Jumaat, 29 Oktober 2010

Kad Kredit...


Individu berpendapatan sekitar RM 1,500 juga sudah layak untuk memiliki kad kredit. Setiap kad kredit menawarkan kepada pemegangnya kelayakan berhutang dengan jumlah tertentu, katalah RM 5000. Justeru pelanggan boleh membeli apa jua selagi jumlah RM 5000 belum dicapai. Setiap pembelian yang dibuat menggunakan kad ini, pihak pengeluar kad akan beroleh komisyen dari penjual atau pekedai sekitar 1 - 2.5 %. Ini pendapatan pengeluar yang pertama.

Kemudian, pihak pengeluar kad akan membayar setiap harga yang dibeli oleh pelanggan. Dengan demikian telah sah bahawa si pelanggan berhutang dengan pengeluar kad.

Namun hasil target ‘jahat' si pengeluar kad, mereka MEMBENARKAN pengguna tadi membayar 5 % dari harag yang mereka guna sahaja terlebih dahulu. Bermakna jika, pelanggan guna sebanyak RM 4000, mereka hanya dikehendaki bayar minimum sebanyak RM200 sahaja. Baki sebanyak RM 3800 DIGALAKKAN oleh pengeluar kad agar pelanggannya melenagh-lengahkannya. INi kerana mereka akan mengenakan interest sebanyak 15-20 % ke atas baki RM3800 itu. Dengan cara ini, meraka akan perolehi untung besar-besaran dan pelanggan akan semakin hampir kepada muflis dan tenggelam dengan hutang dan interestnya.

Inikah yang disukai dan diingini oleh pengguna kad kredit?.. Kelihatan anda mudah sementara di stesyen minyak dan pasaraya namun rupanya anda MENGORBANKANNYA DENGAN MENANGGUNG BEBAN interest sebesar 15-20 % yang amat merugikan untuk jangka panjang di dunia dan akhirat.!!!

Kerugian di dunia akan bermula dengan tekanan-tekanan hutang yang semkain menggila dan akhirnya boleh menyebabkan pengguna tertekan dengan begitu dahsyat sehingga macam-macam perkara buruk berlaku.

Selasa, 12 Oktober 2010

DI SEBALIK KECANTIKAN PASANGAN KITA


ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi
cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.


'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu
menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang
berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.

Ada teruna mengeluh sukar me! ncari calon isteri yang cantik, senang
dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.

Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita:

'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah:

'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa:19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali..

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125).

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.

Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.


KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI.

Pelaburan yang Berjaya

Nasi lemak yang biasa hanya ada sambal tumis, sedikit kacang tanah, satu atau dua hiris timun dan suku telur rebus, di kebanyakan tempat dan dijual dengan harga RM 1 sebungkus. Pasti kita tidak tertarik dan tidak mahu beli nasi lemak biasa-biasa sebegitu.


Dan sekiranya sebungkus dijual sehingga RM 2 misalnya. Tetapi kita boleh dapat nasi lemak dengan telur goreng mata dan sedikit sambal paru dengan harga setinggi itu.


Manakala Azrol, seorang penjual nasi lemak yang biasa-biasa itu sebenarnya tidak tahu pun memasak nasi. Dia cuma mendapatkan bekalan nasi lemak setiap hari dengan kos RM 0.70 sebungkus.


Seorang penjual nasi lemak yang lain bernama Rasyidi memperoleh bekalan nasi lemak yang sama dengan kos lebih murah, RM 0.50 sebungkus.


SEBENARNYA dalam pelaburan, ramai dari kita membeli nasi lemak biasa-biasa dengan harga yang sangat mahal. Harga pasaran yang sebenarnya sepatutnya RM 1, tetapi disebabkan percayakan cakap orang lain bulat-bulat kita pun percaya nasi lemak biasa-biasa itu harganya boleh mencecah RM 5! Jadi, kalau beli RM 3 sebungkus pun masih bagus, sebab nanti kita percaya harganya akan naik jadi RM 5.


Sebagai seorang pelabur, kita sepatutnya menjadi seperti Azrol, beli nasi lemak dengan harga diskaun 30%. Sekiranya kita berusaha lebih gigih,kita pasti boleh membeli dengan harga diskaun 50%. Seperti peniaga Rasyidi.


Walaupun kita menyediakan RM 5 untuk sarapan pagi, tidak semestinya kita membelanjakan semua duit tersebut untuk beli nasi lemak. Walaupun kawan kita asyik beritahu kepada kita harga akan naik sampai RM 5 sebungkus.


“Jangan risau, hari-hari orang makan nasi lemak,” kata seorang kawan.


Ya, ini lah rahsia kekayaan pelabur paling kaya di dunia.

Sederhana atau mewah


Sesiapapun yang berjaya ada hak untuk membentuk bagaimana rupa kejayaan mereka. Ada orang berjaya memilih untuk hidup mewah. Ada pula orang berjaya yang lain, memilih untuk hidup sederhana.

Berjaya kemudian hidup cara mewah jika dibanding dengan berjaya kemudian hidup cara sederhana, kedua-duanya sama saja. Masih di tahap berjaya, cuma gaya hidup berbeza.

Contohnya, dalam dunia bola sepak, Anda boleh lihat dua perbezaan ini pada diri David Beckham dengan Zinedine Zidane. Beckham pemain bola sepak yang berjaya dan memilih gaya hidup kaya. Zidane juga adalah pemain bola sepak yang berjaya tapi memilih gaya hidup sederhana.Bukan berjimat-cermat, cuma bersederhana.

Apa jenis kejayaan yang Anda mahu capai? Yang mewah atau yang sederhana?

Khamis, 7 Oktober 2010

Untuk anak yng bakal menduduki pepeiksaan


Untuk anak-anak yang bakal mengambil peperiksaa, kumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alattulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ). kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
1. Al-Fatihah 7 kali
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allah hu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
Teruskan dengan bacaan doa..
" Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanla h jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin. ."
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak..

Keesokan harinya ambil segelas air,baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali,bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha , semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.

Payudara


Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;

1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan

Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada 'hatinya'.

3. Senaman

Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.

Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.

4. Urutan


Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

5. Bersihkan payudara

Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli

Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

7. Penyusuan

Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.

Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

8. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.

Blood Pressure


Systolic vs. Diastolic Blood Pressure Range - Units = millimeters of mercuryBlood Pressure Chart



The above chart is also available in Portuguese - Portuguese Blood Pressure Chart.
Many thanks to Salomao Fresco for providing it.

Human Blood Pressure Range Diagram

The 1st Number: Systolic pressure is the pressure generated when the heart contracts.
The 2nd Number:
Diastolic pressure is the blood pressure when the heart is relaxed.

What is Normal Blood Pressure? Buy and use an automatic blood pressure monitor. Compare your BP reading with the numbers on the chart above. Draw a line from your systolic pressure to your diastolic pressure. Is the slope of the line about the same as shown on the chart? Where do YOU fit in? What are your risk factors?
Are your blood pressure readings within the normal blood pressure range?
Should you take anti-hypertension medication to lower your blood pressure?

Normal human daily Blood Pressure Range can vary widely, so any single blood pressure monitor reading is not reliable. BP monitor readings must be taken at different times of day, to determine AVERAGE blood pressure levels over time.
What is important is your AVERAGE BP, or MAP (Mean Arterial Pressure) over time.
Or, where are those numbers sitting MOST of the time?
Normal MAP is about 93 mm of mercury.

Lowering High Blood Pressure Tactics
Download a 1-page printable .PDF file of the
Blood Pressure Chart above.

For the scientists among you: The pressure of 1mm of mercury = 0.019337 PSI. A systolic blood pressure of 2 PSI is good, a systolic blood pressure of 3 PSI is not good.