Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galangal L merupakan tumbuhan herba yang dikatakan berasal dari China dan India ini kini banyak ditemui di Malaysia serta Negara Asia Tenggara lain. Ia digunakan sebagai perasa makanan dan bahan ramuan perubatan tradisional. Apa yang menarik mengenai herba berubat ini ialah ia menghasilkan aroma harum yang kuat apabila diramas atau di perah.

Biasanya, cekur banyak ditanam di sekitar rumah atau tumbuh liar di tempat lembap serta redup. Cekur adalah herba renek dan rimbun dengan daunnya melata di atas tanah. Daunnya kelihatan seolah-olah bertindan di antara satu sama lain dengan batangnya tampak seperti basah. Cara paling mudah menanam dan membiakkan tumbuhan ini ialah dengan menggunakan rizomnya.

Amalan Tradisional & Khasiatnya

Cekur digunakan secara tradisional seperti berikut :

Bagi mengekalkan awet muda dan menghilangkan bau nafas

- Amalkan memakan daun serta umbisi cekur sebagai ulam.

Pening kepala , mual dan gastrik

-  Ambil beberapa umbisi cekur, bersihkan dan rebus hingga airnya tinggal satu cawan. Minum setiap pagi dan petang.

Batuk dan Sakit kerongkong

-  Batuk- Ambil beberapa helai daun cekur, campurkan dengan sedikit air dan tumbuk sehingga lumat. Saring airnya dan campurkan dengan madu lebah lalu minum.

- Sakit Kerongkong – Potong sedikit cekur sebesar ibu jari dan kunyah dengan sedikit garam.

Sawan

-Ambil sekerat umbisi cekur, jerangau dan bongglai lalu tumbuk hingga lumat. Kemudian sapukan pada seluruh badan penghidap sawan.

Rawatan ibu lepas bersalin

-Gunakan akar cekur. Tumbukkan sehingga lumat dan sapukan pada perut ibu lepas bersalin bagi menghilangkan angin dalam badan

Mual,kembung perut atau angin dalam badan

-Parut rizom cekur dan campurkan dengan beras giling serta sedikit air. Saringkannya dan minum.

Bengkak anggota badan

-Giling daun cekur dan tampalkan pada anggota badan yang bengkak.

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman