Mendidik umat

Mendidik Umat Terbaik untuk melahirkan zuriat yang terbaik juga. Sifat laki-laki yang dibenci dan tidak disukai wanita. Di antaranya adalah:

P E R I N G A T A N
U N T U K  S I  L E L A K I
Y A N G  B E R G E L A R  S U A M I

J a n g a n
a n d a  b e r k a h w i n  d u l u
s e b e l u m  m e m b a i k i  i m a n
e m p a t  b u l a n  d i  j a l a n  A l l a h

K a l a u  d a h  k a h w i n
K e l u a r l a h  s e k a r a n g  j u g a
A t u r k a n  m a s a  a n d a . . .

1. NAK BERBINI TAPI TAK NAK BELAJAR AGAMA. JANGAN RISAU! ADA PENYELESAIANNYA

Suami yang jahil agama. Suami adalah kepala rumahtangga yang bertanggung jawab terhadap pelaksanaan ajaran agama dalam keluarga untuk memastikan isteri dan anak-anaknya menjadi insan yang taat terhadap perintah Allah SWT.

2. HANTAR SUAMI DUDUK DALAM BAYAN SETIAP MINGGU DI SRI PETALING ATAU DI MASJID TERHAMPIR

Suami yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas. Setiap kaum wanita merindukan suami yang mempunyai visi hidup yang jelas.

Hidup ini diciptakan Allah SWT bukan semata-mata untuk hidup melainkan ada tujuan mulia. tujuan hidup berumahtangga adalah untuk bertakwa kepada-Nya.

Takwa dalam artikata bersungguh mentaati-Nya. Apa yang Allah haramkan benar-benar dijauhi. Dan apa yang Allah perintahkan benar ditaati.

Namun yang banyak terjadi sekarang adalah bahwa banyak para suami yang menutupi dosa dan kemaksiatan. Isteri tidak dianggap penting. Dosa demi dosa diperbuat di luar rumah tanpa merasa takut kepada Allah SWT.

3. HANTARKAN SUAMI KELUAR DAKWAH 3 HARI 72 JAM SEBULAN! ANDA PASTI AKAN MELIHAT PERUBAHANNYA NANTI..!

Suami yang bersifat keras dan kasar terhadap isteri adalah merugikan. Allah SWT memerintahkan para suami secara khusus agar menjaga para isteri dengan lemah lembut:

Allah SWT berfirman, "...Dan pergaulilah para isteri itu dengan perlakuan yang baik". (QS. An Nisa: 19).

Banyak para suami sekarang yang menganggap isteri sebagai hamba suruhan. Ia dibantai dan disakiti semahunya tanpa sedikitpun kenal belas kasihan.

4. HIDUPKAN TAKLIM DALAM RUMAH SUPAYA SYAITAN KELUAR DARI RUMAH!

Suami yang bersikap sombong dan ego. Sombong adalah sifat syaitan. Allah SWT melaknat Iblis adalah kerana kesombongannya.

Kesombongan sangat bertentangan dengan naluri wanita. Kerana itu para isteri yang baik tidak suka mempunyai suami yang sombong dan ego.

Kerap terjadi banyak suami yang tidak mahu mendengarkan nasihat isteri kerana kesombongan dan keegoannya.

5. MISTI MEYAKINI BAHAWA ALLAH SWT MAHA MELIHAT! ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI

Suami yang bersifat tertutup. Suami yang baik adalah suami yang terbuka kepada isterinya sebagaimana isteri juga bersifat terbuka kepada suaminya.

Namun banyak terjadi sekarang, para suami menutupi perbuatannya di luar rumah. Ia tidak mau berterus terang kepada isterinya.

Sikap semacam ini sungguh sangat tidak disukai kaum wanita. Banyak para isteri yang tersiksa kerana sikap suami yang begitu tertutup.

6. ORANG BIASA KATA 'MACAM TAK BERTELOR'. KELUARLAH DI JALAN ALLAH UNTUK PULIHKAN KEYAKINAN DIRI ANDA

Suami yang tidak mempunyai pendirian. Setiap wanita sangat memerlukan seorang suami yang tegas dan mempunyai pendirian. Tegas dalam artikata memiliki sikap dan alasan yang jelas dalam mengambil satu keputusan.

7. JAUHI BERBOHONG WALAUPUN DALAM BERGURAU..! BUATLAH APA SAJA, TAPI JANGAN BERBOHONG

Suami yang bersifat pembohong. Banyak kejadian para isteri tersiksa kerana sang suami suka berbohong. Tidak mau jujur atas perbuatannya.

Sungguh tidak sedikit rumahtangga yang hancur kerana kebohongan suami. Kebohongan telah menghancurkan harga diri seorang isteri.

Oleh kerana itu banyak para isteri yang sanggup bercerai kerana tidak sanggup hidup dengan suami pembohong.

8. SIKIT-SIKIT GIVE UP! SIKIT SIKIT FRUST! SIKIT SIKIT CABUT! SERIK..! ISTERI PERLU IKUT SUAMI KELUAR JALAN ALLAH..!

Suami yang mudah berputus asa. Para isteri menginginkan suami yang tegar, bukan suami yang cepat putus asa.

Para isteri menyukai suami yang selalu tegar dalam ertikata penuh semangat dan tidak kenal erti lelah. Lebih dari itu tabah dalam menghadapi berbagai cobaan hidup.

9. JADI ORANG LELAKI TAPI PENAKUT NAK MAMPOS. BELAJARLAH JUMPA ORANG BERCAKAP TENTANG KEBESARAN ALLAH, AKHIRAT DAN KERJA AGAMA.

Suami yang pengecut. Sikap pengecut banyak menghalangi sumber-sumber kebaikan dalam rumahtangga. Banyak isteri yang terbantut keinginannya kerana sikap pengecut suaminya.

Banyak isteri yang tersiksa batin kerana suaminya tidak berani menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Para isteri sangat tidak suka suami pengecut. Mereka suka pada suami yang berani. Sebab cabaran hidup sangat menuntut keberanian. Berani dengan penuh pertimbangan yang matang.

10. MENCEKIK DAN MENTEKEDARAH SAJA YANG DIA TAU..! AMALAN SUNNAH MISTILAH HIDUP DALAM RUMAH! SUAMI BAGILAH MASA BUAT AMAL JEMAAH MASJID

Suami yang pemalas. Malas telah membuat seseorang tidak produktif. Banyak sumber-sumber rezeki yang terlepas kerana kemalasan seorang suami.

Malas kerapkali membuat rumahtangga menjadi sempit dan tersepit. Para isteri sangat tidak suka kepada seorang suami pemalas.

Sebab keberadaanya di rumah bukan memecahkan masalah melainkan menambah permasalahan. Seringkali sebuah rumahtangga diwarnai pergaduhan kerana suami yang pemalas.

11. BUAT ANAK PANDAI! JAGA ANAK TAK PANDAI..! HANTAR ANAK SEDARI KECIL KE MADRASAH! IN SYAA ALLAH

Tidak mengambil berat tentang anak-anak. Mendidik anak bukan saja tanggungjawab seorang isteri melainkan tanggungjawab suami juga.

Sekarang banyak kita saksikan seorang ayah sangat acuh dan tidak endah  pada anak-anaknya. Sikap seperti inilah yang sangat tidak disukai para wanita.

12. DIA SAJA NAK MENANG! TAK BAGI PELUANG ISTERI BERCAKAP! DALAM TAKLIM RUMAH SEMUA BOLEH BERCAKAP..!

Suami yang mahu menang sendiri. Setiap manusia normal mempunyai perasaan ingin dihargai pendapatnya. Begitu juga seorang isteri.

Banyak isteri tersiksa kerana sikap suami yang selalu merasa benar sendiri dan hanya mahu menang sendiri.

Kerana itu Umar bin Khathab r.hu lebih bersikap diam ketika isterinya bercakap. Ini adalah contoh yang patut ditiru. Umar beranggapan bahwa adalah hak isteri mengungkapkan perasaan hatinya. 

Sebab hanya kepada suamilah ia menemukan tempat untuk mengadu dan mencurahkan isi hatinya. Kerana itu, seorang suami hendaklah selalu berlapang dada.

13. SUAMI BUAT HAL SENDIRI JE! BUAT 5 AMAL DI RUMAH! TAK TAU? GI TANYA KARKUN..!

Suami yang Jarang berkomunikasi. Banyak isteri merasa kesepian ketika  suami pergi atau berada di luar rumah. Sebaik-baik suami adalah yang sesekali  menalipun isterinya.

Ingatlah bahawa banyak masalah kecil menjadi besar hanya kerana salah berkomunikasi. Kerana itu, berkomukasi ini penting dalam menentukan kebahagiaan rumahtangga.

14. SUAMI BUSUK MELANTUNG! MANDILAH DAN BERWANGIANLAH!

Suami yang tidak kemas dan tidak harum. Para isteri sangat suka ketika suaminya selalu berpenampilan rapi dan bersih.

Ketika seorang suami kemas dan bersih, isteri akan merasa bangga kerana orang yang melihat pasti akan terkesan bahawa isteri betul dalam mengurusnya.

Sebaliknya ketika suami tidak rapi dan tidak harum, orang-orang akan terkesan bahwa ia tidak diurus oleh isterinya.

Sungguh sangat tersinggung dan tersiksa perasaan seorang isteri, ketika melihat suaminya sembarangan dalam penampilannya dan menyebarkan bau yang tidak menyenangkan.

DOA ISTERI PASTI ALLAH TERIMA!
Ya Allah..! Hidupkan suasana Agama dalam rumah kami. Lemah-lembutkan hati-hati kami, anak-anak kami, suami dan ibubapa kami, jiran-jiran kami, saudara-mara kami dan Umat seluruh alam ini.

Anugerahkan kepada kami keluarga yang soleh! Yang sentiasa membimbing kami untuk menjalani kehidupan kami di dunia dan Akhirat.

Ya Allah ya Tuhan kami..! Jadikan semua Umat ini taat kepada perintah-Mu. Jadikan rumahtangga kami dan semua rumah orang Islam di seluruh dunia, di mana-mana jua, sentiasa mendapat taufik dan hidayah-Mu. Aamiin Yaa Robbal 'Aalamiin..!

Wallahu A'lam.

M E N Y E D I A K A N
W A N I T A  J U G A  S E B A G A I
P E M B A N T U  K E R J A  A G A M A

Sertai jemaah wanita bersama suami ke Negara Jauh 2 bulan, ke Negara Jiran

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman