Al Quran dan sains

HASIL penemuan kajian sains membuktikan segala yang terkandung dalam al-Quran adalah tepat dan benar belaka.

Al-Quran antara kalam ALLAH SWT terdahulu menjelaskan segala yang baru ditemui oleh pakar sains sejak 1500 tahun lalu apabila Dia menurunkan wahyu kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

Setiap sudut cabang ilmu sains yang diterokai sudahpun terjawab dalam al-Quran. Persoalannya di sini, siapakah yang memberitahu Baginda SAW rahsia ini? Jika akal yang waras pasti dapat memikirkan mengenai kewujudan ALLAH SWT.

Pakar sains Barat dalam kajiannya menyatakan bahawa galaksi ada penciptanya. Sedangkan dalam al-Quran banyak ayat yang menjelaskan perihal kebesaran ALLAH.

Kemudian, hasil kajian sains dalam pelbagai bidang seperti astronomi, fizik dan perubatan telah menemui penemuan yang sama seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.

Terbukti al-Quran itu datangnya daripada ALLAH, Tuhan Pencipta Alam.

Dalam bidang astronomi, universe semakin berkembang, bermula dari satu kemudian semakin berpecah, daripada cecair kemudian kepada pepejal.

Teori yang memberitahu planet sedang berkembang dinyatakan dalam firman-Nya: " Dan langit Kami bangun dengan kekuasaan (Kami), dan Kami benar-benar meluaskannya." (Surah Adz-Dzariyat: 47)

Begitu juga dengan pergantian siang dan malam, dalam al-Quran, Surah Azzumar ayat 5 menyatakan bahawa ALLAH memasukkan malam atas siang dan siang atas malam. Maksud ayat tersebut menyatakan siang dan malam melilit bumi. Lilitan ini seolah-olah seperti melilit serban.

Dalam bidang Giology, ALLAH menyebut dalam Surah An-Naba' ayat 6 hingga 7 bahawa Dia menjadikan bumi sebagai hamparan dan gunung sebagai pasak.

Hasil kajian membuktikan ia benar dan sangat tepat. Ini kerana, jika gunung tiada bumi akan bergegar. Bahkan, jika dahulu terkandung dalam buku sains sekolah menyatakan matahari tidak berputar, tetapi penemuan baru menjelaskan matahari juga seperti bulan yang berputar pada paksinya.

Namun, semua ini dijelaskan dalam firman-Nya: "Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing beredar pada garis edarnya." (Surah Al-Anbiya': 33)

Di dalam bidang fizik pula, jika kajian dulu menyatakan atom ialah zarah yang paling kecil. Namun, kajian terbaru ditemui dalam atom menampakkan adanya proton dan neutron dalamnya selain terdapat teknologi nano.

Di dalam Surah Saba’ ayat 3 menjelaskan tidak ada yang dapat disembunyikan daripada ALLAH walaupun seberat zarah atau yang lebih kecil daripada itu.

Ramai yang membuat andaian bahawa apa yang terdapat di dalam al-Quran adalah tidak benar, namun, setelah kajian demi kajian dilakukan jelas membuktikan apa yang terkandung dalam al-Quran adalah benar, bukan sahaja benar malah terlalu tepat.

Begitu juga dalam proses kejadian manusia. ALLAH berfirman dalam Surah Al-Mu’minun ayat 13-14 dan Surah Al-Hajj ayat 5 menyatakan mengenai proses kejadian manusia (bermula daripada sperma (nutfah), membentuk embrio (alaqah), segumpal daging (mudghah) dan tulang belulang yang disaluti daging kemudian dijadikan makhluk. (izam wal lahm),

Selain daripada itu,  dalam general science, jika deria rasa pada kulit rosak, maka manusia tidak dapat berasa sesuatu yang disentuh.

Begitu terperinci penciptaan ALLAH sehingga apabila manusia dibangkitkan semula, manusia dijadikan kepada bentuk asal daripada sekecil- kecil perkara, cap jari, DNA dan retina mata. Begitulah besarnya kekuasaan ALLAH.

Adakah dengan semua tanda kekuasaan ini manusia tidak celik mata atau masih membutakan mata sehingga tertutup pintu hidayah (petunjuk) mereka.

Banyak kes murtad terutamanya yang berlaku di Malaysia kerana mereka tidak faham perihal Islam dan tidak berkongsi apa itu Islam lalu menjadikan mereka semakin jauh dengan Islam.

Dalam Islam, tiada perkara soalan yang tidak boleh ditanya, tetapi tanyalah kepada orang yang tahu.

Persoalan mengenai kewujudan ALLAH telah sedia terjawab semuanya di atas penciptaan seluruh alam. Mukjizat al-Quran memberi petunjuk kepada manusia supaya mengingati ALLAH. ALLAH mengetahui segalanya dan ilmu manusia sangat terbatas.

Daripada perspektif sains, banyak kajian dijumpai dan ia benar seperti yang dinyatakan dalam al-Quran. Terbuktilah al-Quran yang benar adalah kalam daripada ALLAH.

AISYAH FAUZI
Penulis adalah penuntut dari Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman