Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Sebelum berkhawin

Imej
kata orang bercinta itu sedap. Macam coklat. Tapi bila dah jumpa ulat.  Jangan terkulat-kulat.  Kita kahwin bukan sekadar jasad.  Macam lah kita sempurna sangat.
Andaikan kalian (yang masih bujang) sudah ada calon, barangkali kita dapat melihat perkara berikut. Pastikan kita melihat dengan akal fikiran, dan bukannya nafsu. Maklumlah orang bujang atau anak dara yang tengah bercinta.
1. Dia bagi duit tak dekat emak bapak dia sendiri? Anak yang baik tak lupa ibu bapa. Dia tahu ibu bapa tak semestinya mengharapkan balasan duit. Tapi itu adalah kewajipan. Yang penting bagi, kalau ibu bapa tak mahu terima itu cerita nombor dua. Macam mana nak tahu? Tanya je lah si dia. 
2. Dia bayar zakat tak? Tanya soalan pertama. “sayang, zakat fitrah tahun ni berapa RM ye?” Kalau nampak si dia, jenis ‘berduit’ tanya soalan seterusnya. “sayang, nisab zakat simpanan berapa?” Rakyat Malaysia selalu bayar zakat harta setiap hujung tahun (tujan cukai), atau buat potongan cukai berjadual (PCB) dan zakat fitrah …

PR1MA.

Imej
PRIMA. Skim ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun dan ke atas, yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM 2,500 – RM 7,500 untuk memiliki rumah sendiri.
Harga rumah yang dikatakan layak berharga antara RM 100,000 – RM 400,000. (Kawasan bandar mana yang masih ada rumah tanah harga ni, apartment ada lah kot)
Kelayakan adalah seperti berikut: 1. Warganegara Malaysia.
2. Pemohon mestilah berusia 21 tahun ke atas pada waktu permohonan.
3. Dibuka untuk individu atau psangan yang mempunyai purata pendapatan antara RM 2,500 – RM 7,500.
4. Jika telah memiliki hartanah, tidak lebih dari 1 hartanah.
5. Syarat tambahan yang dikenakan mengikut lokasi.
6. Tidak muflis.
Nota: - Hartanah PR1MA diagihkan mengikut open ballot.
- Pemilihan unit oleh mereka yang berjaya adalah mengikut aturan ballot.
- Hakmilik tidak boleh jual, dipindahkan kepada orang lain dalam tempoh 10 tahun tanpa ada kelulusan dari pihak PR1MA.
- Hartanah PR1MA mesti diduduki oleh pemilik. (Tak boleh disewa…

Pengeluaran KWSP untuk menunaikan haji

Imej
Mulai 1 Januari 2013, KWSP memperkenalkan Pengeluaran Haji. Skim ini untuk ahli beragama Islam yang memenuhi syarat tertentu. Jumlah yang dibenarkan sehingga RM 3,000 dari akaun 2. Syarat-syaratnya adalah: 1. Usia kurang 55 tahun.
2. Telah menerima surat tawaran menunaikan haji dari Lembaga Tabung Haji (LTH).
3. Pengeluaran sekali seumur hidup.
4. Tidak cukup simpanan di LTH untuk membiayai kos asas haji seperti yang ditentukan LTH. Jadi, kalau memenuhi syarat di atas, tuan puan perlu: i. Hadir ke cawangan KWSP terdekat.
ii. Bawa kad pengenalan
iii. Surat tawaran haji dari LTH
iv. Buku akaun simpanan TH yang baru dikemaskini.

Skim ini juga dikenali sebagai ‘Permohonan Mudah’ kerana ahli tidak perlu mengisi borang untuk memohon. Permohonan perlu dibuat selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh akhir menjawab pengesahan menunaikan haji seperti yang ditetapkan LTH bagi membolehkan proses dibuat dan duit dimasukkan di dalam akaun LTH. Untuk maklumat lanjut, tuan puan dapat ke laman web my…

Yang Maha berkuasa

Imej
Tidak takutkah kita pada suatu kuasa
Yang Maha Berkuasa,
Setiap detik mencipta,
Satu zat yang tidak dicipta,
Dia adalah Tuhan, Khalik,
Segala yang ada kuasa-Nya mutlak ditangan-Nya,
Setiap nasib makhluk ditangan-Nya
Termasuk manusia,
Tuhanlah yang menentukannya,
Samada berlaku di dunia mahupun diakhirat sana,
Seorang itu mukmin atau kafir,
Soleh atau fasik,
Dialah yang mematikannya
Tidak ada kuasa yang campur tangan
Yang menentukannya,
Mati dan hidup Dia yang menentukannya,
Sakit dan sihat,
Kaya dan miskin,
Positif dan negatif,
Bodoh dan cerdik,
Cantik dan hodoh,

Semuanya ditentukan oleh Zat yang Maha Kuasa,
Umur kita Dia-lah yang menentukannya
Panjang atau pendek,
Mati dalam perut atau selepas lahir,
Mati waktu bayi atau waktu tua,
Mati pun Tuhan yang menentukan sebab-sebabnya,
Mati oleh sakit,
Mati dilanggar kereta,
Mati dibaham harimau atau buaya,
Mati jatuh kapal terbang atau jatuh kereta,
Mati lemas dilautan atau disungai,
Mati lemas sesak nafas,
Mati kerana kena bunuh,
Mati tercekik makanan,
Mati tersedak atau te…