Iman lawan nafsu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

   RENUNGAN TAZKIRAH (RABU,23 SYA'BAN 1436H)

Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula dipegang, senanglah kita picit-picit dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah, menguasai seluruh tubuh kita. Bahkan ia menjadi sebahagian daripada jasad kita iaitu tubuh yang halus (jismul latif). Kerana itu, tanpa kesedaran, kemahuan dan paksaan yang bersungguh-sungguh, kita pasti dikalah kannya,kemudian ia peralat kan semahu-mahunya.

PENJELASAN :
Tapi kalau tidak ada nafsu langsung pun susah juga. Nafsu makan, nafsu untuk berketurunan, nafsu untuk kelihatan cantik dan sebagainya. Nafsu juga sebenarnya satu kurniaan dari Allah S.W.T selain akal. Malaikat Allah kurniakan akal tanpa nafsu, binatang pula Allah kurniakan nafsu tanpa akal, tetapi manusia Allah S.W.T kurniakan kedua-duanya kepada manusia.

Sebab itu jika manusia gunakan akal untuk beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan mengawal nafsu, manusia akan lebih mulia daripada Malaikat. Sebaliknya jika nafsu manusia dapat mengalahkan akalnya, manusia akan menjadi lebih hina daripada binatang. "Kal an'am Balhum Adhal..." Seperti binatang ternakan bahkan lebih hina (sebab binatang tidak ada akal) kata Allah.

Berikut ialah peringkat-peringkat nafsu yang disenaraikan mengikut aturan tingkatannya:
1. Nafsu Ammarah
2. Nafsu Lawwamah
3. Nafsu Mulhamah
4. Nafsu Mutmainnah
5. Nafsu Radhiah
6. Nafsu Mardhiah
7. Nafsu Kamiliah

Syaitan dan Nafsu menjadi sahabat, saling bantu-membantu terutamanya pada bulan Ramadhan yang akan bermula seminggu lagi. Syaitan sebagai musuh utama tidak akan membiarkan manusia dalam kebaikan, kerahmatan dan keampunan Allah. Tidak akan membiarkan Ibadah Puasa manusia sampai ke hadrat Ilahi.

Syaitan tidak menyerang manusia pada mata, telinga, kaki atau tangan tetapi ia melakukan serangan di tempat yang utama iaitu hati. Serangan yang dilakukan itu amat halus dan dengan pelbagai tipu daya, sehingga ramai yang tidak menyedarinya. Ia mempunyai penolong yang setia yang berada dalam diri anak Adam iaitu Nafsu Ammarah. Perjalanan yang panjang inilah yang memberi peluang bagi Syaitan,untuk menghilangkan kebaikan yang kita mahu lakukan. Ia mahu segala Amal Sholeh menjadi hancur berkecai, tanpa apa-apa makna. Khususnya sepanjang Ramadhan nanti.!!!

Oleh kerana Nafsu adalah sebahagian daripada badan, maka ia sangat sulit untuk dilawan. Tetapi usaha melawan Hawa Nafsu mesti dilakukan. Jika tidak, manusia akan sentiasa terdorong untuk berbuat kejahatan dan kezaliman. Allah S.W.T. telah berfirman;

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Ertinya:
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku, sesungguhnya Nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan Nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."        (QS ;Yusuf :Ayat, 53)

Nafsu adalah jalan atau highway bagi Syaitan,untuk merosakkan manusia. Ini diterangkan oleh Hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya Syaitan itu bergerak mengikut aliran darah, maka persempitkan jalan Syaitan itu melalui lapar dan dahaga (yakni puasa)”. (HR : Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Anas). Ini menunjukkan Syaitan boleh dilawan, dengan melawan Hawa Nafsu secara (bermujahadah) mengurangkan makan atau berpuasa. Jika Nafsu tidak terdidik, jalan Syaitan merosakkan manusia terbuka luas.

Justeru,untuk mengalahkan Syaitan mesti dengan mendidik Hawa Nafsu. Jika Nafsu terdidik, jalan Syaitan akan terputus. Cara  jampi mempergunakan ayat-ayat Al-Qur'an seperti ayat Qursi ,Surah An-Nas dan lain-lain hanya boleh digunakan, jika Syaitan merosakkan atau mengganggu jasad lahir manusia. Memang ada Nas yang membolehkannya. Tetapi jika Syaitan telah merosakkan hati, cara melawannya ialah dengan mendidik Hawa Nafsu.

Cuba kita perhatikan bagaimana bijak dan busuknya Syaitan, dalam membawa manusia bersamanya ke Neraka. Ramai mereka yang dahulunya hebat dengan Dakwah sama ada ketika belajar atau ketika muda, apabila kahwin hilang entah ke mana. Ada yang kuat Ibadahnya tetapi apabila kerja, menjadi manusia yang lalai. Ramai yang mulanya ikhlas berniaga, diniatkan jika berjaya mahu membantu Agama dan membantu orang-orang miskin, namun apabila berjaya mereka lupa malah menjadi orang yang ujub, riya' dan sombong. Ramai yang begitu tinggi sifat  Ukhuwahnya, selalu makan bersama dan berpelukan bila bertemu, tetapi akhirnya menjadi musuh yang ketat.

Syaitan menggunakan senjata yang paling ampuh iaitu elemen keluarga, harta, pangkat, wanita dan senjata dalam diri manusia seperti sifat ego, dengki, cinta dunia, marah, dendam, taksub, suka berdebat, suka berehat, jemu (futur) dan sebagainya untuk melalaikan manusia dari Allah S.W.T. Apa yang malangnya banyak Amal yang dilakukan menjadi hancur, apabila Syaitan berjaya memasukkan jarum ujub, riya’ dan sombong.

Begitu juga mereka yang separuh abad usianya, mengabdikan diri pada dakwah, namun apabila usia di hujung senja, ia menjadi manusia biasa. Rohnya menghadap Tuhan bukan sebagai seorang pejuang Fi'Sabilillah, tetapi sebagai seorang biasa yang tidak peka dan mengambil apa-apa tindakan dengan suasana semasa. Malah hanya relaks dengan kepentingan peribadi semata-mata. Alangkah ruginya kehidupan, alang kah ruginya usia dan masa.

Ada mereka yang bila perniagaannya menghadapi masalah,dia mengundurkan diri dan lupakan Tuhan. Meninggalkan Amal dan Dakwah. Kalau kita bertanya kenapa ianya berlaku, tidakkah mereka merasa rugi sedangkan ganjaran dan kemuliaan mereka yang berada di Medan Dakwah adalah tinggi di sisi Allah S.W.T.

Orang yang tenang dalam mengingati Allah, adalah musuh Syaitan. Ketenangan menyebabkan seseorang itu dapat berfikiran waras, dalam setiap tindakannya. Justeru itu Syaitan akan mengugat ketenangan diri manusia itu dahulu. Ia menggunakan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara, perniagaan, harta, jawatan, musibah atau penyakit.Ia akan mengguna kan sepenuhnya segala apa yang ada di sekeliling, atau sifat dalam diri manusia untuk menggoncangkan ketenangannya.

Hari ini Syaitan bertepuk tangan. Ia telah berjaya menyelinap ke dalam hati Ummat Islam, sehingga berjaya mengugat dan memecahkan keharmonian kasih sayang sesama mereka. Mereka yang dahulunya kelihatan kuat, hebat dalam berpidato, berkasih sayang dengan erat, tapi hanya kerana masalah khilafiah, ada yang berpecah belah sehingga bermusuhan bagaikan orang jahil. Caci mencaci, fitnah menfitnah, pulau memulau mula dan sudah berlaku. Sesungguhnya segala permusuhan mereka itu adalah di atas jalan Syaitan dan Hawa Nafsu.
Wal'iyazubillah.!!!

KESIMPULANNYA :
Ramai yang gugur tetapi bukannya gugur di medan jihad,tetapi gugur di lembah Hawa Nafsu. Mereka semua terkena bom atau peluru yang dilontarkan oleh Syaitan Laknatullah...!!! Keilmuan, keimanan dan kasih sayang mereka tidak begitu kebal, untuk menjadi benteng dalam(Iman dan Taqwa) mempertahankan diri. Sekadar mengutuk dan memarahi Syaitan sebagai penyebab, adalah menutup kelemahan diri. Sebagai musuh, ia sudah menyata kan bahawa ia akan melaku kan serangan habis-habisan kepada kita pada bulan Ramadhan ini...!!! Melalui tentera upahannya iaitu HAWA NAFSU...!!!
Ramadhan nanti, Nafsu Makan dan Nafsu Tidur biasanya yang paling Success...!!!

والله أعلم.

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman