Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Cinta Tuhan

Imej
Berkata Ibnu 'Abbas radhiAllahu 'anhu bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
Allah Ta'ala berfirman:
"Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya: Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaku ialah yang paling bertaqwa hatinya, suci kedua belah tangannya, tiada menyusahkan orang lain, dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari. Gunung-ganang akan berubah, namun dia tetap begitu juga. Dia mencintaiku dan mencintai orang yang mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.
"Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu, dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu? Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu, segala macam ujianKu, dan segala …

Hikmah Bukan Bermakna Lemau

Imej
Abdul Mu’izz bin Muhammad 
Sebuah gerakan Islam bertindak sebagai pengganti sementara kepada khilafah yang telah diruntuhkan oleh Mustafa Kamal Attarturk sejak 3 Mac 1924. Ia bukan muncul sekadar melepas batuk ditangga, sebaliknya sebuah gerakan Islam membawa agenda besar iaitu tarbiyyah, da’wah dan politik.

Dalam memastikan misi tersebut berjaya, gerakan perjuangan umat ini mesti memiliki sifat yang telah dianjurkan oleh al-Quran. Antaranya ialah ‘Hikmah’.

Definisi

Hikmah merupakan sifat utama bagi penyambung-penyambung tugas Rasulullah S.A.W. Tugas yang dimaksudkan ialah menegakkan Islam, memelihara Islam dan mentadbir dunia dengan Islam. Konsep hikmah telah dikemukan oleh al-Quran di dalam ayat berikut;


“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik. Dan bantahlah mereka dengan cara terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat pentunjuk” al-Nahl 125.

Hikmah…

SIYASAH PERUBAHAN DENGAN MASLAHAH

Imej
SIYASAH PERUBAHAN DENGAN MASLAHAHProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Nabi s.a.w tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia. Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan, ia mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan. Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah sistematik seperti zaman selepas itu. Ini kerana keperluan politik sudah memadai dengan bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada tribal system ketika itu. Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan rakyat. Kemudian politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan terperinci. Tidak sama pula antara satu tempat dengan yang lain, antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara.
Mak…

UBAH, UBAH DAN UBAH LAGI

Imej
UBAH, UBAH DAN UBAH LAGIProf Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya suka dengan perkataan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz kepada ‘setiausaha politiknya’ Rajak bin Haiwah. Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam). Manusia yang normal sentiasa berkehendak kepada perubahan. Berubah kepada yang lebih baik. Sekalipun kadang-kala dalam proses perubahan manusia terpaksa mengalami kesusahan. Persis seperti orang yang berpindah rumah dari yang kecil kepada yan…