Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Caruman KWSP kembali 11% mulai Jan

Imej
Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuatkuasa gaji bulan Januari 2011.Caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011, kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada 8 peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.Majikan dinasihat memastikan jumlah caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011.Beliau berkata ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus, katanya.Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi …

Things that make you love

Imej
Kadang kala tertawa bukanlah sesuatu yang dilakukan untuk bergembira, kadang-kadang ia adalah satu pelarian dari memikirkan suatu masalah.
Anda mungkin mempunyai semua hal di duni, tetapu tanpa cinta, sebenarnya tiada apa-apa.
Jangan membenci orang yang membenci anda. dan maafkan mereka yang tidak mengerti.
Cinta tanpa sebab adalah suatu yang paling indah
Kadang kala kita terpaksa menyintai seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya di tangan tuhan.
Kita mungkin menangis kerana menyintai orang yang salah, namun suatu hari ianya akan menjadi pengajaran berguna untuk kita mencari orang yang tepat.
Cinta sejati adalah dibelah dua pihak... yang membuatkan ianya sukar diperolehi.
Kadang kala anda perlu berlari untuk melihat adakah ada seseorang akan mengejar dan memujuk anda kembali.
jika anda mendapati diri anda jatuh cinta, jangan terlalu cepat. Anda mungkin berakhir dengan cita yg rapuh.
Cinta pertama selalunya yang paling manis. tetapi luka pertama selalunya yang terdalam.
Jika seseorang tidak …

IDUL ADHA

Imej
'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari RayaHaji. Pada Hari Raya Haji ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan wujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak …

Memanfaatkan sebuah perbezaan

Imej
Ketika berdepan dengan ujian dan masalah kehidupan, mungkin ada sesetengah kita mengimpikan sebuah dunia yang semuanya sama seperti kita. Biar sependapat, sepemikiran, satu selera dan kemahuan, malah mungkin satu bangsa, satu bahasa bahkan satu jantina.Tetapi semua itu adalah impian yang mustahil. Bukan sahaja mustahil malah tidak perlu. Manusia tidak perlu kepada semuanya serupa dan satu. Malah manusia sebetulnya perlu kepada kepelbagaian dan perbezaan.Justeru Allah SWT menyebut di dalam al-Quran:Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). [Al-Hujuraat : 13]Yang …