Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Tarbiah sentap

Pesanan untuk ibu bapa yang sayangkan anak kalian,CHECK FON ANAK..Please!Check Facebook dia, Facebook Messenger dia, Wechat dia, Skype dia, Whatsapp dia, Telegram dia, Instagram dia, Twitter dia, SMS dia, Call log dia, Photo Gallery dia dan semua benda yang ada!Kalau tak reti, usaha juga untuk belajar!Jangan sampai cikgu kaunselor sekolah dia call bagitau anak kalian kena tangkap basah!Jangan sampai doktor call bagitau anak kalian mengandung!Jangan sampai polis datang rumah bagitau anak kalian buang janin dalam semak!Jangan sampai anak kalian lari rumah!Waktu tu, nasi dah jadi bubur.Pesanan untuk muslimah-muslimah yang sayangkan maruah,JANGAN BAGI GAMBAR TAK SENONOH KAT SESIAPA PUN!Please!Jangan sesekali termakan pujuk rayu binatang bernama iblis berjasadkan manusia yang goda suruh bagi gambar bogel.Jangan sampai kau kena ugut dia sebarkan gambar kau kalau kau tak berzina dengan dia!Jangan sampai maruah kau dipijak-pijak sebab kena ugut jadi hamba seks kat lelaki durjana bersama kawan…

Sejarah Syiah Qaramitah menyerang Kaabah dan mencuri Hajarul Aswad

Imej
Hari Al-Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijjah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar Hajarul Aswad dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil.Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah (saluran untuk menyalurkan air sekiranya hujan dari atas Kaabah). Apabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati.Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian men…

Mengambil Iktibar Kejatuhan Baghdad

Imej
Mengambil Iktibar Kejatuhan Baghdad
Catatan sejarah ini cuba mengikat kita tentang peristiwa kedatangan puak-puak Monggol yang bersatu di bawah suaka Kerajaan Tatar, yang melumatkan seluruh wilayah-wilayah Islam ketika itu. Ia sudah pasti akan menimbulkan rasa sebak, sayu dan hiba ke atas generasi-generasi umat Islam dahulu yang teraniaya akibat kepincangan politik pada waktu itu. Ia juga mengenangkan kembali jatuh bangun kota Islam paling berprestij di zaman emasnya yang dikenali sebagai Sayyid al-Bilad, Baghdad. Sangat tragis sekali, kota kosmopolitan itu kerap menjadi mangsa kebiadaban manusia yang datang daripada pelbagai bangsa dan agama.
Kerajaan Tatar memulakan langkah penjajahan ketika Temujin (Genghiz Khan, 1162 M - 1227 M) berjaya menyatukan seluruh kabilah berpuak Monggol yang ketika itu hidup berpindah-randah di pergunungan Siberia pada tahun 1194 M. Mereka yang asalnya dari bangsa nomad, menjadi sebuah kerajaan gasar terbesar yang dikenali sebagai Empayar Monggol, dan ha…

Online perbankan secara selamat

Pesanan dari Bank Negara Malaysia1. Sentiasa taip alamat penuh perbankan.   online di browser
2. Jangan dedahkan username, password dan TAC no kepada sesiapa
3. Hanya daftar no telefon sendiri untuk TAC
4.  Pakai sekuriti software i.e. antivirus

Dosa ku

Imej
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُِSalam pagi Selasa       
17 Muharam 1438H,
18 Oktober 2016                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْYa Allah bantulah hambaMu ini yang banyak dosa lagi lalai serta leka untuk memperbanyakkan doa dan munajat. Ya Allah rengankan lidah kami agar kami suka beristighfar dan bertaubat. ..

Ya Allah jadilah hari ini baik bagi kami dan pengakhiranya juga yang baik dan dilindungi dari segala musibah.Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepada Mu agar diberi taufiq dan hidayah untuk mencapai kesucian diri dan bertaqwa secara istiqomah denganMu. Ya Allah jauhilah kami dari kebingungan, muliakanlah kami dengan cahaya ilmu dan fahaman. Ya Allah hiasilah kami d…

Rm 100 dan RM 1

*RM100 dan RM1*Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari
kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara
Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.Maka mereka pun berbual:1. Wang RM100 bertanya
    kepada RM1; "Kenapa
    badan kamu begitu lusuh,
    kotor dan berbau hamis?"2. RM1 menjawab; "Kerana
    sebaik saja aku keluar
    dari bank, terus ke tangan
    orang bawah daripada
    buruh, penjaja, penjual
    ikan dan di tangan   
    pengemis."3. Lalu RM1 bertanya balik
    kepada RM 100,"
   "Kenapa kau begitu baru,
    rapi dan masih bersih?" 4. RM100 menjawab;"Kerana
    sebaik saja aku keluar   
    dari bank, terus disambut
    perempuan cantik, dan
    beredarnya pun di   
    restoran mahal, di
    kompleks membeli-belah
    dan juga hotel brbintang
    serta ke…

Hati

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞Segala yang berlaku bukan kehendak kita dan juga yang berlaku itu satu ILMU yang mana kita manusia sentiasa mempunyai kesilapan, itu kita harus tempuhi. Terutama dugaan dari sesama umat yang sering HASAD tiada penghujung..Sabar dan solat mmbawa ketenangan hati dan jiwa, di situ Allah turunkan bidadari yang di amanahkan dgn tanggung jawab sebagai isteri solehah...In Sha Allah dgn segala doa-doa umat sejagat membawa berkat .. In Sha Allah AaminSalam Maal Hijrah 1438H