Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Ciri-ciri tamadun islam yang cemerlang, gemilang

Imej
Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)Barisan sarjana Barat diantara yang terkenal seperti Thomas Cerlyle, Gustav Le Bon, Oswald Spengler dan terakhir Arnold Toynbee mengambil kesimpulan setelah melakukan kajian terhadap bekas-bekas peninggalan tamadun Islam, mereka menyatakan bahawa perubahan-perubahan hebat yang berlaku ke atas tamadun-taamaun di serata dunia ini tidak terlepas dari pengaruh Islam. Tanpa malu dan segan mereka mengakui bahawa kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di sana. Iaitu berakhir pada 1492 M. Selepas kewafatan baginda SAW Khalifah Umar al-Khattab memerdekakan Palestin dengan damai. Penyerahan kekuasaan ke atas tanah Palestin dilakukan sendiri oleh uskup tertinggi Nasrani yang rela tunduk dalam pentadbiran kerajaan Islam yang adil dan beramanah. Belum sampai 50 tahun selepas kewafatan baginda, perjuangan Baginda SAW telah diteruskan oleh generasi Islam yang cintakan agama dan RasulNya. Di Afrika Utara Isl…