Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Duit bonus

Imej
Bonus tahunan?.. minimun RM 500.. sebulan gaji. dua bulan gaji.. atau 22 hari tidak termasuk dengan imbuhan tanpa MC sebanyak 2 hari.? tapi yang penting, itu semua adalah duit bonus atau imbuhan yang anda dapat. Kemana anda harus menggunakannya?.. Berikut adalah cadangan untuk anda memperhabiskan dan mempergunakan duit bonus tersebut: 1. Bagi mereka yang sudah sekian lama mengamalkan konsep pay yourself, masukkan je la duit bonus tu dalam akaun yang sama. 2. Bagi mereka yang masih tidak dapat simpan 30% dari keseluruhan pendapatan bulanan, maka cuba selesaikan apa-apa yang patut dengan duit bonus tersebut, khususnya hutang yang berkaitan kad kredit. 3. Sekiranya anda sudah membuat 2 perkara di atas, dan duit bonus masih banyak berbaki, la… itu pun nak saya bagitahu ke? Saya fikir isteri / suami dan anak-anak anda lebih mahir bab tersebut. Hehehe…

Kaya cara halal

Imej
Semua orang mahu menjadi orang yang berharta. Namun, ada yang memilih untuk menjadi kaya dengan apa cara sekalipun walaupun melanggar batas-batas Islam. Sedangkan harta sepatutnya membantu kita di akhirat kelak dan bukannya menjadi penghalang kita dari memasuki syurga.
Sesungguhnya tidak masuk syurga orang yang daging badannya yang tumbuh dari benda yang haram melainkan nerakalah menjadi tempat yang layak baginya. (Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmizi)

Justeru, kita mesti mengetahui kenapa kita mesti mencari harta kekayaan dengan cara yang halal dengan menjauhi 3 maksiat besar dalam urusan harta iaitu riba, judi dan gharar.

1. Tanda syukur kepada Allah swt Setiap kekayaan di atas muka bumi ini adalah daripada Allah untuk kita. Emas, perak, kambing, lembu, padi, petroleum serta bisnes misalnya adalah antara sumber kekayaan yang tidak dapat kita hitung banyaknya. Harta-harta tersebut dan jenisnya dicipta sebagai habuan kita di dunia. Justeru, mencari harta kekayaan dengan …

Cerita Pak Pandir

Imej
Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.”

Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?”

“Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.

============ ========= ========= ====

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunk…

Krisis Euro

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Malaysia dijangka paling teruk menerima kesan ekoran krisis Euro yang sedang melanda Eropah sekarang, kata pakar ekonomi dari Nomura International hari ini.

Ketua Ekonomist untuk Asia  Ex-Japan Nomura, Robert Subbaraman (gambar) berkata,  berbanding dengan negara Asia yang lain, Malaysia paling teruk kesannya kerana terlalu bergantung dengan komoditi di samping kewangan awamnya yang lemah.

Beliau menjangka, harga komoditi Malaysia dijangka jatuh teruk ekoran krisis ini dan ia akan memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia keseluruhannya, lapor The Malaysian Insider.

Krisis Eurozone telah mengucarkacirkan Greece manakala Perdana Menteri Italy kehilangan jawatannya.

“Ekonomi Malaysia adalah yang paling teruk terkesan ekoran krisis ini, kerana berada dalam kumpulan ekonomi paling lemah," kata Subbaraman dalam sidang media hari ini.

Pakar ekonomomi Nomura untuk Asia Tenggara, Euben Paracuelles pula berkata, pembangunan ekonomi Malaysia untuk tiga suku per…