Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Ayam tertipu lagi

Imej
Zaman internet dan facebook menaikkan Musang berbulu ayam menjadi amat terkenal. Musang ini menawarkan peluang pelaburan dengan pulangan melebihi 100%. Antara yang famous termasuklah WinliFund, Swiss Cash, ABFund dan berbagai lagi lah.
Dan kemudian bagaikan magic. Berjuta-juta bahkan berbillion-billion wang ayam lesap begitu sahaja. Memang pelik, lepas satu satu musang berbulu ayam seperti ni muncul. Dan yang lebih lebih pelik dan hairannnya ayam ayam ni lepas satu kena tipu, masuk lagi satu, kene tipu balik dan yang dah tahu musang berbulu ayam ini menipu tapi akhirnya kena tipu jugak...Tak serik-serik…. mungkin, memang itulah hakikat ayam.
Tak cukup dengan skim cepat kaya, ade lagi investment-investment yang diperkenalkan oleh musang berbulu ayam ini seperti Ceramic Business Club, Jai Networks yang buat skim Stromberg dan berbagai lagi la. Yang ini pula guna konsep, musang berbulu ayam ini menjual produk kepada ayam, Cuma ayam hanya labur duit pada mereka, kemudian musang berbulu…

Pelaburan halal dan haram

Imej
Sebelum melabur atau membeli saham-saham di mana-mana syarikat, anda wajib pastikan syarikat tersebut tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang haram disisi Islam. Bagi yang mahu melabur dengan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, anda boleh menyemak sama ada syarikat tersebut ‘syariah compliant’ atau tidak melalui website Bursa Malaysia dan meneliti aktiviti perniagaan syarikat terbabit dengan membaca prospektus mereka dan pastikan mereka tidak terlibat dengan jenis perniagaan ini:
1- Arak Sudah Termaktub dan jelas di dalam al-Quran bahawa arak itu haram qatie. Sepuluh golongan yang terlibat dengan arak yang dilaknat Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :- Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnyadan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi). Antara syarikat yang berkait dengan arak adalah Carlsberg serta F&N. 2- Babi dan Pr…

Saham Amanah

Imej
Unit Trust/Amanah Saham, hampir majoriti rakyat Malaysia pernah terdengar ataupun telah pun melabur di dalam Unit Trust ataupun Amanah saham yang terdapat di negara kita Malaysia. Paling kurang pun, mesti anda semua tahu tentang Amanah Saham Nasional (ASN atau ASB). Tak pun yang terkini.. Amanah Saham 1 Malaysia.
Ini adalah antara amanah saham yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Selain daripada itu, terdapat juga amanah saham yang diperkenalkan oleh bank-bank komersil dan bank-bank pelaburan seperti CIMB atau Public Mutual contohnya Public Mutual Dana Islamic Bond ( Public mutual ).
Ramai sudah rakyat Malaysia telah pun melabur dalam amanah-amanah saham ini. Akan tetapi, sejauh manakah pemahaman anda mengenai bagaimana sebenarnya amanah saham/unit trust ini beroperasi ?Mungkin kita pun telah mendengar sedikit penerangan daripada agen-agen atau wakil-wakil bank. Apa yang faham hanya sekadar tahu harga unit amanah saham tersebut. Dan pulangan diperolehi sama ada daripada dividen …

Duit

Imej
Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam dan tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini.

Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai.

Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.

Madame Marie Curie menemui radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.

Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.

Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani ata…

Jual Beli

Imej
Jualbeli :-1. Jualbeli dari istilah bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dari istilah syarak ialah menukar harta dengan harta mengikut cara-cara yang tertentu.2. Dalil-dalil harus dan halal jualbeli:
1) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
“Dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.” (Surah Al-Baqarah : ayat 275)2) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
” Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau.” (Surah An-Nisaa’ : Ayat 29)3) Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-
“Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai.”
(Riwayat Ibnu Hibban)
3. Hikmah diharuskan jualbeli :-1. Allah s.w.t telah menjadikan sifat semulajadi manusia yang memerlukan pertukaran faedah harta di antara sesama manusia samada menerusi jualbeli, sewa-menyewa dan sebagainya.2. Dengan adanya peraturan jualbeli ini maja akan terhindarlah kejadian rampas-merampas atau rompakan yang mana m…

Melayu

Imej
Petikan dari buku Memoir Abdul Majid Salleh. Seorang pejuang kemerdekaan tanahair kita . Beliau adalah rakan perjuangan Ahmad Boestamam , Prof Burhanuddin Helmy , Zahari Said dan ramai lagi rakan perjuangan yang lain.
Saya amat tertarik ulasan beliau mengenai sikap pemikiran orang Melayu 40an dahulu. Antara lain beliau merumuskan:
1.Jiwa orang Melayu terlalu baik, hanya terlalu sedikit bilangannya yang benar-benar keras kepala.Oleh kerana terlalu baik , orang lain dengan mudah saja dapat menipu atau membelit mereka.
2.Jiwa orang Melayu terlalu lembut terhadap orang yang bukan Melayu , tetapi mengeras dan garang terhadap orang Melayu itu sendiri.
3.Orang Melayu terlalu suka memakan budi orang , apabila budi sudah diterima dan tidak terbayar maka akan menyerah kalah.
4.Orang Melayu terlalu suka mengagung-agungkan orang lain tetapi menghina bangsanya sendiri.
5.Orang Melayu terlalu taat kepada orang lain tetapi khianat kepada bangsa sendiri.
6.Kalau orang Melayu menasihatinya dan orang b…

Tentang selepas perkhawinan

Imej
Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Tetapi sebenarnya banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih…

Rumah

Imej
Rumah yang pernah menjadi perbualan hangat. Dianggarkan bernilai RM 12 juta. Masih belum siap sepenuhnya dan terletak di Lot 65, seksyen 60 Bandaraya kuala Lumpur. Dibina oleh TRC Corporation.













Doktor

Imej
Doktor adalah nama glamor manakala pegawai perubatan adalah nama jawatan yang diberikan kementerian kesihatan. Terkini, kerajaan telah memberikan pelbagai insentif menarik kepada doktor.Untuk yang bergraduat dengan jayanya sebagai pelajar perubatan maka dilantik sebagai pelatih pegawai perubatan berjawatan UD41. Proses yang perlu dilalui ialah 2 tahun.Selepas 2 tahun, seseorang pelatih akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD44 secara automatik. Manakala genap sahaja perkhidmatan sebagai pegawai perubatan selama 3 tahun selepas perlantikan UD44, automatik akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD48.Selepas 5 tahun berada pada pegawai perubatan UD48, seseorang akan dilantik terus secara automatik kepada UD52 dan selepas 5 tahun akan terus dilantik ke jawatan UD54.Pelajar-pelajar perubatan yang lulus dengan jayanya, kerjaya sudah sedia menanti. Tiada istilah pengangguran dan kesusahan mencari pekerjaan bagi pelajar2 perubatan.Benarlah kata orang2 di zaman saya, belajar susah, kerja s…

Tiga Abdul

Imej
( Di dalam cerita tersebut, sebenarnya ketiga-tiga Abdul memiliki hak yang sama ke atas harta ayah mereka Ismet Ulam Raja. Baik harta di dalam Isketambola dan di luar Isketambola. )
Di dalam cerita tersebut, Abdul Wahab selaku anak sulung membahagi harta-harta Ismet Ulam Raja yang berada di dalam Isketambola secara “demokrasi terpimpin”.
Dia mendapat segala estet-estet, kebun-kebun dan tanah-tanah yang bernilai 5 juta pound sterling, manakala adik kedua Abdul Wahib pula mendapat segala wang di dalam bank-bank Ismet Ulam Raja yang berjumlah 4 juta pond sterling.Manakala adik bongsu mereka Abdul Wahub pula hanya mendapat rumah pusaka “yang hampir hendak roboh”. Ia menimbulkan konflik kerana ketidakadilan yang dilakukan oleh pemegang amanah, iaitu Abdul Wahab. Lantaran itu, Abdul Wahub mengambil keputusan memutuskan persaudaraan dengan mereka berdua.
Jika faraid digunakan, ketiga-tiga Abdul tidak perlu putus saudara. Peguam si mati, Sulaiman Akhlaken patut memainkan peranan dalam hal ini…

Yong-Tau-Fu.

Imej
Yong-tau-fu adalah makanan masyarakat Cina. Menu asal Yong-tau-fu adalah tauhu yang dicampurkan dengan kuah pati ikan atau khinzir.
Rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Yong_tau_foo
(nota:terjemahan untuk “meat paste of fish and pork” yang terdapat di dalam wikipedia, diterjemahkan sebagai kuah pati ikan atau khinzir)
Hari ini menu ini sudah berubah dengan pelbagai bahan-bahan lain, seperti telur, sayur, sosej, dan sebagainya. Sekiranya yong-tau-fu asal haram dimakan oleh orang Islam, kerana kandungan menunya adalah kuah pati khinzir, adakah ia masih haram sekiranya tiada lagi unsur tersebut?
Yong-tau-fu tidak boleh dimakan bukan kerana namanya yong-tau-fu. Sekiranya ia ditukar nama kepada “yong-tau-fu Halal”, atau “yong-tau-fu Islam”, atau “yong-tau-fu Ahmad”, ia masih lagi belum cukup syarat halal sekiranya ia masih menggunakan kuah pati khinzir!
Begitulah juga halnya dengan takaful dan insurans.
Fungsi insurans dan takaful adalah sama, iaitu untuk memberi perlindungan. Yang membezakan bu…

Telaga Minyak 4

Imej
Gambaran secara grafik Aktiviti yang sedang dijalankan bagi menangani dan mengawal tumpahan minyak.

PruBSN Takaful2

Imej
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakaian dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (240)Nota: Allah SWT telah memberi peringatan buat suami supaya menyediakan sejumlah perbelanjaan yang mencukupi bagi tempoh setahun untuk isteri sekiranya si suami meninggal dunia. Perbelanjaan tersebutlah yang akan digunakan oleh si isteri untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak. Kenapa setahun? Kerana selepas kematian suami, isteri akan hilang mata pencarian utama mereka terutamanya bagi isteri yang tida…