Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Salam Aidul Fitri

Imej
Ya Allah Jadikan Ramadhan yang telah berlalu pergi Meninggalkan bersamanya bibik bibik iman dan takwa Yang telah kau kurniakan kepada kami semua Moga menjadi bekalan kepada kami mengharungi hidup didunia Yang penuh fana dan noda
Ya Allah Jadikan syawal yang hadir Memupuk semangat UKHWAH & RAHMAH sesama kami Menjadi titik bersatunya hati hati kami dalam mentaati suruhan dan ajaran-mu Meninggalkan segala larangan & kemurkaan mu Moga menjadi pemangkin untuk kami terus hidup dibawah naungan islam Yang kau redhai Amin.. Ya Robbal`alamin…

Salam Aidilfitri

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Di kesempatan ini, saya penulis blog sembangjuruteknik.blogspot.com ingin memohon kemaafan kepada para pembaca dan bloggers yang setia bersama penulisan saya selama ini. Sekiranya ada tersalah tingkah laku, bahasa dan penulisan, haraplah dimaafkan.

Saya juga sentiasa memaafkan kepada sesiapa sahaja yang mungkin ada melakukan kesalahan kepada saya. Semoga kita semua saling bermaaf-maafan sesama insan.

Akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.