Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Keluar dari kemiskinan

Imej
Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan. Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?” Lelaki Ansar menjawab,”Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.” Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya  kepada aku.” Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?” Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,” Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?” Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,” Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.…