Perancang Kewangan Bebas


Di Malaysia, perancang kewangan yang bebas adalah teramat sedikit. Financial planner yang tidak terikat dengan mana-mana institusi kewangan dan boleh memberikan khidmat nasihat yang menyeluruh.

Manakala, jurujual produk kewangan financial product salesperson bersepah-sepah di pasaran. Mereka ini terikat dengan institusi kewangan, baik namanya syarikat insurans / takaful, syarikat saham amanah, bank, syarikat broker dan sebagainya.


Perbezaan utamanya adalah …

Anda membayar khidmat financial planner untuk mendapatkan khidmat nasihat (consultation).

Manakala, financial product salesperson akan memberikan ‘khidmat nasihat’ atau lebih tepat ’sales script’ secara percuma dengan harapan utamanya anda akan membeli produk yang mereka tawarkan.

Malangnya, di Malaysia ni saya lihat financial product salesperson ini dengan selamba kodok meletakkan title seperti financial planner, penasihat kewangan dalam kad-kad bisnes mereka. Tetapi bila berjumpa sewaktu temujanji, anda hanya mendengar sales script dan bukannya khidmat nasihat.

Bayangkan, anda baru berjumpa kali pertama, dia sudah menyediakan lebih awal plan tertentu untuk anda. Wah. Hebat sungguh. Sedangkan pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti setiap dari kita ini adalah berbeza-beza. Malah, profil risiko pun tak sama.

Dan kalau boleh mereka mahu close sales dalam pertemuan kali pertama itu juga! Sedangkan dia tidak meneliti pun fakta-fakta penting tentang diri anda. Isteri berapa ramai. Hutang berapa banyak. Masih menanggung kedua orang tua atau tidak. Anak masih sekolah berapa orang. Anak yang sudah lepas tanggungan berapa orang.

Jadi, anda mahu seorang doktor yang sudah siap-siap sediakan panadol dan ubat batuk setiap kali temujanji atau anda mahu seorang doktor yang memeriksa suhu badan anda dahulu, periksa tekanan darah, dengar bunyi jantung baru lah dia beritahu berita yang sepatutnya seterusnya mencadangkan ubat yang perlu dibeli ?


Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman