Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Kerajaan Andalusia

Imej
Kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai kota Andalus pada tahun 711M sehingga ke tampuk kerajaan“Nasriyyah” atau “Bani Ahmar” yang mengakhirinya pada tahun 1492M, pernah melakarkan catatan pemerintahan Islam yang hebat. Tempoh tersebut hampir mencapai lapan abad! 800 tahun, suatu jarak yang seharusnya menjadi renungan  buat masyarakat Islam di seluruh dunia.
Tempoh tersebut membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalus. Ketika itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang megah dengan munculnya tokoh-tokoh Islam kawakan seperti Ibn Hazm (994M-1064M), Ibn Rushd (1126M-1198M), Ibn Bajjah (1082-1138M), Ibn Zuhr (1091-1162M) dan ramai lagi. Termasuklah golongan elit Kristian yang dipimpin oleh filosof terkenal Thomas Aquinas (1225M-1274M) dan Maimonides (1135M-1205M), seorang ahli teologi yang pernah terkenal di Andalus ketika pemerintahan Islam, sedangkan beliau berbangsa Yahudi.
Kejayaan Islam membin…

Hanya Memuji tatkala nikmat?

Ada orang yang mengikut ajaran Islam, tatkala mendapat NIKMAT, gembira lalu memuji-muji agama ini dan usaha diri mereka. Namun apabila kerana mengikut arahan agama ini lalu mereka mendapat KESUSAHAN, kerugian dan sepertinya, mereka mula mengutuk agama ini sebagai, mengongkong, buruk dan mundur.Mereka menunggang agama untuk manfaat yang disukai nafsu sahaja.. Rugilah mereka yang sedemikian sebagaimana telah diperingatkan oleh Allah swt وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللهَ عَلَىٰ حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ
Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata. (Al-Hajj : 11)- Muhasabah Diri-

Kasih dan benci

Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesiapa yang kasihkan seseorang semata-mata kerana Allah, membenci (kepada seseorang) semata-mata kerana Allah, tidak memberi kepada seseorang pun semata-mata kerana Allah maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan iman."Hadis Riwayat Abu Daud

Air kencing dan kesihatan

Imej
Maksud Warna Air KencingKita selalu perasaan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik ketika hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor.Warna dan bau air kencing membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda. Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat.Tahukah anda, tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurang 8-10 gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air.Air Kencing Warna Jernih
Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyakit Hepatitis dan Diabetes.Air Kencing Warna Kuning Terang
Disebabkan ole…

Jeneral perang

Imej

Jujur

Tauhid Tasauf menghasilkan manusia yang jujur kepada Allah dan dirinya sendiri. Tasauf menghilang kepura-puraan. Ramai manusia nampak alim, baik disisi manusia tetapi bila bersendirian, penuh kegelapan. sebenarnya mereka tidak jujur !

Buku kehidupan

Manusia itu seperti Sebuah. "Buku"....
Cover depan adalah tanggal lahir. Cover belakang adalah tanggal kematian.Tiap lembarnya, adalah tiap hari dalam hidup kita dan apa yg kita lakukan.
Ada buku yg tebal,
ada buku yg tipis. Ada buku yg menarik dibaca,
ada yg sama sekali tidak menarik.
Sekali tertulis, tidak akan pernah bisa di'edit' lagi.Tapi hebatnya,
seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru dan tiada cacat. Sama dengan hidup kita, seburuk apapun kemarin,
Allah menyediakan hari yang baru untuk kita. Kita diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yg benar dalam hidup kita setiap harinya.
Kita bisa memperbaiki kesalahan kita dan melanjutkan alur cerita ke depannya sampai saat usia berakhir, yang sudah ditetapkanNYA.Terima kasih Ya Allah untuk hari yg baru ini..
Syukuri hari ini....
dan isilah halaman buku kehidupanmu dgn hal2 yg baik semata.
Dan, selalu lah bertanya kepada Allah, tentang apa yang harus d…

Herba dan kegunaannya

Imej

Hadis

Imej
Surah Al-Hadid, Verse 16:
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَBelumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

Bila berlaku kematian

Imej
Utamakan syariat, bukan cakap-cakap orang.Utamakan yang wajib sebelum melakukan yang sunat. Kemudian, utamakan yang sunat, ke atas sesuatu yang harus.Sebelum hadirnya ‘bisik-bisik’ tentang mengadakan majlis kenduri tahlil (bila, berapa hari, menu apa dan katering mana) bagi si mati, para waris HENDAKLAH :1) Mengenal pasti aset DAN waris-waris si matiHa!?Tanah kubur masih merah dah tanya pasal harta!?Ya, sebab barangkali ada hak orang lain iaitu hutang yang wajib dibayarWaris hendaklah mencari (dan menggeledah sekiranya perlu) untuk mengumpul segala dokumen berkaitan aset-aset:Geran tanahBuku akaun simpananPolisi takaful / insuransSenarai saham-sahamDan harta-harta lainnyaDan tidak lupa juga senarai waris-waris si mati.Kenal pasti juga jika sekiranya si mati ada membuat wasiat atau deklarasi hibah. Simpan semuanya dengan baik dan nanti saya tunjukkan, dalam artikel seterusnya, ke mana dokumen-dokumen ini harus dikemukakan.Waktu yang paling baik untuk menguruskan harta pusaka adalah sej…

Ujian

Imej

Dosa purba

Imej
Pengalaman belajar English bersama pelajar dari pelbagai negara membuka ruang kepada saya untuk melihat dunia dengan lebih luas. Saya bertemu dengan ramai manusia yang berstatus Muslim, tetapi mempunyai pelbagai wajah.“Saya sudah merasa beberapa jenis alkohol di Malaysia. Menarik sekali.” Seorang Muslim Iran yang pertama kali keluar dari negaranya bercerita penuh bangga. Kelab malam di ibu kota Kuala Lumpur dirayapi setiap malam.“Tiadakah arak di Iran, sehingga kamu terpaksa meminumnya di sini?” Saya membalas.“Ada, tetapi dijual secara haram. Sukar didapati.” Lelaki 10 tahun muda daripada saya itu menjawab. Kemudian dia menyambung, “saya rasa ingin tukar mazhab. Jadi Sunni mungkin lebih mudah daripada menganuti Shiah.” Dia menambah yang dirinya begitu tertarik dengan keterbukaan negara Sunni seperti Malaysia, yang bebas untuk membuat dosa apa sahaja.Bodoh! Hati saya membentak.“Kamu hendak ikut saya pada malam ini?” Anak muda Iran itu mengajak rakan sebelah kirinya, seorang Russian set…

Padang tandus

Imej
Seorang pemuda lalu disebuah negeri... Kekecohan sedang berlaku.. Lalu si pemuda pergi menyiasa t..Rupanya mereka dalam proses melantik raja.. Yg peliknya.. Seorang pun x sanggup menjadi raja atau pemerintah negara tersebut..Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah... Sesiapa yg dilantik menjadi raja atau pemerintah.. Dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10 tahun memerintah..Pemuda tadi mengangkat tangan.. 'saya sanggup!' Maka dia dilantik menjadi raja /pemerintah negara itu. Org ramai mengatakan pemuda ini bodoh.. Hilang akal. Tamak pangkat dan sbgnya.Pada tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah.. Dia menghantar orang untuk meninjau tanah tandus yg bakal dia dibuang selepas 10 tahun..Tahun kedua.. Pemuda mula menghantar jurutera utk membina jalan: Tahun ketiga.. Menghantar expert dlm bidang pertanian utk bercucuk tanamTahun ke empat engineer mula membangunkan bangunan bangunan canggih dan seterusnya..Sehingga tahun ke 10..Pemuda tersebut tidak sabar …