulan Zulhijjah merupakan antara 4 bulan yang mengandungi keistimewaannya tersendiri. Antaranya, terutama di 10 hari pertamanya digalakkan seperti solat sunat, puasa, sedekah dan haji.

Melakukan ibadah sunat sepanjang bulan ini amatlah dituntut apatah dapat mengandakan amalan bagi meraih keredhaan dan pahala berlipat ganda.

Kita juga dianjurkan untuk berpuasa dari 1 hingga 9 haribulan Zulhijjah terutama pada hari Arafah.

Selain itu, dianjurkan memperbanyakkan taubat kepada Allah, membaca Quran, istifar, berzikir, bertahmid dan bertakbir membesarkan Allah Ta'ala bermula awal Zulhijjah sehingga hari Arafah sampailah berakhirnya hari tasyrik.

Ibadah korban yang dilakukan pada 10 hingga 13 Zulhijjah bagi berkemampuan merupakan pendambaan diri kepada mereka yang kurang berkemampuan selain untuk kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabag handai sebagai merasai kesulitan yang ditanggung oleh sebahagian mereka yang lain atas kesenangan kita miliki.

Saranan Rasulullah SAW;-
1. Adalah dilarang (makhruh) kepada mereka yang mengerjakan ibadah korban melakukan cukur misai atau rambut, mengerat janggut atau memotongnya, mengerat kuku atau mencabut sebarang bulu yang tubuh pada tubuhnya. Hendaklah dibiarkan sehinggalah korban itu disempurnakan.

2. Memastikan sendiri majlis korban tersebut bagi yang dapat menyaksikannya.

Amanat Rasulullah SAW ketika berwukuf di Padang Arafah 9 Zulhijjah tahun 10 Hijriah...

"WAHAI MANUSIA, SESUNGGUHNYA DARAH DAN HARTA KAMU ADALAH TERJAMIN DAN DIPELIHARA SEPERTIMANA SUCINYA HARI ARAFAH INI, MULIANYA BULAN ZULHIJJAH DAN SUCINYA NEGERI MAKKAH INI.

TAKUTILAH AZAB ALLAH DAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP PARA ISTERI DAN KAUM WANITA, MEREKA TELAH DIJADIKAN SEBAGAI ISTERI-ISTERI KAMU DENGAN AMANAH DARIPADA ALLAH. MEREKA DIHALALKAN KEPADA KAMU DENGAN LAFAZ AKAD NIKAH YANG MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH.

JUSTERU, DIHARAMKAN MEREKA MEMBENARKAN DIRI DISENTUH OLEH LELAKI LAIN, JIKA MEREKA MELANGGAR LARANGAN TERSEBUT MAKA PUKULLAH MEREKA DENGAN PUKULAN YANG TIDAK MENCEDERAKAN SEBAGAI PENGAJARAN, NAMUN DEMIKIAN KAMU TETAP BERWAJIPAN MEMBERIKAN MEREKA MAKANAN DAN PAKAIAN DENGAN CARA YANG BAIK.

AKU TINGGALKAN KEPADA KAMU UNTUK DIAMALKAN, KAMU TIDAK AKAN SESAT JIKA BERPEGANG DENGANNYA, IAITU KITAB ALLAH (AL-QURAN). HENDAKLAH KAMU MEMGABDIKANLAH DIRI KEPADA ALLAH, TUHAN KAMU, DIRIKANLAH SOLAT LIMA WAKTU YANG DIFARDHUKAN ITU, KERJAKANLAH PUASA SEBULAN RAMADHAN, KELUARKANLAH ZAKAT HARTA KAMU DENGAN RASA REDA DARIPADA HATI SANUBARIMU, TUNAIKANLAH IBADAH HAJI DI BAITULLAH, TAATILAH PEMERINTAH DAN PEMIMPIM KAMU, NESCAYA KAMU AKAN MEMASUKI SYURGA TUHANMU.

KAMU AKAN MENEMUI TUHANMU (MENINGGAL DUNIA), MAKA PASTI DITANYA TENTANG AMALANMU. JANGANLAH KAMU KEMBALI BERADA DI DALAM KESESATAN SELEPAS KEWAFATANKU YANG MENYEBABKAN SEBAHAGIAN KAMU MEMUSUHI DAN MEMERANGI SEBAHAGIAN YANG LAIN.

KETAHUILAH BAHAWA ORANG YANG MELAKUKAN JENAYAH DAN KESALAHAN, IANYA PASTI DITANGGUNG OLEH PELAKUNYA SENDIRI (BUKAN ORANG LAIN), BEGITU JUGA, KESALAHAN BAPA TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH ANAKNYA DAN BAPA JUGA TIDAK AKAN MENANGGUNG KESALAHAN ANAKNYA.

SESUNGGUHNYA SYAITAN TIDAK DAPAT MEMURTADKAN KAMU DI DALAM NEGERI (MAKKAH) INI TETAPI IA TETAP TERUS MENCUBA UNTUK MENUNDUKKAN KAMU SUPAYA MENTAATI PERINTAHNYA WALAUPUN DI DALAM SEKECIL-KECIL PERLAKUAN SEHINGGA IA GEMBIRA DENGAN KEJAYAANNYA ITU."

Semoga beroleh panduan dan rujukan bersama. Amen.

*kami merindui mu...wahai kekasih Allah😢*

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman