Isnin, 30 November 2015

KWSP vs PENCEN

👉KWSP atau PENCEN?

Bagi penjawat awam, pasti anda melalui dilemma memilih skim persaraan di antara skim pencen dan tabungan KWSP. Disini saya ingin memberi sudut pandang saya kerana soalan ini sering diajukan kepada saya, dan kebanyakan mereka masih ragu ragu yang mana lebih baik.

Hakikat yang perlu kita terima ialah, merancang persaraan adalah perkara yang sangat penting dalam perancangan kewangan. Ketika umur sudah lanjut dan tidak mempunyai kudrat, kita masih memerlukan wang untuk menempuh kehidupan di usia tua. Apatah lagi jika badan sudah tidak kuat dan mempunyai pelbagai penyakit.

👉Skim Pencen

Manfaat daripada skim pencen ini terbahagi kepada tiga iaitu:
1) Wang gratuity – dibayar sekaligus selepas bersara
2) Pencen bulanan – bayaran bulanan sehingga kematian atau jika mati awal, diberikan kepada isteri atau sehingga anak bongsu berumur 21 tahun.
3) Faedah perkhidmatan kesihatan dan lain lain.

👉Skim KWSP

Caruman KWSP berdasarkan dua pihak iaitu caruman daripada majikan sebanyak 12-18%, dan caruman sendiri yang ditolak daripada gaji sebanyak 11%.

👉Pembandingan kualitatif

1) KWSP adalah simpanan persaraan yang lebih anjal kerana pencarum boleh mengeluarkan simpanan itu untuk pelbagai kegunaan seperti

a. 10% daripada akaun 1 setelah ditolak kepada baki minima mengikut umur untuk dilaburkan ke tempat yang memberi pulangan yang lebih menarik

b. Akaun 2 boleh dikeluarkan untuk bayaran deposit rumah yang dibeli dengan bukan pinjaman kerajaan, pendidikan, bayaran tanggungan bulanan rumah dan sebagainya.

c. Akaun 2 juga boleh dikeluarkan semuanya ketika berusia 50 tahun.

d. Jika akaun KWSP sudah melebihi RM 1 juta, Lebihan itu boleh dikeluarkan.

2) Walaupun ia anjal, hakikatnya anda telah menggunakan dana persaraan anda untuk kegunaan lain. Timbul satu soalan lain, cukupkan wang persaraan nanti?

3) KWSP akan menolak 11% daripada pendapatan anda.

4) Namun majikan anda mencarum untuk anda juga sebanyak 12%.

5) Anda juga perlu menabung untuk perkhidmatan kesihatan selepas bersara

6) Skim pencen pula tidak menolak apa apa dari gaji anda.

7) Skim pencen menjamin wang persaraan secara bulanan.

Anda tidak ada risiko tiada wang persaraan dan risiko terbazir wang KWSP untuk perkara lain.

8) Isu syariah. KWSP masih tidak sepenuhnya patuh syariah. Begitu juga dengan KWAP.

Kesimpulan dari pembandingan ini, benar bahawa jika anda bercadang untuk berhenti awal dari perkhidmatan kerajaan,adalah lebih baik mengambil skim KWSP ia lebih anjal. Ini juga kerana majikan mencarum banyak terhadap anda dan anda boleh gunakan duit itu untuk kegunaan lain.

Namun begitu, ia tidak bermakna skim pencen tidak bagus kerana ia bergantung kepada individu. Biarpun manfaat pencen mungkin kecil jika berhenti awal, namun kelebihan gaji penuh jika dimanfaatkan sebaiknya dari segi pelaburan mungkin juga lebih baik dari KWSP.

Untuk mengetahui perbezaan pencen dan KWSP jika berhenti awal sangat kompleks kerana parameter terlalu banyak. Contohnya tahun berapa mahu berhenti, dan tidak sama untuk setiap individu.

Jadi kita focus kepada yang akan bekerja sehingga bersara wajib.
Jika anda berhasrat untuk kekal berkhidmat sehingga bersara, mungkin pembandingan kuantitatif di bawah dapat membantu anda membuat keputusan antara skim pencen dan caruman KWSP.

👉Pembandingan Kuantitatif

Untuk membandingkan secara kira kira, kita akan menggunakan satu kes studi. Dan kes studi ini akan menggunakan beberapa assumptions.

Assumptions:
• Umur mula bekerja : 25 tahun
• Umur persaraan : 55 tahun
• Gaji Mula: RM 2,500
• Gaji ketika bersara : RM 10,000 ( Ini berdasarkan assumption kenaikan dari gred 41 hingga 48)
• Kenaikan gaji setahun : 5% (berdasarkan PV = 2500, FV=10,000, n = 30)

-Adapun agak sukar mendapat gaji tepat ketika bersara kerana mengikut tangga gaji dikira kenaikan 3% untuk setiap tangga gaji. Adapun setiap penjawat awam berbeza prestasi kenaikan pangkat mereka. Jadi assumption seperti di atas adalah untuk penjawat awam berijazah dan bersara pada gred 48, di mana purata gaji tertinggi gred 48 adalah sekitar 10,000.

• Caruman dari gaji : 11%
• Caruman daripada majikan : 12%
• Tiada pengeluaran yang berlaku sepanjang tempoh caruman KWSP
• Dividen KWSP : 6%

Berapa yang akan terkumpul ketika mahu bersara? Disebabkan kenaikan gaji sebanyak 5% serta 6% dividen daripada KWSP compounded setiap tahun, kita perlu mengira dengan teliti untuk mendapat nilai yang tepat.

Jumlah caruman KWSP setiap bulan adalah = 11 + 12 = 23% daripada gaji.
Kita gunakan kalkulator di laman web KWSP dan kita dapat hasil sebegini:- rujuk gambar 1.

Bermakna pada umur 55 tahun, pencarum berkenaan mendapat jumlah total RM 1, 158,700 sebagai dana persaraan.

👉Pengiraan skim Pencen

Untuk skim pencen, mari kita mengira berapa yang akan dinikmati.

1) Jumlah gratuiti adalah berdasarkan formula
= 7.5% x tempoh berkhidmat x gaji terakhir
Berdasarkan data kita diatas
=7.5% x 30 x 12 x 10,000
= RM 270,000.

2) Pencen bulanan adalah berdasarkan formula

= 1/600 x tempoh berkhidmat x gaji terakhir

Berdasarkan data kita di atas
= 1/600 x 30 x 12 x 10,000
= 6,000

Untuk skim pencen, dapat tunai RM 270,000 dan RM 6,000 setiap bulan.
Bandingkan dengan KWSP yang dapat RM 1,158,700.
Mana yang lebih baik? Secara kasarnya, kita lihat jumlah tunai KWSP lebih banyak.
Namun untuk pertimbangan yang adil, mari kita lihat nilai pencen RM 6,000 setiap bulan itu.

1. Pertama kita tolakkan jumlah tunai KWSP dengan tunai gratuity iaitu RM 270,000. Ini barulah dikira perbandingan yang adil.
= 1,158,700 – 270, 000
= 888, 700

Kemudian kita letakkan baki RM 888, 700 itu di pelaburan yang memberikan pulangan 6%.
= 6% x 888,700
= 53, 322 pulangan setahun; bersamaan 4443.5 sebulan.

Jadi, skim pencen memberikan pulangan bulanan lebih banyak daripada KWSP.

2. Cara kedua pula, bagaimana jika semua wang KWSP dilaburkan untuk duit saraan bulanan?
= 6% x 1,158,700
= 69,522 pulangan setahun, bersamaan 5,793 sebulan.
Tidakpun sampai RM 6,000 sebulan.

3. Adapun wang gratuiti itupun boleh dilaburkan juga untuk menambahkan pencen bulanan;
= 6 % x 270,000
= 16,200 setahun bersamaan 1350 sebulan.
Total pencen = RM 6,000 + Rm 1350 = RM7350. Jauh lebih banyak dari RM 5,793.

Jangan kita lupa, wang KWSP itu masih kekal “capital protected’’ di dalam pelaburan kerana modal asal masih ada. Ia boleh diguna sebagai pusaka atau tabung kecemasan. Itulah kelebihan pelaburan tunai. Namun pusaka tidaklah dapat kepada tuan empunya badan.

Jikapun kita mahu membanding jika penerima KWSP menggunakan nilai RM6,000 setiap bulan sama seperti skim pencen, berapa tahun pula boleh guna duit itu sehingga habis?

= 888,700 / 6,000
= 148 bulan bersamaan 12 tahun.

12 tahun selepas pencen 55 tahun masih berumur 67 tahun. Life expentancy Malaysia secara purata adalah 74 tahun.
Dinasihatkan wang gratuity dalam skim pencen tetap dilaburkan sebagai simpanan kecemasan bukan untuk enjoy. Gaji sebelum bersara sudah RM10,000 tidak termasuk elaun, sudah cukup banyak untuk enjoy. Duit hari tua adalah untuk hari tua.

👉Bagaimana orang memilih skim pencen boleh tambahkan RM500,000 ketika bersara?

Satu lagi perkara yang belum kita bandingkan adalah wang caruman KWSP yang ditolak daripada gaji, yang mana ia adalah kelebihan tunai kepada peserta skim pencen.
=11% x RM 2500
=RM 275

Apa yang kita boleh dapat dengan RM 275 sebulan atau 11% sebulan daripada gaji?
Perlindungan takaful sehingga RM500,000,atau pelaburan yang boleh menjana RM 500,000!

Sila lihat contoh di bawah.rujuk gambar 2 dan 3.

Jika anda memilih skim pencen dan menyimpan 11% dari gaji sebagaimana orang yang mencarum KWSP, anda mendapat tunai RM 497, 258 + RM 270,000 = RM 767,258 beserta RM 6,000 sebulan!

Oh ya, ini baru jika ia diletakkan di tempat memberikan 6%, bukan lagi dalam portfolio lain seperti unit amanah dan saham yang boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi.

Ok, bagaimana jika anda benar benar mengoptimakan gaji anda untuk menambah asset dari usia muda dan mempunyai portfolio hartanah berderet deret, pelaburan dalam saham amanah yang lebih agresif dan pulangan yang lebih tinggi, portfolio saham yang meningkat saban tahun selama 30 tahun?

Jadi kaya memang tidak sukar, asal mahu bijak dan bersabar. Bukan jadi juara personal loan dan hutang jahat.

Disini saya katakan, bahawa jika anda mahu berkhidmat sehingga akhir tempoh bersara dan bukan berhenti awal, skim pencen adalah pilihan yang lebih baik.

Jadi bagaimana, mana pilihan anda, pencen atau KWSP?

p/s: kiraan adalah berdasarkan kes studi. Mungkin berbeza dengan kes kes lain. Jika ada pertambahan maklumat dan pembetulan, sila komen di bawah atau pm saya. Jangan kecam saya jika saya ada berbuat kesilapan. Saya bukan menunjuk pandai dan tidakpun mahu berlawan dengan sesiapa. Alam Allah dan ilmuNya luas, kita hanyalah manusia kerdil yang bisa mati dengan makhluk sekecil virus.

Kalau bermanfaat sila like, share dan komen, please. Letih tulis ni.

DOA AGAR MENDAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN REZKI YANG PALING BANYAK

.  اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku
antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan ( dari menimpa hamba-hambaMu )”.
(HR Ibn Abi Syaibah dan Al-Tabarani, lihat kitab Da’ei al-Falah oleh Al-Suyuti hlm 61.)

. DOA AGAR SELAMAT DARI KEMALANGAN


اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ

Maksudnya,”Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, Tiada upaya melainkan dengan Allah SWT” .

(HR al-Tirmizi no 3482 , lihat sahih al-Jami’ al-Soghir no 1297 , sahih al-Nasa’ei no 5053)

1. DOA AGAR PANJANG UMUR, MURAH REZKI DAN DIBERKATI


اللهُمَّ أكْثِرْ مَالِي وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي، وَأَطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأَحْسِنْ عَمَلِي، وَاغْفِرْلِي

Maksudnya, “Ya Allah, banyakkanlah hartaku dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yanga Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadapMu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku.”.

(HR al-Bukhari dalam adab al-mufrad no 653 dan. HR al-Tirmizi no 2329)

Jangan remehkan

🍃🌹JANGAN PERNAH ENGKAU REMEHKAN
SEKECIL APAPUN KEBAIKAN🌹🍃

🍃🌹Jika engkau melihat seekor semut
terpeleset dan jatuh di air, maka angkat dan
tolonglah ia...barangkali itu menjadi
penyebab ampunan bagimu di akhirat...
🍃🌹Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan
yang bisa menggangu jalannya kaum
muslimin, maka singkirkanlah ia, barangkali
itu menjadi penyebab dimudahkannya
jalanmu menuju syurga...
🍃🌹Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah
dari induknya, maka ambil dan susulkan ia
dengan induknya, semoga itu menjadi
penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan
keluargamu di surga..
🍃🌹Jika engkau melihat orang tua memerlukan
tumpangan, maka hantarkanlah ia...barangkali
itu mejadi sebab kelapangan rezekimu di
dunia...
🌹Jika engkau bukanlah seorang yang
mengusai banyak ilmu agama, maka
ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak2 mu,
setidaknya itu menjadi amal jariyah
untukmu..yang tak akan terputus pahalanya
meski engkau berada di alam kuburmu...
🍃🌹Jika engkau tidak mampu berbuat kebaikan sama sekali,maka tahanlah tangan dan lisanmu dari menyakiti...setidaknya itu menjadi sedekah untuk dirimu..

🍃🌹Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah
berkata:
ﺭُﺏَّ ﻋَﻤَﻞٍ ﺻَﻐِﻴﺮٍ ﺗُﻌَﻈِّﻤُﻪُ ﺍﻟﻨِّﻴَّﺔُ ، ﻭَﺭُﺏَّ ﻋَﻤَﻞٍ ﻛَﺒِﻴﺮٍ ﺗُﺼَﻐِّﺮُﻩُ ﺍﻟﻨِّﻴَّﺔُ
“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi
menjadi besar karena niat pelakunya. Dan
berapa banyak amalan besar, menjadi kecil
karena niat pelakunya”
Jangan pernah meremehkan kebaikan, bisa
jadi seseorang itu masuk surga bukan
karena puasa sunnahnya, bukan karena
panjang shalat malamnya tapi bisa jadi
karena akhlak baiknya dan sabarnya ia
ketika musibah datang melanda

🍃🌹Rasulullah bersabda:
« ﻻَ ﺗَﺤْﻘِﺮَﻥَّ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭَﻟَﻮْ ﺃَﻥْ ﺗَﻠْﻘَﻰ ﺃَﺧَﺎﻙَ ﺑِﻮَﺟْﻪٍ ﻃَﻠْﻖٍ ».
“Jangan sekali-kali kamu meremehkan
kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya) kamu
bertemu dengan saudaramu dalam keadaan
tersenyum.” HR. Muslim.

Sabtu, 28 November 2015

Suami isteri

Seorang ibu inginkan anak lelaki yang dijaganya turut terjaga oleh perempuan yang diperisterikan oleh anaknya.

Dan seorang ayah juga inginkan anak perempuannya dilindungi dan dikasihi sebaiknya oleh lelaki yang dikahwini anaknya.

Maka, hiduplah bekerjasama di alam rumah tangga. Usah dilihat erti suami bertanggungjawab atas segala hal keperluan isi rumah tangga kerana hukumnya dan  erti isteri perlu mengurus hal rumah tangga kerana itulah adatnya.

Berbakti dan berlapang dadalah antara suami isteri dalam mewujudkan keharmonian rumah tangga. Anggaplah apa jua yang dilaksanakan di alam rumah tangga itu sebagai top up kepada ibadah wajib yang kita sentiasa kurang. Bertolak ansur dan bersabarlah. Dugaan pasti wujud.

Pasangan kita bukan sempurna, begitu juga kita. Bahagia itu perlu dicari

Petai

Teori Einstein

Teori Einstein telah Di terangkan terdahulu di dalam Al-Quran

Dan engkau melihat gunung –ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan, demikianlah perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya. Sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan. – (Surah An-Naml ayat 88)

Seawal abad ke-2 sebelum masihi, ahli falsafah terkemuka Aristotle telah mengemukakan model geosentrikuntuk menerangkan keadaan bumi di alam semesta. Model geosentrik ini menyatakan kedudukan bumi adalah pusat alam semesta, statik, dan diorbit oleh matahari serta planet lain. Pendapat ini turut disokong oleh model matematik yang di kemukan oleh Ptolemy bagi mengesahkan sokongan beliau terhadap model geosentrik ini.

Model ini bertahan sehingga abad ke 16 sehingga seorang ahli sains terkemuka pada waktu itu, Nicholas Copernicus memperkenalkan model heliosentrik yang menyangkal idea yang dibawa oleh Aristotle melalui model geosentrik. Model heliosentrik ini menyatakan bahawa matahari adalah pusat alam semesta dan setiap planet termasuk bumi bergerak mengelilingi matahari. Model heliosentrik ini terbukti kebenarannya dengan sokongan ahli sains selepas beliau yang mengemukakan teori-teori yang mengesahkan model ini. Penciptaan teleskop juga memudahkan pencerapan alam semesta yang turut membuktikan kesahihan model tersebut.

Hari ini, tiada siapa pun di dunia ini yang akan mengatakan bahawa bumi ini adalah pusat alam semesta. Melalui teori-teori yang dikemukan oleh saintis zaman ini dan melalui pencerapan bintang, kita memahami bahawa bumi kita bergerak mengelilingi matahari dan bumi turut berputar di atas paksinya sendiri.

Dari ayat di atas, telah Allah nyatakan kepada manusia bahawa kita menyangka gunung-ganang itu statik dan tidak bergerak, padahal, ianya bergerak dengan cepat seperti pergerakan awan. Apabila kita mengaitkan ayat tersebut dengan pergerakan bumi, berdasarkan pemerhatian kita seharian, kita akan mendapati ada sesuatu yang sangat penting perlu diberi perhatian dengan ayat Al-Quran tersebut. Tidak pernah sekalipun kita melihat gunung itu di suatu kedudukan tertentu dan melihat gunung tersebut di kedudukan lain pada keesokan harinya.

Ayat tersebut menyatakan bahawa gunung-ganang itu bergerak, tetapi melalui pemerhatian kita setiap hari kepada gunung-ganang yang ada di sekeliling kita menunjukkan dengan jelas bahawa gunung-ganang itu tetap pada kedudukannya setiap hari. Jadi apakah yang Allah maksudkan dengan pergerakan ini. Melalui ayat itu juga Allah ada membuat perbandingan dengan pergerakan awan. Apa maksud Allah meletakkan perbandingan seperti ini. Perkara ini tentunya sesuatu yang menarik untuk dikaji perkaitannya.

Dari sini, jika kita semak semula ayat tersebut dengan Teori Kerelatifan Khas yang dikemukakan oleh saintis terkemuka Albert Einstein, kita akan melihat kebenaran kitab Al-Quran itu sendiri melalui ayat yang dinyatakan di atas.

Teori Kerelatifan Khas  menyatakan bahawa, setiap pergerakan adalah relatif antara satu sama lain, yakni setiap pemerhatian akan dilakukan berdasarkan kepada titik rujukan dengan mengabaikan kesan graviti.

Mengambil anologi sebuah keretapi yang bergerak di platform, teori ini dapat dijelaskan dengan lebih mudah lagi. Katakan kita meletakkan A yang sedang menimbang bola dengan tangannya di satu kedudukan di dalam keretapi dan B di platform. Keretapi itu bergerak dengan halaju v. Bagi pemerhatian ini, kita akan mendapati terdapat 2 titik rujukan, iaitu titik rujukan bagi A iaitu di dalam keretapi dan titik rujukan bagi B iaitu di platform. Bagi keretapi yang sedang bergerak, menggunakan titik rujukan di B, beliau (B) akan membuat kesimpulan dengan menyatakan bahawa A sedang bergerak, kerana kedudukan A telah berubah dari satu koordinat ke koordinat lain berikutan pemerhatian itu dibuat dengan berpandukan titik rujukan di B, tetapi apabila kita menggunakan titik rujukan A, beliau (A) akan menyatakan bahawa beliau tidak bergerak berikutan tiada perbezaan koordinat beliau dengan bola yang ditimbangnya, iaitu beliau berada pada kedudukan yang sama seperti sebelum keretapi tadi bergerak.

Kita tentu sekali pernah merasai pengalaman seperti ini di lampu isyarat. Di mana kita tidak bergerak sebenarnya, tetapi pergerakan oleh kereta bersebelahan menyebabkan kita menyangka bahawa kita bergerak dan kereta sebelah itu statik. Begitu juga sebaliknya bagi orang yang berada di dalam kereta sebelah kita tersebut.
Merujuk kembali kepada ayat di atas, dengan mengambil bumi sebagai titik rujukan, kita dan gunung- ganang tersebut berada dalam titik rujukan yang sama, jadi, kita tidak dapat merasai sebarang perubahan atau pergerakan. Namun begitu, jika kita meletakkan seorang manusia lain (D) di awan misalnya, beliau (D) akan menyatakan bahawa beliau melihat kita bergerak mengikut pergerakan bumi dan beliau dalam keadaan statik. Namun bagi kita di bumi, kita akan mengandaikan bahawa kita adalah statik dan D sedang bergerak bersama sama awan. Di sini, sekiranya kita meletakkan seorang yang lain (E) di kedudukan bersebelahan bukit tersebut, beliau juga akan turut menyatakan kesimpulan seperti kita bahawa tiada perubahan pada gunung-ganang tersebut kerana beliau (E) turut berada dalam titik rujukan yang sama dengan kita dan gunung-ganang tersebut.

Perubahan ini hanya boleh dikesan oleh seseorang yang berada di luar titik rujukan tersebut.

Einstein hanya mengemukakan teori ini selepas tahun 1905 masehi. Nabi Muhammad telah di ajar oleh Allah berkenaan perihal ini pada 610 masehi.

Mana mungkin Nabi Muhammad yang buta huruf pada waktu itu dapat menghasilkan satu kesimpulan yang jitu dan disokong oleh teori-teori kompleks yang dikemukakan oleh saintis-saintis terkemuka dunia. Ini merupakan satu bukti bahawa Al-Quran itu bukannya ditulis sendiri oleh Nabi Muhammad dan ada kuasa Maha Agung yang mengawal alam semesta ini yang mengajar beliau. Sesungguhnya amat benarlah kata-kata Allah.

Sumber: http://www.majalahsains.com/

Rabu, 25 November 2015

Wanita

W A N I T A'
         ~~~~~~~ ~~~
• Tahukah engkau ....
Bahwa yang pertama kali tinggal di Masjidil Haram adalah
    ~~~~~~~~~~
    'W A N I T A'
    ~~~~~~~~~~
Itulah ibunda kita 'Siti Hajar'
istri Nabi Ibrahim 'Alaihis Salam .....

• Tahukah engkau ....
Bahwa yang pertama kali beriman kepada Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam adalah
    ~~~~~~~~~~
    'W A N I T A'
    ~~~~~~~~~~
Itulah istri beliau 'Siti Khadijah' Radhiyallahu 'Anha ....

• Tahukah engkau ....
Bahwa darah yang pertama kali tumpah di jalan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala adalah darah
    ~~~~~~~~~~
    'W A N I T A'
    ~~~~~~~~~~
Itulah darah 'Syahidah Sumayyah' ibunya Ammar Bin Yasir .....

• Tahukah engkau .....
Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan Al-Qur'an dan di dalamnya ada Surah bernama
    ~~~~~~~~~~
     'W A N I T A'
    ~~~~~~~~~~
          (An-Nisaa')
Itulah surah ke 4, dan surah terpanjang ke 4 dalam Al-Qur'an, ada 176 ayat setelah Al-Baqarah 286 ayat ; Al-ARaaf 206 ayat dan Ali Imran 200 ayat.
Sementara Surah 'Ar-Rijaal' (Laki-Laki) tidak kita temukan didalam 114 Surah.

• Tahukah engkau......
Nabi Saw bersabda :
"aku berwasiat pada kalian agar bersikap baiklah terhadap
    ~~~~~~~~~~
     'W A N I T A'
    ~~~~~~~~~~
Itulah kalimat yang beliau ulang2 hingga 3 kali dalam khutbah perpisahan beliau (wada') sebelum beliau Shalallahu 'Alaihi Wasallam meninggalkan kita semua selamanya...

• Tahukah engkau .......
Nabi Saw bersabda :
"Siapa yang memiliki
    ~~~~~~~~~~~~
     3 Anak Wanita
    ~~~~~~~~~~~~
kemudian mendidiknya dan berhasil baik dalam pendidikannya, maka itu akan menjadi pembebas baginya dari Api Neraka"
Sahabat bertanya :
"Bagaimana jika hanya 2 Anak Wanita saja wahai Rasulullah?"
Jawab Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam :
"2 Anak Wanita pun bisa"
Kata Sahabat lagi :
"Bagaimana bila hanya 1 Anak Wanita saja Baginda Rasul?"
Jawab Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam :
"1 Anak Wanita pun juga bisa"

• Tahukah engkau....
bahwa Surga itu terletak dibawah kaki
          ~~~~~~~~~~
          Ibu (Wanita)
          ~~~~~~~~~~
"Al-Jannatu Tahtaa aqdaamil Ummahaat :
"Surga itu berada dibawah telapak kaki Ibu"

Adakah kemuliaan yang melebihi semua ini bagi
~~~~~~~~~~~~~~~ 
'W A N I T A' ?!?!?!
~~~~~~~~~~~~~~~
Katakanlah wahai para wanita : "Alhamdulillahi 'Alaa Ni'matil Islam"
(Umar Bin Hafizh)

Jadi.....
Jika engkau mengatakan bahwa Islam adalah agama yang tidak memuliakan
    ~~~~~~~~~~
    'W A N I T A'
    ~~~~~~~~~~
Maka engkau mengambil sebuah kesimpulan yang 'Salah Besar'...

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, bentuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari mata hatinya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."   
     "CINTANYA TANPA SYARAT".

Dihantar oleh: IbnuZain

Selasa, 24 November 2015

Penyelewengan Istilah Maqasid Syariah


Oleh Ustaz Haji Mohd Hazizi Ab Rahman

1) Maqasid Syarak Asliah (tonggak, paksi dan utama) ialah untuk menjaga agama, nyawa, akal, nasab dan harta yang dikenali sebagai Lima Dharuriyat. Tiada khilaf ulama pada urutan keutamaan agama dan nyawa.

2) Lima Dharuriyat ini adalah hasil analisis terhadap keseluruhan al-Quran dan Sunnah. Segala maslahat dan maqasid yang lain, seperti keadilan dan kebebasan, kembali kepada paksi Lima Dharuriyat ini. Dalam erti kata lain, tiada keadilan dan kebebasan hakiki jika Lima Dharuriyat itu, terutamanya agama, tidak diutamakan dan disia-siakan.

3) Menegakkan negara Islam dan menjaganya, adalah Maqasid Tabi’ah ( مقاصد تابعة ) kepada Maqasid Asliah menjaga agama. Menegakkan negara Islam dan menjaganya adalah tugas pemerintah, yang diungkap oleh para ulama sebagai ‘Hifzuddin’. Imam Ghazali berkata yang maksudnya, “Ketahuilah bahawa syariat itu asas dan pemerintahan itu penjaga. Sesuatu yang tiada asas maka ia runtuh, sesuatu yang tiada penjaga maka ia hilang”.

4) Oleh itu, maqasid para politikus muslim dan badan-badan Islam yang memainkan peranan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam percaturan politik negara, ialah menegakkan negara Islam dan menjaganya.

5) Untuk menegakkan negara Islam dan menjaganya, umat Islam perlu bersatu dan bersepakat mempertahankan saki baki hak keistimewaan Islam dan orang Melayu di negara ini, serta melawan aliran yang menyanggah hak keistimewaan itu yang dibawa oleh parti dan badan-badan sivil yang terang-terang menolak konsep ketuanan syarak.

6) Oleh itu, seruan dan tindakan ke arah kesatuan dan kesepakatan sesama muslim adalah satu lagi Maqasid Tabi’ah kepada Maqasid Asliah, berdasarkan konsep ( ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب ).

7) Sudah pasti, tindakan bersekutu dengan parti yang terang-terangan menolak konsep ketuanan syarak adalah bercanggah dengan dua Maqasid Tabi’ah di atas. Bahkan tindakan itu sebenarnya meruntuhkan Maqasid, bukan membinanya.

8) Hakikatnya, tindakan bersepakat dan bersatu sesama muslim dan menjauhi persekutuan dengan pihak-pihak yang menentang ketuanan syarak adalah sabit melalui puluhan nas qatie ayat al-Quran yang jelas lagi terang. Ayat-ayat tentang Wala’ dan Bara’ ini sebenarnya untuk mencapai Maqasid Tabi’ah (kesepakatan, kekuatan kesatuan, kesetiaan sesama muslim) dan Maqasid Asliah sekaligus. Terlalu banyak peristiwa dalam sejarah, apabila persepakatan dengan orang-orang kafir untuk menjatuhkan rakan muslim mengakibatkan bencana politik dan maruah ke atas negara Islam.

9) Apabila puluhan nas qatie ayat al-Quran dan Maqasid yang dibawa oleh nas-nas itu ditinggalkan dan didiamkan, bagaimana boleh dibincangkan lagi tentang Maqasid? Jelaslah, yang dibincangkan bukan Maqasid, tetapi helah politik yang tidak syarie yang mahu disalutkan dengan istilah syarak.

10) Maqasid Syarak adalah hasil istiqra’ (analisis induktif) terhadap keseluruhan al-Quran dan Sunnah. Jika mahu bercakap dan bersandar pada satu atau dua ayat al-Quran sahaja, janganlah guna perkataan Maqasid. Lebih membimbangkan, ia bukan sekadar salah guna perkataan, malah sudah jadi menerima sebahagian al-Quran dan menolak sebahagian yang lain. Wal iyazubillah.

11) Paling mengerikan, untuk menjayakan helah politik ini, puluhan nas qatie ayat al-Quran tersebut didiamkan. Surah al-Baqarah, ayat 159 bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan daripada keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk”.

Ustaz Hazizi adalah Ahli Jawatankuasa Pusat Isma.

Indahnya islam

Terdapat tujuh (7) golongan yang mendapat Naungan (perlindungan) Allah SWT di Hari Kiamat kelak.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري)

“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: 
(1) Pemimpin yang adil, 
(2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, (
(3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, 
(4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga,
(5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, 
(6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta 
(7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.”

(Sahih Bukhari, Hadis no 620)

IMAM AS-SYAHID HASAN AL-BANNA

IMAM AS-SYAHID HASAN AL-BANNA

As-Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna rh.a. dilahirkan di Bandar Mahmudiah (berdekatan Iskandariah) pada tahun 1906. Beliau menamatkan pengajian di Sekolah Dar al-Ulum, Kaherah dan kemudian bertugas sebagai pengajar yang sering berpindah dari satu bandar ke satu bandar. Beliau mengajak umatnya supaya mengamalkan al-Quran al-Karim dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w.. Melalui usahanya ini beribu-ribu mahasiswa, buruh, peladang dan sebagainya daripada pelbagai lapisan masyarakat mendapat hidayah. Setelah itu, beliau menetap beberapa ketika di bandar Ismailiah. Di sini beliau menubuhkan pejabat pertama Ikhwan bersama-sama beberapa orang anggota Ikhwan lain.

Usaha beliau melangkah setapak lagi apabila beliau mula mengadakan sesi ceramah serta menyebarkan bahan cetak. Malah beliau mula mengadakan lawatan ke beberapa bandar dan desa. Kesannya di setiap daerah akhirnya wujud sebuah pusat dakwah. Dakwah beliau juga bukan terhad untuk golongan lelaki sahaja malah di Ismailiah beliau menubuhkan Maahad Ummahat al-Muslimin bertujuan memberikan didikan Islam untuk anak-anak perempuan.

Tidak beberapa lama kemudian beliau berpindah ke Kaherah. Dengan perpindahan ini bermakna ibupejabat dan pusat pentadbiran juga berpindah ke Kaherah. Di sini dakwah beliau semakin menyerlah. Ikhwan semakin berkembang dan jumlah mereka kini mencecah setengah juta orang.

Ahli politik dan kuncu-kuncu mereka mula bimbang dengan pengaruh al-Syahid. Oleh itu mereka berusaha menyingkirkannya dari medan politik. Namun segala usaha ini tidak mampu menggugatkan keazaman beliau. Beliau bangkit memperkenalkan Islam kepada seluruh manusia bahawa Islam mencakupi akidah, ibadah, tanahair, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya dan undang-undang. Akhbar Ikhwan Muslimin yang diterbitkan setiap hari mula dilancarkan di Kaherah. Akhbar ini menjadi wahana dalam bentuk penulisan selain ceramah yang diadakan.

Ketika krisis Palestin meletus, pasukan tentera Ikhwan merupakan pasukan sukarelawan yang paling aktif. Mereka berjaya mara hingga hampir memasuki Tel Aviv. Malangnya pihak pemerintah ketika itu Raja Farouq telah mengkhianati perjuangan ini apabila beliau menandatangani perjanjian damai dan bertindak menahan pemimpin-pemimpin Ikhwan. Tindakan jahat pihak penjajah tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka mula merancang untuk membunuh al-Banna.

Ketika al-Banna berada di hadapan ibupejabat Pertubuhan Pemuda Islam di Kaherah mereka melepaskan beberapa das tembakan dan kemudian melarikan diri. Malangnya tidak siapa yang merawat al-Banna. Beliau dibiarkan terlantar di lantai hospital dengan keadaan darah yang masih mengalir. Mereka hanya menonton tanpa merasa belas kasihan dan berhati perut. Saudara-mara terdekat juga dilarang melawat. Akhirnya selepas dua jam, beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1949.

As-Syahid yang dikasihi Allah telah mengabadikan beberapa tulisan yang amat berharga, antaranya Muzakirat al-Dakwah wa al-Da‘iyah dan beberapa risalah.

〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰

Ahad, 22 November 2015

Anda sakit.. tentu ada penawarnya

Elakkan 3 jenis ikan: Pari, Bawal hitam dan Terubok kerana ia akan mengaktifkan ketumbuhan fibroid. Ikan-ikan ini mengandungi toksik yang tinggi

24-Lukemia/amenia/teleseminis. Cari daun Kemunting Cina. Jemur & keringkan. Rebus & Minum 10 gram. Sangat Mujarab InsyaAllah

25-Darah rendah @ kanser payu dara – Amalkan makan ubi kayu (bahan lemennerin dalam ubikayu untuk mencegah kanser )

26- Kanser: Daun belalai gajah (kadar helai mengikut stage kanser) + 1 biji Epal hijau dan blend.

Kanser stage 1: ambil 50 helai
Kanser stage 2: ambil 100 helai
Kanser stage 3: ambil 150 helai
Kanser stage 4: ambil 200 helai

Blend & minum dalam jarak masa kurang dari 5 minit.

27-Elak kanser dengan mengamalkan minum air serai. Ketuk kepala serai dan rendam dalam air panas. Minum bila sudah suam. Bagus untuk kesihatan rahim wanita.

28-Taugeh juga Ubat kanser

29-Stress. Amalkan membaca surah Al-Insyirah (Allamnashroh) setiap kali STRESS.

30-Sakit Jantung. Amalkan memakan bawang putih.

31-Anak Cerdik/Tinggi IQ -  Minum Air Halia (yang diricih dan di rendam dalam air panas) setiap pagi

32-Sakit Jantung (jika ada)

1 gelas/cawan air lemon + 1 gelas madu + 1 gelas cuka epal + 1 gelas air halia + 1 gelas air bawang putih

Campukan bahan-bahan tersebut , kacau dan simpan dalam peti ais minum 1 sudu pagi dan 1 sudu malam

33-Kencing Kotor (perempuan) - Lobak putih diblend dan minum.

34-Batu karang/prostat/hernia/kencing tak lawas - cari 2 helai daun pecah tujuh. Rendam dan minum. InsyaAllah batu karang akan pecah selepas itu.

35-jika ada darah tinggi. Jangan masuk tandas 15 minit sebelum Asar & 15 minit sebelum Maghrib.

36-Ubat merawat penyakit lumpuh/stroke dan darah tinggi

Susu Kambing Original + Surah Ya Seen, Ayat 72:

وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ

Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebab bagi lagi mereka makan

37-Ubat darah tinggi - Makan 20 helai pucuk hempadu bumi pagi dan petang.

38-Ubat Kencing Manis - peria serta biji peria diblend dan dibuat minum.

39-Kayu Manis juga ubat kencing manis

40-Kencing Manis : cari 4 helai daun Ceri. Rendam ramasan daun ceri bersama kaki yang rosak akibat kencing manis.

41-Kencing Manis -Biji petai belalang digoreng tanpa minyak + tumbuk dan dibuat minum

..setiap penyakit ada penawarnya. Wajib kita berubat apabila sakit melainkan mati......

Copypaste: www.abuburoq.com

Healthy

Heartbreaking

Cerita Akhir Zaman

An-Nawwas bin Sim’an r.a berkata: Pada suatu pagi Rasulullah s.a.w menyampaikan hal ehwal Dajjal. Kadang-kadang suara baginda terdengar mendatar dan kadang-kadang keras, sehingga kami mengira Dajjal berada di sekitar kebun Madinah. Ketika kami kembali, baginda mengetahui ada sesuatu yang sedang kami fikirkan.

Baginda bertanya: Ada apa dengan kalian?
Kami menjawab: Wahai Rasulullah s.a.w, pagi tadi engkau menyebut perihal Dajjal, kadang-kadang suaramu terdengar mendatar dan kadang-kadang keras, sehingga kami mengira Dajjal berada di sekitar kebun yang ada di sini.

Baginda bersabda: Bukan Dajjal yang paling aku takutkan akan memperdayai kalian, sebab jika Dajjal muncul di saat aku masih hidup, maka aku akan mengatasinya dan menjaga kalian darinya. Dan jika ia muncul ketika aku telah tiada, maka setiap orang harus mengatasi dengannya, dan sesungguhnya Allah lah yang akan mengambil perananku untuk menjaga setiap muslim.

Sesungguhnya saat muncul, Dajjal adalah seorang pemuda berambut sangat kerinting, matanya menonjol keluar, seperti mirip dengan Abdul ‘Uzza bin Qathan.

Barangsiapa di antara kalian yang melihatnya, maka hendaknya membacakan ayat-ayat pertama surah Al-Kahfi. Ia muncul di sebuah jalan yang terletak antara Syam dan Iraq, lalu membuat kerosakan di kanan dan di kiri.

Wahai hamba-hamba Allah, bertahanlah. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi?

Baginda menjawab: Empat puluh hari. Sehari seperti setahun, sehari lagi seperti sebulan, sehari lagi seperti seminggu dan hari-hari yang lainnya sama seperti hari-hari yang biasa kamu alami.

Kami berkata: Wahai Rasulullah, tentang satu hari yang sama seperti setahun, apakah kami cukup melakukan solat seperti hari biasa (lima kali sepanjang tahun)?

Baginda menjawab: Tidak, akan tetapi perkirakanlah jarak waktunya.

Kami berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana kecepatan perjalanan Dajjal di bumi?

Baginda menjawab: Seperti hujan yang ditiup angin. Dajjal mendatangi sesuatu kaum dan mengajak mereka agar menjadi pengikutnya. Mereka pun beriman dengannya dan mahu menjadi pengikutnya. Saat itu juga Dajjal menyuruh awan untuk menurunkan hujan , maka turunlah hujan, dan menyuruh bumi untuk menumbuhkan tanam-tanaman sehingga haiwan-haiwan peliharaan kaum tersebut bertambah besar, susunya bertambah banyak dan badannya bertambah gemuk.

Kemudian Dajjal mendatangi kaum yang lain, dia mengajak mereka agar menjadi pengikutnya, tapi mereka menolak. Setelah Dajjal meninggalkan mereka, maka pada pagi harinya tanah mereka menjadi kering dan harta mereka musnah.

Dajjal melewati tempat peninggalan yang lama, lalu berkata: Keluarkanlah harta yang terpendam di tanahmu! Maka keluarlah harta Qarun yang terpendam di dalamnya dan mengikuti Dajjal seperti lebah-lebah jantan yang mengikuti ratunya.

Setelah itu Dajjal memanggil seorang anak muda belia, lalu menebaskan pedangnya ke arah tubuh pemuda tersebut hingga terbelah menjadi dua dengan tepat sekali. Setelah pemuda itu dihidupkan kembali, Dajjal memanggilnya lagi dan mengajaknya agar menjadi pengikutnya. Sang pemuda hanya menghadap kepadanya dengan wajah yang tampak tegar dan ketawa.

[Dalam hadith lain dikisahkan bahawa setelah pemuda itu dihidupkan, maka dia lebih yakin bahawa Dajjal itu pembohong yang besar lalu diberitahu kepada orang ramai akan siapa Dajjal. Pemuda itu akhirnya dicampakkan ke dalam kobaran api yang disangkakan oleh pengikut Dajjal adalah neraka, padahal pemuda itu masuk syurga].

Dalam keadaan seperti itulah Allah Ta’ala mengirimkan Isa a.s putera Maryam. Isa turun di Manarah Baidha’ yang terletak di sebelah timur Kota Damaskus dengan memakai dua pakaian yang dicelup. Dia meletakkan tangannya di celah-celah sayap dua malaikat. Jika Isa menundukkan kepalanya, maka titik-titik air jatuh darinya dan apabila mengangkat tegak kepalanya, maka bercucurlah air darinya seperti butir-butir mutiara yang jatuh.

Setiap orang kafir yang merasakan hembusan nafasnya akan mati padahal hembusan nafasnya menyebar sejauh mata memandang. Isa mengejar Dajjal sampai menemukannya di daerah Bab Ludd dan membunuhnya di sana. Kemudian Isa mendatangi suatu kaum yang telah dijaga oleh Allah dari kejahatan Dajjal. Isa mengusap wajah mereka dan menerangkan kedudukan-kedudukan mereka di syurga.

Dalam keadaan seperti itu Allah mewahyukan kepada Isa a.s:

“Sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu (manusia) yang sangat kuat sehingga tidak ada yang sanggup berperang melawan mereka. Kerana itu, bawalah hamba-hambaKu yang taat ke gunung Thur dan berlindunglah di sana.”

Allah mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj. Mereka bergerak dengan cepat dari segala arah. Kelompok mereka yang berada di garis depan melewati danau Thabariyah dan meminum airnya.

Ketika kelompok di garis belakang tiba, mereka berkata:
Sebelumnya danau ini masih penuh dengan air.

Nabi Isa dan para pengikutnya dikepung. Keadaan mereka semakin memprihatinkan sehingga satu kepala lembu yang ada di tangan mereka lebih berharga dari seratus dinar yang ada di tangan kalian saat ini.

Nabi Isa a.s dan para pengikutnya berdoa kepada Allah Ta’ala. Maka Allah menjadikan ulat pada leher Yakjuj dan Makjuj sehingga esoknya mereka semua mati sekaligus. Isa a.s dan para pengikutnya turun dari gunung, tapi seluruh tempat di daerah tersebut penuh dengan mayat dan menyebarkan bau busuk yang menyengat. Nabi Isa a.s dan para pengikutnya berdoa kepada Allah Ta’ala, maka Allah mengirimkan burung-burung besar seperti leher unta yang mengambil mayat-mayat bangsa Yakjuj dan Makjuj dan melemparkannya di tempat-tempat yang dikehendaki Allah. Lalu Allah menurunkan hujan yang sangat deras dan meliputi seluruh kota dan pendalaman sehingga tanah menjadi bersih dan licin.

Kemudian dikatakan kepada bumi: Keluarkanlah buahmu dan kembalikan berkahmu. Di masa itu sekelompok masyarakat boleh memakan buah delima dan menggunakan kulitnya untuk melindungi kepala dari sengatan matahari. Susu pun menjadi berkah sehingga susu seekor unta cukup untuk diminum oleh sekelompok masyarakat. Susu seekor lembu cukup untuk diminum oleh satu kabilah (suku) dan susu seekor kambing cukup diminum oleh sekelompok keluarga besar.

Dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang sangat menyegarkan dan menghembus di bawah ketiak mereka. Bersamaan dengan hembusannya, Malaikat mencabut nyawa setiap orang mukmin dan muslim, sehingga yang tersisa di bumi adalah orang-orang yang bergelumang dengan dosa. Mereka biasa berzina di tempat terbuka seperti keldai. merekalah yang mengalami kejadian Hari Kiamat. (Hadith Riwayat Muslim)

Sumber: http://www.syahirul.com/

Firaun dan Alquran

Jasad Firaun diselimut dengan kain kafan selebar 1.5 meter dan panjang 4.5 meter. Topeng emas dikenakan pada bahagian muka dan bahu. Setelah isi perut dikeluarkan dan diisi dengan kayu-kayan dan bunga-bunga kering selepas garam nitrat dilumurkan, teknik Mesir Kuno menanam mayat, jasad diletakkan di dalam peti kayu selepas dilapiskan dengan kain kafan emas sebelum dimasukkan ke dalam peti lain, yang diperbuat daripada granit. Jasad Firaun dikebumikan di Luxor, iaitu penempatan makam raja-raja Mesir.

Banyak benar peristiwa yang berlaku di makam pengebumian mumia Firaun. Rakyat mencuri, merompak, dan merampas kesemua emas-emas yang ada, harta benda yang ditanam sekali dengan mumia menyebabkan Ramses XI, penguasa terakhir dari Dinasti XXI, memerintahkan supaya seluruh mumia Firaun dipindahkan ke makam rahsia di Dar Al-Bahr. Ini berlaku pada tahun 969 SM.

Selama 2800 tahun penempatan baru makam-makam mumia Firaun itu tidak dikenalpasti. Sehinggalah pada tahun 1872 M, seorang petani Mesir menemui satu pintu masuk menuju ke makam rahsia para Firaun. Petani ini mencuri sekian  banyak barang emas dan harta benda yang terdapat di penempatan baru itu. 10 tahun kemudian, pihak berkuasa Mesir menyedari hasil penemuan tersebut dan pada Julai 1881 M, Jabatan Pemuliharaan Benda-benda Purbakala Mesir memindahkan seluruh mumia ke Muzium Nasional Mesir.

Pada tahun 1902, para arkeologis Mesir mula mengkaji, membuka satu-persatu helaian kain kafan mumia dan merasa terkejut apabila salah satu dari mumia-mumia Firaun itu tangannya terangkat ke atas. Hal ini membolehkan arkeologis mengenal pasti yang manakah Ramses II kerana seperti yang diceritakan, tangan Ramses II dengan kuat menahan gelombang air yang berlipat dahsyat menghempap dirinya.

Lebih kurang 70 tahun kemudian, iaitu tahun 1975, Perancis menawarkan bantuan kepada kerajaan Mesir untuk terus mengkaji mumia Firaun Ramses II yang sangat terkenal itu. Hal iti diterima baik oleh Mesir dan pengkajian dipimpin oleh Dr. Maurice Bucaille yang merupakan seorang doktor pakar bedah dan autopsi Perancis. Mari kita lihat apakah penemuan Dr. Maurice Bucaille selepas pembedahannya terhadap mayat Ramses II.

Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad Firaun dan ini merumuskan bahawa garam ini ialah akibat begitu lama tenggelam di dalam laut. Di dalam laporan beliau berjudul "Sebuah Penelitian Perubatan Moden" atau tajuk asalnya, "Les Momies Des Pharaons Et La Midecine", Dr. Bucaille mengemukakan teknik-teknik yang digunakan oleh Mesir Kuno yang sangat ajaib kerana berjaya mengekalkan mayat yang telah tenggelam di dalam lautan kerana itu agak mustahil.

Tidak lama selepas itu, Dr. Bucaille mendapat pengkhabaran bahawa hal ini tidak mengejutkan bagi orang Islam kerana Al-Quran sudah memberitahunya sejak lama. Dr. Bucaille terkejut dan terus mencari kebenarannya. Apabila beliau merujuk kepada Injil sekalipun, ia hanya mengatakan bahawa Firaun tenggelam ketika mengejar Bani Israel, tidak disebutkan pula berkaitan mayat Firaun akan terpelihara (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15). Lalu, Dr. Bucaille merujuk Al-Quran pula.

Surah Yunus ayat 92 ini memberikan jawapan kepada persoalan Dr. Bucaille:

"Pada hari ini, Kami biarkan kamu terlepas dengan badanmu yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut. Ini sebagai tanda untuk orang-orang selepasmu, supaya kamu mengambil iktibar. Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada memerhati dan memikirkan tanda-tanda kekuasaan Kami." (Yunus:92).

Kalimah "Alyaum" datang dalam bentuk "makrifah", bererti ia khusus dan diketahui, dan ia merujuk kepada hari ini. Dan Allah berfirman lagi, "... kamu terlepas dengan badanmu," disebut "badan" kerana ia bererti Allah menjaga badannya sahaja, bukan nyawanya. Sebab itu jasad mumia Firaun masih elok terjaga dan tidak reput. Yang paling menarik, Allah menyebutkan terus siapakah sasaran Allah kepada mumia ini, iaitu "liman khalfaka", orang-orang selepas kamu. "Li" (لِ) digunakan dalam keadaan khusus kepada seseorang, berbeza dengan (إلى) yang digunakan untuk menuju kepada sasaran yang umum. Bererti, bukti mumia ini khusus hamya kepada mereka yang mahu mengambil iktibar.

Dan diakhirnya, Allah tetap memberitahu masalah paten semasa, iaitu "kelalaian", atau alpa, atau lebih tepat, "tidak rasa nak ambil tahu" tentang tanda-tanda kekuasaan ini.

Disebabkan ayat ini. Dr. Bucaille mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengakui kebenaran Al-Quran yang berusia 1400 tahun, tetapi sudah menjawab persoalan yang bermain di dalam kepala beliau. Malah, dengan jelas menyatakan apa yang beliau kemukakan, iaitu pemeliharaan jasad Firaun, yang langsung tidak disebutkan oleh Injil dan Taurat.

Itu bukan penamat bagi karier Dr. Bucaille. Beliau kemudiannya mengkaji seluruh isi Al-Quran dari perspektif sains dan mengeluarkan beberapa buku seperti "The Bible The Quran And Science" yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Laporan beliau berkaitan teknik perubatan mumia yang disebutkan di atas menatijahkan beliau meraih anugerah penghargaan tertinggi kerajaan Perancis iaitu "Le Prix Diane Potier-Boes" dan anugerah Prix General daripada "Academie Nationale De Medicine", Perancis.

Terima kasih Dr. Yahya Maurice Bucaille (nama selepas Islam) kerana akhirnya membuktikan kebenaran Al-Quran dan mengeluarkan kami dari kemaruk "ghafilun" (alpa) dari memerhati "tanda-tanda kekuasaanNya".

Hafizul Faiz
Refleksi Kisah Nabi Musa 16: Jasad Firaun Dan Terima Kasih Kepada Dr. Yahya Maurice Bucaille
26 Oktober 2015

Rabu, 18 November 2015

Tanda2 kanser

Sabar

kelebihan org yg sabar ..

Terdapat sepuluh kebaikan-kebaikan yang akan Allah SWT kurniakan pada hamba-hamba-Nya yang sabar. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Di ampunkan dosa untuknya.

Dalam hadis qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Allah telah berfirman:  'Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn)

Kedua : Allah SWT merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya diakhirat.

Berkata Anas ra. bahawasanya Nabi SAW  bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman:
'Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Hadis riwayat Qudha’i, Dailami, Hakim dan Tirmidzi) - hadis qudsi.

Ketiga : Allah SWT ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya .
(mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak mengeluh)

Berkata Abu Umamah ra. bahwasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman: 'Wahai malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala'. Maka para malaikat pun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. Para malaikat lalu kembali mengatakan, 'Wahai Tuhan kami ! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau perintahkan'. Berfirman Tuhan: 'Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya'.” (Hadis riwayat Thabarani) - hadis qudsi.

Keempat : Di bebaskan daripada seksaan api neraka.

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya ia bersama dengan Rasulullah SAW menjenguk orang yang sakit kerana demam, lalu Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Bergembiralah, kerana Allah telah berfirman:  'Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mukmin di dunia agar menduduki (sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat'.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah) - hadis qudsi.

Kelima : Di berikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Dari Abu Hurayrah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Berfirman Allah Ta’ala: 'Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya)'.” (Hadis riwayat Hakim)

Keenam : Di berikan ganjaran pahala tanpa batas.

Firman Allah SWT  maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas) " (Surah az-Zumar ayat 10).

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW. juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah SWT dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat."

Ketujuh : Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Kelapan : Mendapat balasan syurga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW  bersabda didalam Hadis Qudsi: Allah SWT berfirman yang maksudnya :"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Bukhari).

Kesembilan : Jaminan mendapat pertolongan Allah SWT.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Ya (cukup), jika kamu semua bersabar dan bertakwa. Dan (seandainya) mereka menyerang kamu semua seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kalian dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda." (Surah Ali-Imran ayat 125).

Kesepuluh : Di berikan oleh Allah SWT sifat penyabar.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)