Susu

Orang alim bagi contoh, ada satu orang duduk rumah dua tingkat, yang duduk tingkat atas ialah seorang tua dan dia sendiri, seorang tua juga, duduk tingkat bawah. Suatu hari orang tua yang duduk di tingkat bawah didatangi tetamu. Maka orang tua itu nak buat air teh sebagai hidangan kepada tetamunya. Bila nak buat teh di dapur, tengok2 susu telah habis.

Maka dia jerit kpd jiran dia yg duduk di tingkat atas. "Awak ada susu tak?"
Jiran dia jawap "Ada".

Dia berkata lagi "Boleh tak awak tolong turun bawah hantarkan susu kepada saya, saya ada tetamu?"

Jiran dia jawap "saya tak boleh turun tangga, sakit kaki! awak naiklah ambik!"
Dia pun jawap "saya pun tak boleh naik, kaki saya sakit!"

Maka jiran dia jawap "Takpelah, saya tuang dari drain sinki punya paip tu, dari atas ni paip tu sambung kat bawah, kemuadian awak tahan kat bawah!"

Dia pun jawap "Baiklah.." Maka susu jugak yang keluar dari saluran paip bawah tu, tak berubah, rupa dan rasa pun macam susu, lepas tu dia guna buat teh Kaw! punya..tapi tergamak tak tuan2 utk minum teh tersebut?

Susu memang susu, tapi jalan yang dia datang tu dari jalan yang yang tak betul, jalan kotor, jalan yang mana tempat orang buang air basuhan tangan, basuh pinggan dan berludah. Ada benda2 yang kita tak nampak spt kuman2 dan bakteria2, bila minum teh tu kene sakit perut.

Inilah tuan2 mulia,contoh apabila kita belajar ilmu ikut saluran yang tak betul. Umat hari ini tengah "sakit perut". Umat hari ini mencela alim ulama terdahulu. Kita apa pun tak belajar, dengan angkuhnya kita mencela alim ulama zaman dahulu yang mana mereka telah korbankan seluruh kehidupan mereka untuk agama. Tiada sedikitpun kepentingan dunia dalam diri mereka dan dalam menulis kitab2 mereka.

Oleh itu tuan2 yang mulia kita kena belajar ilmu dari saluran yang betul, barulah datang amal yang betul dan faham yang betul. -Petikan bayan Maulana Abdul Hamid b. Chin (lukisan oleh Fikrie Fauzi dan ditulis oleh Abu Medina @ Nor Azlan)

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman