Rundingan Baling

Sejarah Rundingan Baling

Program "Mengimbau Kembali Peristiwa Rundingan Baling 1955" pernah di adakan di sekolah Rendah Tunku Putra yang dahulunya di kenali Sekolah Inggeris Baling ( Government English School ) di mana tempat yang di adakan rundingan di antara pihak Kerajaan dan pihak Komunis bagi menamatkan darurat yang berlaku di Tanah Melayu ketika itu.

Berikut adalah sejarah sebenar yang berlaku ketika sebelum dan selepas Rundingan Baling berdasarkan apa yang di ceritakan Datuk Gurdial Singh A/L Kartar Singh, individu yang ada bersama Tunku Abdul Rahman ketika Rundingan Baling diadakan.

Pada awal bulan Jun 1955, Sepucuk surat telah diterima daripada wakil Ibu Pejabat Tertinggi Tentera Pembebasan Malaya yang menyatakan bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) bersedia untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan darurat dan memulihkan keamanan di Malaya.

Pada 18 September 1955, sejurus selepas Kerajaan Perikatan mendapat kuasa ( hasil dari pilihanraya pertama ), tawaran pengampunan telah diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri. Syarat-syarat pengampunan (amnnesty) telah dikeluarkan dan disebarkan secara meluas termasuk menjatuhkan risaIah dari kapaI terbang kedaIam hutan.

Dalam pada itu hubungan telah dibuat dengan wakil Chin Peng untuk mengadakan rundingan bagi membincangkan syarat-syarat tersebut. Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk mengadakan rundingan dengan Chin Peng, tetapi sebaliknya beliau mahu bersemuka dengan Chin Peng untuk menerangkan syarat-syarat pengampunan dan akan menimbangkan sebarang cadangan yang mungkin akan dikemukakan oleh pihak PKM.

Akhirnya pertemuan bersejarah itu diadakan di Sekolah Inggeris Baling ( Government English School) yang kini di kenali Sekolah Kebangsaan Tunku Putra. Rundingan itu berlangsung dalam empat sesi selama dua hari.

Hari pertama yang berlangsung pada 28 Disember 1955. Sesi pertama bermula pukul 2.30 petang dan berakhir pukul 3.30 petang manakala sesi kedua yang bermula pada pukul 3.40 petang sehingga pukul 5.45 petang dan sesi yang ketiga bermula pada pukul 6.30 petang sehingga pukul 8.05 malam.

Hari keduanya pulak rundingan berlangsung pada sesi yang ke empat, bermula pada pukul 10.50 pagi hingga pukul 12.48 tengahari.

Rundingan tersebut melibatkan pihak kerajaan yang terdiri daripada YTM Tunku Abdul Rahman, Dato Sir Tan Cheng Lock, Encik David Marshall, Encik Hamid Jumat, Encik Yaacob Latif D.I.O, Encik Too Joo Hin, Encik T.H Tan Syed Jaafar Albar, sementara bagi pihak Komunis pulak terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Pekan Baling dipilih sebagai tempat untuk mengadakan rundingan kerana ia adalah kawasan pilihanraya Tunku Abdul Rahman pada ketika itu. Sementara itu tanggungjawab membawa keluar Chin Peng dan rombongannya serta memastikan keselamatan mereka telah di serahkan kepada Pegawai Daerah Butterworth iaitu John Davis.

Untuk pengetahuan ketika itu Jhon Davis berusia 49 tahun dan merupakan seorang sahabat baik Chin Peng semasa berada didalam hutan selama dua tahun sebagai anggota Force 136.

    Force 136 adalah satu nama samaran bagi sebuah pertubuhan Eksekutif Operasi Khas (SOE), Britain semasa Perang Dunia II. Pertubuhan ini diwujudkan bagi menggalakan dan membekal pergerakkan penentangan di wilayah dalam kawalan musuh, dan sering kali melaksanakan operasi-operasi sabotaj. Force 136 beroperasi di wilayah-wilayah Perbatasan Asia Tenggara dalam Perang Dunia II yang mana diduduki oleh tentera Jepun sejak tahun 1941 sehingga 1945.

Sebelum berlangsungnya rundingan tersebut, Pekan Baling yang kecil itu telah penuh sesak dengan manusia yang berkumpul di jalanraya bagi menantikan rombongan Tunku.

Pada Ketika itu kawalan ketat dilakukan bagi mengelakan kejadian yang tidak di ingini berlaku semasa rundingan tersebut di adakan, setiap individu yang memasuki kawasan rundingan akan di soal siasat terlebih dahulu bagi memastikan.perjanjian gencatan senjata ketika rundingan  di patuhi.

Dalam rundingan tersebut, Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin duduk berhadapan dengan Tunku Abdul Rahman, David Marshal, Tan Cheng Lock dan Too Joo Hin. Segala rundingan telah di rakam ketika itu.

Beberapa perakam suara teIah di pasangkan dalam bilik rundingan. Dalam rundingan tersebut Tunku Abdul Rahman menyatakan kepada Chin Peng bahawa Tanah Melayu akan menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Oleh yang demikian tidak ada gunanya berperang dan meneruskan permusnahan yang berlarutan selama 7 tahun yang mengakibatkan banyak orang yang terkorban  dan kemusnahan harta benda.

Namun begitu Chin Peng tidak menerima cadangan tersebut dan menolak pengampunan beramai-ramai untuk mereka yang ingin menyerah diri  kerana dalam rundingan tersebut Chin Peng mahu Komunis  berkuasa di Tanah Melayu dan menjadikan Tanah Melayu sebagai Negara Komunis.

    Antara perkara-perkara yang di bincangkan dalam rundingan itu ....

1. Pengiktirafan terhadap Parti Komunis Malaya.

2. Membenarkan ahli-ahli PKM menyertai politik.

3. Memusnahkan Perintah Darurat.

Syarat perundingan juga menyatakan bahawa anggota-anggota PKM yang tidak mahu bermastautin di Tanah Melayu di kecualikan daripada penyiasatan pihak berkuasa.

    * WaIaubagaimana pun rundingan gagal mencapai persefahaman kerana kedua-dua pihak tidak dapat menerima perkara-perkara yang di nyatakan di atas.

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman