INSIDEN NUKLEAR DI JEPUN.1

Maklumat dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

- Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih mengenai situasi semasa dan tidak hanya mempercayai khabar - khabar angin yang menyatakan Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun.

- Kerajaan Malaysia sentiasa mengawasi dan memantau keadaan ini.

- Untuk mendapatkan maklumat teknikal secara lebih terperinci dan sahih , sila layari:

1) Portal web rasmi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), www.iaea.org

2) Portal web rasmi Agensi Nuklear dan Keselamatan Industri Jepun, www.nisa.meti.go.jp

3) Pusat Maklumat Radiologi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di talian HOTLINE berikut : 1800 88 7999

- Kerajaan sentiasa memantau keadaan ini melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai).

- Bacaan menunjukkan tiada sebarang peningkatan paras sinaran di mana paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal.

- DATA TERKINI ERMS:
  • Tarikh : 17.03.2011
  • - Data paling tinggi : 0.25 uSv/jam (Senai)
    - Data paling rendah : 0.046 uSv/jam (Melaka)
    - Range Data di Malaysia : 0.046 ~ 0.25 uSv/jam
    - Bacaan adalah di paras normal (Latar Belakang).

  • Tarikh : 16.03.2011
  • - Data paling tinggi : 0.17 uSv/jam (Senai)
    - Data paling rendah : 0.024 uSv/jam (Kudat)
    - Range Data di Malaysia : 0.024 ~ 0.17 uSv/jam
    - Bacaan adalah di paras normal (Latar Belakang).

Ulasan

irl-lis berkata…
Salam & terima kasih sb turut sama sebarkan info ini

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman