Sedikit tazkirah hati

Sedikit Perkongsian Ringkas Kuliyah Maghrib Panjang Terakhir Di Surau Feri Kemasek Sebelum Menyambut Satu Ramadhan..

Oleh Ustaz Tabarani ( Imam Masjid Geliga, Chukai, Kemaman ).

بِسْمِ اللّهِ الرّحْمَنِ الرّحِيمِ

يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ ﴿٤٢﴾

( Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman ) akan tiba masa didedahkan kedahsyatan huru-hara ( hari kiamat ), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya,

خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ ﴿٤٣﴾

Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi dengan kehinaan; dan juga sesungguhnya mereka ( di dunia ) dulu telahpun diseru supaya akan sujud ( tetapi mereka enggan ) sedang mereka dalam keadaan sihat.

1. Sekiranya menyesal di dunia ini berkaitan dengan urusan akhirat masih lagi mempunyai ruang untuk benar-benar kembali bertaubat dan berusaha memperbaiki amalan.

2. Adapun kesemua penyesalan di akhirat, adalah suatu keadaan yang sangat sukar dibayangkan, kerana tiada lagi peluang untuk kembali ke dunia. Ianya adalah mustahil.

3. Dan Allah telah kongsikan segala rakaman dialog kesal tersebut di dalam al-Quran, sebagai kesemua peringatan akan pedihnya segala penyesalan yang kosong daripada harapan.

4. FirmanNya : Sehingga apabila datangnya kematian kepada salah seorang dari mereka ( orang kafir ), dia akan merayu berkata: 'Tuhanku, kembalikan semula aku !!!' [ 23:99 ].

5. FirmanNya lagi : Engkau lihat ketika mereka tertunduk di depan tuhan mereka, akan menyebutkan : "Tuhan kami !!! Kami dah lihat. Kami dengar. Kembalikan akan kami !!!" [ B32:12 ].

6. FirmanNya tentang ahli neraka : Mereka berteriak di dalam neraka itu : “Tuhan kami, keluarkan kami !!! Kami akan beramal soleh dan tidak seperti yang telah kami kerjakan” dulu [ 35:37 ].

7. Gambaran penyesalan yang tak dapat dilihat penghujungnya ini telah dibawa ke masa kita melalui jalan wahyu, dalam keadaan kita masih di sini.

8. Bermakna, peluang masih ada. Pintu rahmatNya sentiasa kekal luas terbuka. Agar kita bertindak cerdik dan tidak ditimpa segala nasib yang sama seperti 'mereka'.

9. Putus asa adalah musuh utama di dalam perjalanan membasmikan penyesalan ini. Jangan biarkan diri terbelenggu dengan segala bisikan yang menyuruh berhenti.

10. Walaupun dengan apa langkah sekalipun, perlahan, rapat, terus ke hadapan asal teruskan. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai pemangkin kepada segala proses memperbaiki akan kehidupan ini.

## Ramadhan bakal tiba lagi..

Diantara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yang amat mulia :

11. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari sepaling kurangnya.

12. Solat tarawih berjemaah dngan minima 8 rakaat disetiap malam. Solat Witir dengan minima 3 rakaat semalam.

13. Memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun dengan hanya sebiji tamar setiap hari.

14. Solat fardhu berjemaah di setiap 5 waktu setiap hari.

15. Menunaikan solat tahajud disetiap malam dengan minima 2 rakaat.

16. Menunaikan solat sunat dhuha setiap pagi.

17. Sentiasa sedekah disetiap hari walaupun dengan minima seringgit.

18. Pastikan bersahur setiap hari serta beriktikaf di masjid setiap hari walaupun sekadar 10 minit.

19. Sentiaaa bertadarus Al-Quran sambil usaha-usaha memahami apa maksudnya.

20. Sentiasa menziarahi orang yang kurang bernasib baik.

21. Kurangkan ziarahi ke bazar-bazar ramadhan.

22. Sentiaaa pilih makanan sunnah sebagai menu berbuka harian.

23. Mengelakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.

24. Sentiasa menjauhkan diri dari segala aktiviti yang laghaa. Lebih baik dengan memperbayakan zikir harian serta banyakkan berdoa.

25. Menlazimikan bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali dalam sehari.

26. Mengajarikan diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.

27. Menjaga serta menghubungkan silaturrahim.

28. Menjaga serta menutup aurat dengan sempurna.

29. Menjaga segala lisan ataupun percakapan, segala pandangan, segala pendengaran serta menjaga hati daripada perkara-perkara yg dilarang.

30. Tidak berlebih-lebihan maupun membazir dengan apajua makanan terutamanya juadah berbuka.

31. Perbanyakkan segala amalan-amalan sunat termasuk solat sunat rawatib.

32. Menlazimikan sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga ( terutama suami dan anak-anak lelaki ).

Menlazimikan untuk mengawal dan tahan marah, mendidik diri untuk lebih bersabar.

Menlazimikan lidah untuk sentiasa memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang maupun susah.

33. Sentiasa menjaga ikhtilat yakni hubungan diantara kaum lelaki dan kaum perempuan.

34. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.

35. Ikhlaskan hati kita segalanya kerana Allah, menhadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan pada kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir bagi kita.

AllahuAkbar !!! AllahuAkbar !!! AllahuAkbar !!!!.. Alhamdulillah..

Semoga ianya menjadikan sedikit panduan bagi kesemua kita untuk bersedia membawa bekalan yang secukupnya menuju ke hari yang kekal nanti - In Syaa Allah.

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman