Jumaat, 17 Februari 2012

Forex 2


Jual beli matawang dan jenisnya secara bertangguh adalah haram.
Contoh Forex yang haram adalah:
2. Swap
3. Future
4. Option
Manakala pelaburan forex yang banyak berlaku di kalangan orang awam melalui medium internet ini termasuk dalam kategori jual beli matawang secara bertangguh (hutang).  
Manakala tukar duit di money changer tidak lah haram kerana ia berlaku secara tunai. Ini dipanggil spot
Urusniaga forex yang dibuat oleh bank-bank Islam pula telah distrukturkan mengikut kehendak urusniaga tunai yang dibenarkan di sisi Syariah.

Forex 1


Keputusan Majlis fatwa Kebangsaan mengenai FOREX
KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.
Pengerusi Jawatankuasanya, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabit penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak panel syariah Bank Negara pada muzakarah itu. – BERNAMA

Khamis, 2 Februari 2012

IJTIHAD

Apabila kita mempelajari ilmu fiqh Islami baik dari tajuk cara-cara mandi wajib hinggalah tajuk sebesar memerintah sebuah negara berbilang kaum kita pasti mendapati ada banyak perbezaan pendapat (khilaf) di kalangan ulama’. Jadi nak ikut pendapat siapa?
  • Imam Shafie menyatakan menyentuh kulit isteri batal air sembahyang.
  • Imam Abu Hanifah menyatakan bersetubuh dengan isteri baru batal air sembahyang.
  • Imam Malik menyatakan menyentuh dengan hawa nafsu baru batal air sembahyang.
Maka dalam mendepani situasi ulama berbeza pendapat dalam sesuatu perkara kita kena faham 2 panduan berikut.
1. Ijtihad tidak membatalkan ijtihad lain
Ini merupakan kaedah-kaedah fiqh.
Orang awam (kita lah tu) tidak boleh menyatakan hanya pandangan imam Shafie sahaja yang betul dan pandangan imam yang lain salah. Itu bukan tugas kita. Malah, dalam hadis juga ada menyebut Nabi saw diam sahaja apabila para sahabat berbeza ijtihad tentang waktu solat Asar dalam peristiwa perang Bani Quraizah.
Tanggungjawab kita adalah mengikut pendapat yang kita lebih yakin atau mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. Seperti ada fatwa mengharamkan rokok dan kerajaan melarang merokok di tempat-tempat awam. Maka peraturan sebegitu kita wajib ikut.
Ijtihad, sama ada betul atau salah tetap mendapat pahala.
2. Berlapang dada dalam perkara cabang, dan bersatu dalam perkara asas
Misalnya, solat fardhu itu wajib. Namun, membaca doa qunut solat Subuh ada perbezaan  pendapat. Maka Imam Suyuti pun berkata:
Jangan dibantah hukum yang berlaku khilaf di kalangan ulama’. Sesungguhnya perkara yang perlu dibantah adalah perkara yang sepakat di kalangan para ulama tentang pengharamannya
Benda yang patut kita usahakan dalam masyarakat adalah suruh orang bangun solat Subuh dan bukannya bergaduh pasal doa qunut!
Begitu juga dalam isu-isu di sekitar kewangan Islam. Ada banyak perbezaan pendapat berlaku. Apa yang jelas adalah perbankan konvensional, insurans konvensional itu haram. Justeru, masyarakat perlu memerangi riba yang ‘confirm’ sebegitu dan bukannya meruntuhkan perbankan Islam atas isu-isu khilaf.
Saya kongsikan 3 isu yang sering menjadi polemik dalam masyarakat.
(Oh ya, sebelum itu perlu faham ijtihad ini dibuat oleh orang yang layak sahaja. Kita ini yang bahasa Arab pun tidak mahir tidak layak berijtihad. Kita perlu bersandar dengan ijtihad mereka yang layak.)
1. Hukum pelaburan ASB, ASN dan lain-lain
Ya, ia khilaf. Fatwa negeri Selangor kata haram, FATWA KEBANGSAAN KATA HARUS. Jika lebih yakin dengan fatwa haram, jangan melabur di ASB dan tidak perlu berkata yang bukan-bukan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama yang berijtihad ASB itu harus. Itulah sikapnya.
2. Pengiraan zakat harta
Ya, ini juga khilaf. Apa yang jelas adalah pengiraan zakat ke atas aset yang 5; emas dan perak, bisnes, pertanian, penternakan dan hasil bumi.  Zakat tetap zakat, cuma pengiraan atas harta zaman moden (saham, royalti, hartanah, pendapatan dan lain-lain) ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama.
3. Hukum Matawang Kertas
 Riba dapat wujud dalam apa-apa jua bentuk matawang – dinar, dirham, representative money mahu pun duit fiat. Dan dalam situasi semua orang guna duit kertas, janganlah sampai ‘perjuangan’ mengembalikan ‘gold standard’ atau ‘dinar dirham’ itu menyusahkan diri sendiri sebab bila kita kata duit kertas itu haram maka haramlah keatas kita.
“Mat, duit kertas ni haram, mari beli dinar dengan aku. Bagi aku RM 800, aku beri kau 1 dinar.” Kemudian, RM 800 itu pun digunakan sebahagian untuk makan tengah hari.
Apa yang haram menerimanya, haram juga memberinya. (Kaedah-kaedah fiqh)