Ramadhan semakin pergi


Segala puji Bagi Allah yang masih memberikan nikmat meneruskan kehidupan di dalam ISLAM dan IMAN. Dua nikmat yang tiada tolok bandingnya kerana hanya orang-orang yang ALLAH pilih sahaja dibelai sifat arRAHIM-NYA dalam menerima nikmat ini.

PERGINYA RAMADHAN

Ramadhan semakin meninggalkan kita. Tetapi kali ini terasa bagai semakin meruntun hati kerana terasa gagal menjadi pelajar terbaik madrasah Ramadhan. Walaupun segala amal hanyalah Allah yang berhak menilai tetapi rasanya terlalu banyak kelemahan yang perlu dibaiki. Mungkin diri jarang ditekan untuk mengingati bahawa nikmat bulan ini tidak boleh dipersiakan. Walau apa pun, setiap azam yang ditanam harapnya boleh kita teruskan, kerana bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk beribadah tetapi bulan pemula ibadah. Puasa yang mengawal nafsu, memberi peraturan bahawa tidak boleh makan dan minum, menjaga mata dan hati. Jadi, untuk mengawal nafsu, kita perlu berlapar iaitu puasa.

Ya Allah.. Ya Rabbi.. panjangkan umurku.. keluarga ku dan teman temanku supaya dapat kami bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang suci ini.. Amin..

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman