Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Pelaburan emas

Imej
Beli Emas Dapat Duit Setiap Bulan“Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.”Ada beberapa cara terlibat dalam pelaburan emas hari ini. Tapi sila berhati-hati, ada cara yang halal, ada cara yang tak patuh Shariah dan ada cara yang menipu atau skim cepat lingkup. Antaranya:1. Emas FizikalBeli 25 gram emas fizikal dalam bentuk bar, syiling dan barang kemas.Selagi mana beli secara tunai, tiada isu Shariah. Cara buat untung adalah beli harga rendah, jual harga tinggi.2. Akaun Pelaburan EmasBeli 25 gram emas dari bank, emas fizikal tak perlu ambil. Bank simpan atau bank cuma benchmark harga emas semasa.Yang confirm transaksinya halal cuma KFH dan Al-Rajhi Bank, selebihnya tidak.3. Emas + Ar-RahnuKalau emas dah beli secara tunai dan kemudian digadaikan, ok. Patuh Shariah.Kalau buat kombo sekaligus, maka ada isu Shariah yang pelu diperhalusi.4. Saham syarikat berhad yang berkaitan emas di Bursa MalaysiaSetahu saya hanya Poh Kong Holdings Berhad (5080) yang sahamnya dijual bel…

Dulu dan kini

Imej
Kejar Kebendaan Tergadai KebahagiaanDalam masyarakat Melayu sebelum merdeka atau lebih awal dari itu,
orang-orang Melayu umumnya belum begitu maju. Mereka tinggal di
kampung - kampung. Hidup mereka kebanyakannya sebagai petani, nelayan dan kerja-kerja kampung biasa seperti bercucuk tanam dan menternak ayam
itik, membela kambing, lembu dan kerbau.Mereka mundur dalam pelajaran dan dalam ilmu pengetahuan terutamanya
ilmu yang berbentuk duniawi. Ilmu yang mereka pelajari terhad kepada membaca Quran, fardhu ain dan sedikit-sedikit ilmu agama lain yang diajarkan oleh tok-tok lebai dan tok-tok guru kampung.Kerana adanya pimpinan dan asas-asas agama ini dan kerana mereka tidak terlalu terdedah dengan hal-hal dunia dan tidak terlalu mengejar dunia, maka fahaman dan roh Islam mereka tebal. Cara hidup mereka banyak melambangkan ukhwah dan cara hidup Islam. Wujud kasih sayang, kesatuan, perpaduan, kerjasama dan rasa bersama di kalangan mereka. Mereka hidup saling bantu-membantu. Satu kampung itu …

Cita cita jutawan

Imej
Cita-cita menjadi seorang jutawan ?Barangkali lebih baik mengejar impian yang begini:Saya nak ada harta supaya dapat bayar zakat RM 10,000 setahun. Saya nak bebas hutang supaya dapat mudah nak bangun malam beribadah. Saya nak financial freedom supaya dapat mendidik anak-anak dengan tangan sendiri bukan tangan maid. Saya mahu ada pendapatan pasif yang dapat menyara 100 anak-anak yatim. Saya mahu dapat dividen saham yang cukup membiaya 10 pelajar masuk universiti setahun.Maka, sekaligus ia dapat mengelakkan kita terpedaya dan terpersona dengan tawaran meleleh pelaburan jutawan dari ‘Datuk’, ‘Tan Sri’ yang menayangkan kereta-kereta mewah…Jadi jutawan sekadar mahu tayang kereta mewah ?Sayyidina Uthman r.a. mengorbankan lebih 1000 “kereta mewah” ketika perang Tabuk.

Tidak cukup duit tiap2 bulan

Imej
2 Pilihan Yang anda Ada Jika Tak Cukup Duit Setiap BulanAnda mempunyai 2 pilihan jika tidak cukup duit setiap bulan.1) Potong PerbelanjaanPilihan ini bermaksud anda mengurangkan keselesaan tertentu seperti:+ Tidak lagi melanggan Astro
+ Tidak pergi bercuti di Bandung, atau
+ Tidak membeli perabot-perabot baru.Atau,2) Tambah PendapatanPilihan ini bermaksud anda memilih untuk kurang tidur, ‘diet’ makan tengah hari dan tidak lagi hidup untuk enjoy.Kerana masa anda kini telah digunakan untuk perkara berikut:+ Waktu malam untuk menguruskan pesanan pelanggan dari bisnes part-time
+ Waktu lunch untuk appointment dengan pelanggan
+ Masa hujung minggu mencari stok perniagaan.Tidak ada istilah katil empuk dan permaidani merah.Apakah pilihan anda?

Melayu dan satu penakrifan

Imej
Minggu lepas, beberapa media cetak dan portal berita melaporkan petikan kenyataan seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan mualaf yang mengamalkan ciri-ciri Melayu seperti ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan diberikan hak keistimewaan Melayu.Cadangan ini dilihat membuka lembaran baru daripada sudut perundangan khususnya dalam penentuan status Melayu seseorang warga Malaysia bagi melayakkannya menikmati hak istimewa Melayu sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.Perkara 153 tersebut, antara lain, memperuntukkan hak-hak istimewa orang Melayu melibatkan kuota khas di dalam perkhidmatan awam, biasiswa persekutuan, lesen perniagaan dan enrolmen di dalam institusi pengajian tinggi.Selain itu, terdapat juga hak-hak istimewa lain seperti kelayakan pemilikan tanah Rizab Melayu dan pelaburan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Persoalan yang mungkin timbul ialah sama ada pemberian hak istimewa tersebut bercanggah d…

Kisah Raja Al-Najasyi

Imej
Kisah Raja al-Najasyi       Rasulullah s.a.w berasa pilu melihat dahsyatnya kezaliman yang dideritai oleh kaum Muslimin di Makkah. Baginda berkata kepada mereka: “ Di negeri Habsyah bertakhta seorang raja yang tidak suka berlaku zalim. Pergilah kalian ke sana dan berlindunglah di istananya sehingga Allah membukakan jalan keluar dan membebaskan kalian daripada kesulitan ini.”
     Atas dorongan Rasulullah s.a.w itu, berangkatlah rombongan pertama Muhajjirin dalam Islam yang berjumlah 80 orang ke Habsyah. Di negeri baru itu mereka mendapat ketenangan dan keamanan. Mereka bebas menikmati manisnya takwa dan ibadah tanpa sebarang gangguan.SEJARAH PAHIT DIZALIMI
      Asham atau gelarannya al-Najashi sentiasa bersedia melindungi orang yang dizalimi. Beliau belajar daripada sejarah pahit hidupnya. Menyelusuri sejarah hidupnya, beliau merupakan anak tunggal kepada raja di Habsyah pada ketika itu. Ayahnya dibunuh dalam satu komplot jahat untuk menggulingkannya. Kemudian, beliau diasuh oleh bap…