Susah

RUMAH JAGA SEPARUH DARI HIDUP KAMI

Saya persembahkan satu lagi pengalaman sedih saya semasa menjadi pegawai pelajaran daerah utk tatapan kerana lebih ramai orang suka membaca pengalaman dari tulisan berbentuk ilmu semata. Ambillah iktibar. Bukakan hatimu.

Malam itu saya bersama pemandu membuat semakan ke sekolah-sekolah untuk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah. Beberapa sekolah disinggahi. Akhirnya saya sampai di satu sekolah kebangsaan yg dipinggir bandar.

Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah, saya turun. Seorang lelaki tua berunifom jaga yg saya jangka 60 an menegur saya. Saya cepat memperkenal diri dan minta memeriksa beberapa perkara. Dia seperti keberatan untuk membenarkan saya masuk ke pondok pengawal, tetapi bila diminta dia beralah.

Saya menolak pintu bilik pengawal untuk masuk. Pintu yg ditolak tertampan sesuatu, lalu saya menjengok ke dalam. Ya Allah,seorang remaja perempun belasan tahun sedang tidur beralas tikar rumput di lantai, berbantal lipatan kain. Tidurnya mengiring kerana kakinya kena dibengkok disebabkan bilik yg sempit. Begitu nyenyak dia hingga tidak sedar kakinya tertampan pintu.Kasut sekolah, beg dan unifom sekolah menengah diletak di tepinya.
Saya tidak menerus hajat untuk masuk dan mengajak orang tua itu berbual di luar. Dalam nada yg sedikit terketar, mungkin rasa bersalah, dia berkata, "Minta maaf encik, anak saya, menumpang tidur di pondok ini" Dia terhenti. Tutur kata perlahan dan tertib dan seperti menahan sebak. "Tak ada siapa di rumah, mak dia dah meninggal, anak-anak dah kawin dan pindah. Saya tinggai dua beranak. Saya kena kerja untuk belanja kami berdua dan cari duit sekolah anak perempuan bongsu saya tu. Kerja lain dah tak larat, kerja jaga ni bolehlah. Saya bimbang nak tinggalkan dia seorang di rumah. Minta maaf encik, minta maaf. "Air matanya mula tergenang di sinar lampu yg berbalam. Bahunya saya gosok utk menenangkannya. Saya pula yg serba salah dan sedih.

Dia terus merintih, "Hidup waktu malam kami di sinilah telah setahun lebih bila kerana saya kerja syif malam sebab rakan ada masalah nak kerja malam. Rumah jaga ni separuh dari hidup kami dua beranak. Esok pagi anak satu akan akan ke sekolah menengah dgn basikal, dia menumpang mandi di sekolah ini. Encik, tolong, jangan repot kat toke saya dan guru besar, saya takut kena buang kerja. Macam mana kami hidup. "Di sini dia dah teresak dan mengesat air mata dgn lengannya. Saya menepuk bahunya, menyuruhnya bersabar dan menjengok sekali lagi ke dalam pondok. Tangan anak itu saya lihat menampar nyamuk di pipi. Ya Allah, anak semuda ini telah diuji dgn kepayahan hidup. Sesungguhnya lelaki ini seorang yg tabah, hanya ini jalan hidup yg ada baginya. Saya dah tak sanggup mendengar kata-kata pak cik ini. Bila saya menaiki kenderaan, pemandu nampak kehairanan kerana beberapa sekolah yg dilalui saya bersungut itu ini, tapi kali ini diam dan mengesat air mata, tetapi dia tidak berani bersuara.

Pengorbanan seorang bapa hingga penghujung usianya, selagi kudrat masih ada, keringat diperah demi penyambung hidup anak. Bila isterinya dijemput Allah, apa pilihan lagi yg ada padanya demi sesuap nasi dan keselamatan anak dara suntinya. Jika anda pernah bersungut teruknya bekerja, susahnya hidup, ukurlah dgn orang tua ini. Jika anak anda besungut tilam nipis, lama,katil kecil, bilik panas tak ada aircond, ukurlah dgn anak dara orang tua ini yg bermalam di tikar rumput di lantai simen rumah jaga yg kakinya pun tidak boleh berlunjur. Jika anak anda bersungut bilik air tak selesa, sarapan tidak sedap, ukurlah dgn anak ini yg mandi di tandas sekolah, sarapan di mana yg sempat. Jika nak marah anak murid lewat ke sekolah, mengantuk dalam kelas, pakaian lusuh tidak diseterika, penampilan yg comot, mulut jangan cepat mengungkap kata yg tidak elok, ambil tahulah kisah hidup yg dilalui mereka. Jika jd ketua, ambil tahu sedikit kisah hidup orang bawah, jangan tahu mengarah shj. Pejamkan mata, hayati keperitan hidup pak cik ini dan menangislah kerana banyak menangis melembutkan hati. ABD GHANI HARON.

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman