Tiga Abdul



( Di dalam cerita tersebut, sebenarnya ketiga-tiga Abdul memiliki hak yang sama ke atas harta ayah mereka Ismet Ulam Raja. Baik harta di dalam Isketambola dan di luar Isketambola. )

Di dalam cerita tersebut, Abdul Wahab selaku anak sulung membahagi harta-harta Ismet Ulam Raja yang berada di dalam Isketambola secara “demokrasi terpimpin”.

Dia mendapat segala estet-estet, kebun-kebun dan tanah-tanah yang bernilai 5 juta pound sterling, manakala adik kedua Abdul Wahib pula mendapat segala wang di dalam bank-bank Ismet Ulam Raja yang berjumlah 4 juta pond sterling.Manakala adik bongsu mereka Abdul Wahub pula hanya mendapat rumah pusaka “yang hampir hendak roboh”. Ia menimbulkan konflik kerana ketidakadilan yang dilakukan oleh pemegang amanah, iaitu Abdul Wahab. Lantaran itu, Abdul Wahub mengambil keputusan memutuskan persaudaraan dengan mereka berdua.

Jika faraid digunakan, ketiga-tiga Abdul tidak perlu putus saudara. Peguam si mati, Sulaiman Akhlaken patut memainkan peranan dalam hal ini.

Apapun, ia sekadar cerita jenaka. Mungkin yang tersirat di sebalik itu, P.Ramlee ingin mengingatkan kita tentang keperluan ilmu faraid.

satu hadith Rasulullah s.a.w yang dilaporkan oleh Imam Ahmad, yang bermaksud; “Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraidh adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraidh adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku.”.

Ulasan

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman