Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Perjuangan Palestine

Imej
Pada kita derita itu pada gagalnya peperiksaan laparnya perut pada makanan putusnya cinta pada kekasih pujaan jauhnya ibu ayah dari dakapan juga habisnya duit dalam bekalan Pada mereka derita itu Apabila rumah kediaman digesel trak Harta benda serba serbi dirompak maruah keluarga dipijak-pijak anak bini dicincang oleh manusia tak berotak tanah air Islam diinjak-injak irama kita adalah suara Siti yang merdu atau muzik rock yang bingit melegakan atau suara nasyid yang mendayu-dayu irama mereka bulddozer yang menghiasi setiap pagi ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi Bom yang tak pernah sunyi berbunyi sungguh sukar kita berada di tempat mereka kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian putusnya cinta atau geramnya pada manusia tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah kerana gagalnya mere…

doa dalam melayari kehidupan

Imej
Ya Allah… Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukan hatinya dan hatiku… Titipkan kebahagian antara kami… Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah… Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah… Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku… Bawalah dia jauh dari pandanganku… Luputkan dia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan… Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Menolak bayangnya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja yang merah… Agarku sentiasa tenang… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta… Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukku…

Doa nurun nubuwwah

Imej
Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah.
Ertinya:“Ya Allah,Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin.Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benarorang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanl…

For Women Only

Imej
For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men
hasil tulisan Shaunti Feldhahn

Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka.
Buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golon…

Bersahabat dengan orang yang berilmu

Imej
Firman Allah yang bermaksud:
" Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran. " ( surah al-Khafi ayat 28 )

Sebagai manusia, kita memerlukan rkan untuk bersosial, berkongsi susah dan senang. hidup bermasyarakat adalah fitrah manusia. Namun tidak semua sesuai untuk dijadikan rakan dan boleh dipercayai. Islam menganjurkan umatnya agar memilih rakan yang baik yang boleh memberikan impak serta pengaruh yang baik kepada kita.