Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

HUDUD

Imej
BERSAMA DATO` HARUN DIN. SOALAN: Ada ulama mengatakan bahawa pemerintah Islam hari ini, dibolehkan memilih undang-undang selain undang-undang Allah dan menggantikannya dengan undang-undang ciptaan manusia kerana perubahan zaman, boleh membawa perubahan hukum berdasarkan kepada kaedah ilmu fikah yang berbunyi antara lain bahawa 'hukum Islam berubah mengikut perubahan tempat dan masa'. Betulkah pandangan ulama itu? Adakah kaedah fikah tersebut terpakai? Mohon Dato' jelaskan. - MOHD FIRDAUS AHMAD, Bandar Country Homes, Rawang JAWAPAN: Permasalahan anda kemukakan ini besar yang melibatkan hukum-hukum Allah. Saya ingin mengingatkan, jangan sampai kita mempermain-mainkan hukum Allah dengan memberi alasan remeh bagi membolehkan manusia menggunakan alasan agama untuk menolak hukum agama. Hukum Allah SWT ada dua cabang yang terbesar. Pertamanya, hukum-hukum qat'ie dan keduanya, hukum-hukum yang tidak qat'ie. Yang qat'ie bermaksud hukum-hukum tetap yang tidak berubah. Yang ti…

Pelaburan matawang- Jalan mudah kedalam RIBA

Imej
Islam tidak menjadikan matawang sebagai komoditi. Matawang merupakan satu medium pertukaran yang penting untuk semua kegiatan bisnes manusia. Ini ditunjukkan melalui hadis Ubadah bin Samit (hadis riba dalam pertukaran / riba in exchange) yang sangat ketat syaratnya dalam pertukaran sesuatu aset yang dapat menjadi asas matawang sesebuah negara.
Pada 1972, pasaran hadapan (futures) matawang telah diperkenalkan tidak lama selepas emas tidak lagi menjadi asas sandaran matawang di seluruh dunia. Sedangkan pasaran hadapan ini asalnya untuk keperluan dagangan komoditi sahaja. Dalam Islam, konsep yang hampir sama dengan pasaran hadapan ini dikenali sebagai kontrak salam dan semua urusniaga dapat berlaku penangguhan melainkan urusniaga tertentu yang berkaitan barang ribawi. Justeru, apabila matawang telah mula mempunyai pasaran hadapan sendiri maka ini telah lari dari prinsip urusniaga yang halal.
Pelaburan urusniaga matawang (juga popular sebagai pelaburan forex) ini memang merupakan satu pasar…

Cinta Bukan Mainan

Imej
Air mata bagai senjata Sentuhan bagai pelurunya Pelukan memadam api menyala Akhirnya tertewas di medan cinta Dari benci bertukar simpati Simpati merubah seluruh emosi Semangat bertahan kini hanyut mencorak wajah yang dulu berkerut Menanti benci datang bertaut Yang hadir sayang bersama kabut Tidakkah berbual tanpa tiupan Angin menghembus menyusup kedasar Akhirnya patah pohon di dahan Melayukan benci sayang pun mekar Hadirlah kembali bersama kekuatan Sebelum fikiran diselaputi kekuatan Akhirnya iman jadi taruhan Nafsu terus menjadi teman Teruskanlah bertahan wahai insan Kerna cinta bukan mainan cinta itu milik tuhan..

Success

Imej
There are no secrets to success, It is the result of preparation, hardwork learning from failure.


You can increase your success by knowing your current skill competency level, working hard, and continually using your experience to take you to the next level. 


Luck is the place where preparation and opportunity meet. 


Skills come from learning, practice, and
mastery.

Cintaku Ya Allah

Imej
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

Motivasi diri

Imej
Ketika aku mohon kekuatan, ALLAH memberikan aku kesusahan sehingga aku kuat.
Ketika aku mohon kebijaksanaan, ALLAH memberikan aku masalah untuk aku pecahkan.
Ketika aku mohon kesejahteraan, ALLAH memberikan aku akal untuk berfikir.
Ketika aku mohon keberanian, ALLAH memberikan aku bahaya untuk aku atasi.
Ketika aku memerlukan cinta, ALLAH memberikanku orang memerlukan untuk aku tolong.
Ketika aku mohon bantuan, ALLAH memberikan aku kesempatan.
Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta, ALLAH memberikanku apa yang amat aku perlukan.

Hukum ASB ASN antara dua fatwa

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut: Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepata…

Dalam cinta ini...

Imej
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna.

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. 
Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba…

Tidak pernah dijajah

Imej
PETIKAN DARI BATU NISAN


Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Bukan Profesor Zainal Kling sahaja yang bersetuju dengan hakikat ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana bangsa kita dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Kita cuma dijadikan rakan dan diberikan Tuan oleh British untuk mengusahakan Tanah Melayu beberapa ratus tahun lamanya. Kita harus bangga dan merasa hebat dengan pencapaian kita, tidak pernah dijajah British.

Hebatnya Tanah Melayu, apabila rakyatnya berganding bahu dengan kerajaan British membangunkan negeri-negeri di Tanah Melayu. Jangan sekali-kali kita meragui sejarah kehebatan melayu. Mari renung kembali bagaimana kedudukan orang melayu ketika zaman British datang melawat suatu ketika dahulu.

Segala cukai yang dibayar kepada pentadbiran British itu adalah hadiah dan sedekah, setelah berasa sangat terhutang budi kepada British yang sanggup datang dari jauh ke Tanah Melayu demi untuk hidup bersama dengan orang melayu. Segala tanah ladang da…

cukai perkhidmatan sebanyak 6%.

Imej
Mulai 15/9/2011, pembelian tambah nilai prabayar & pek permulaan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. -Hotlink Pengguna telefon yang menggunakan prabayar akan dikernakan cukai perkhidmatan 6% mulai 15 September 2011. setiap pengguna talian prabayar akan diberitahu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).  Tiga telco terbesar bagi penyedia perkhidmatan talian prabayar telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi masing-masing di portal mereka. Selain dariapda pembelian tambah nilai prabayar yang dikenakan cukai perkhidmatan 6%, pek permulaan turut dikenakan cukai yang sama. Menurut pihak telco, sebelum ini mereka telah menyerap cukai perkhidmatan 5% yang dikenakan, namun dengan kenaikan sehingga 6% bermula 1 Januari lalu, mereka sudah tidak mampu lagi untuk menyerap kos cukai tersebut. Bagi pengguna yang berada di kawasan bebas cukai seperti Labuan, Langkawi dan Tioman, cukai perkhidmatan tersebut adalah dikecualikan. Sebaik sahaja cukai perkhidmatan 6% ini dikuatkuasakan ke atas …

CINTA

Imej
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

===============================

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

===============================

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

===============================
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.




bila aku kesepian....  Hiburlah aku dengan suaramu.....
Bila aku sakit.... obatilah aku dengan kasih sayangmu..... Bila aku mati..... jang…

MERDEKA bukan berhambakan KEBEBASAN

Imej
Kita memiliki seluruh kehidupan kita. Tetapi sebenarnya dalam hidup, kita dibatasi norma yag harus dipatuhi sepenuhnya. Kerana itu kita dijadikan sebagai manusia. setiap tindak tanduk mesti mempunyai batasan yang membezakan kita manusia dengan golongan yang bukan bernama manusia.


Jangan pula kerana maju dan terbuka menjadi sebab kita mengejar kebebasan yang bukan milik mereka sehingga menjadi hambakepada kebebasan itu.


MERDEKA... jangan jadikan itu sebagai alasan untuk mendapatkan kebebasan yang maya. Mungkin kita sudah merdeka dari penjajah secara fizikal... tetapi kita juga harus membebaskan diri dari penjajahan secara mental yang masih membelengui pemikiran.


Tetapi walau apa pun istilah merdeka menurut taksiran kita, yang pasti kita masih seorang muslim yang punyai batasan dan tempat berpijak...


BERSEDERHANLAH...  itulah jawapan terbaik. Letakkan sesuatu pada hak, jangan terlebih dan jangan terkurang... Hidup untuk mendapatkan  keredhaan ALLAH memang mudah... hidup dalam landasan yang …