Melayu


Petikan dari buku Memoir Abdul Majid Salleh. Seorang pejuang kemerdekaan tanahair kita . Beliau adalah rakan perjuangan Ahmad Boestamam , Prof Burhanuddin Helmy , Zahari Said dan ramai lagi rakan perjuangan yang lain.

Saya amat tertarik ulasan beliau mengenai sikap pemikiran orang Melayu 40an dahulu. Antara lain beliau merumuskan:

1.Jiwa orang Melayu terlalu baik, hanya terlalu sedikit bilangannya yang benar-benar keras kepala.Oleh kerana terlalu baik , orang lain dengan mudah saja dapat menipu atau membelit mereka.

2.Jiwa orang Melayu terlalu lembut terhadap orang yang bukan Melayu , tetapi mengeras dan garang terhadap orang Melayu itu sendiri.

3.Orang Melayu terlalu suka memakan budi orang , apabila budi sudah diterima dan tidak terbayar maka akan menyerah kalah.

4.Orang Melayu terlalu suka mengagung-agungkan orang lain tetapi menghina bangsanya sendiri.

5.Orang Melayu terlalu taat kepada orang lain tetapi khianat kepada bangsa sendiri.

6.Kalau orang Melayu menasihatinya dan orang bukan Melayu menasihatinya atas tajuk yang sama , maka orang Melayu akan mengikut nasihat orang bukan Melayu.

7.Apabila menghadapi sesuatu bencana baharulah mereka berasa hendak bersatu dengan bangsanya iaitu seia sekata tetapi apabila bencana telah hilang , mula menidakkan pertolongan dari orang-orang Melayu yang lain.

8.Suka meniru-niru dan tidak mereka-reka sendiri kerana penyakit malas berfikir.

9.Tidak berani menghadapi sesuatu masalah yang rumit dan apabila masalah itu timbul ia kehilangan akal.

10.Tidak berani meneroka sesuatu usaha yang besar kerana tidak percaya diri sendiri.

11.Apabila orang lain meneroka sesuatu usaha itu berjaya , ia cuba pula melakukan usaha yang sama secara meniru-niru tanpa ilmu pengetahuan dan pengalaman.

12.Suka menyerahkan nasibnya kepada orang lain.

Inilah salah satu dari beberapa punca yang menyebabkan orang Melayu ketinggalan jauh ke belakang dari bangsa-bangsa lain.

Renungi sedalamnya samada kita tergolong dalam kumpulan Melayu 40an atau yang lain.. petikan dari muka surat 100-101 Memoir Abdul Majid Salleh.

Ulasan

DDrfauziah berkata…
Salam singgah ukhwah dari Kak G. Ceria2kan hari anda. :)

Misi di Maya: Singgah2 memanjangkan silaturrahim dan bertanya kabar bila berkesempatan. :)

Jika semua mengikut Wahyu, aman bahagia dunia & akhirat.

SELAMAT HARI BAPA
Hammid_77 berkata…
Kerana segala kelamahan yang ada pada bangsa melayu ini maka Allah telah mentakdirkan Islam buat mereka...yang kemudian mereka tinggalkan.

Popular Post

Kata Kata hikmah

KWSP vs PENCEN

Payudara

Skim rumah pertama

Banjir di kemaman