Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

DICINTAI DAN MENYINTAI

Imej
Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu. Kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah perasaanya sama seperti perasaan kita.. ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta perta…

Nukilan jiwa

Imej
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Lynas

Imej
Lynas Corp Ltd merupakan syarikat asing yang melaburkan RM1 billion bagi membina prasarana serta kemudahan untuk memproses lathanides (nama saintifik bagi rare earth) di 72, Jalan Gebeng 1/24, Bandar Industri Gebeng Jaya, Kuantan 26080 Pahang. Kawasan seluas 101.25 hektar di Kawasan Perindustrian Gebeng di peringkat permulaan, di mana operasinya dijangka bermula September 2009.
Pembangunan kilang itu dihentikan ketika krisis kewangan global. Syarikat kini mempunyai pelabur baru, China Non-ferrous Metals Co, Serta mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom telah diperoleh.

Taburan DOS Kawasan LYNAS sebelum operasi bermula

Pemprosesan ‘rare earth’ menghasilkan sisa radioaktif dan sisa radioaktif ini amat berbahaya bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh ekosistem. Tragedi yang menimpa penduduk-penduduk di Bukit Merah, Perak sekitar tahun 1982-87 Ramai yang telah meninggal dunia akibat pendedahan kepada sisa-sisa radioaktif – leukemia, kanser,…

Kekuatan cinta

Imej
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya.Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.

Iman dan takwa

Imej
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Always striving for the best

Imej
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita. Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.Kita jangan selalu mengharap…kerana mengharap tidak pasti tertunai. Tetapi kita boleh bersabar…kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta.Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang. Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata. Jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya.Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah. Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis. Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis.Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan. Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat.Kede…

Orang Hebat

Imej
Bagaimanakah untuk menjadi seorang yang hebat?

Jawapannya adalah mudah. Untuk menjadi juara ataupun hebat , kita mestilah memiliki mentaliti sama seperti orang hebat atau juara berfikir. Dr Stapler,yang merupakan penulis untuk buku ‘Think Like A Winner” telah menggariskan mereka yang hebat ini mempunyai 10 kepercayaan atau corak pemikiran. 10 kepercayaan inilah yang sebenarnya menjadi asas kepada pencapaian hebat mereka. Jadi, jika kita hendak menjadi seperti mereka, kita mestilah berfikiran seperti mereka. Membentuk mentaliti ini perlahan demi perlahan seterusnya mendapat hasilan yang optimun.

Disini disenaraikan 10 kepercayaan utama mereka.

* Orang hebat bukanlah dilahirkan, mereka dicipta.
* Daya yang menentukan kewujudan anda adalah fikiran yang anda masukkan.
* Anda berkuasa dalam menentukan realiti anda.
* Terdapat hikmah disebalik kepayahan.
* Setiap kepercayaan anda adalah pilihan.
* Anda tidak dikalahkan sehinggalah anda menerima realiti bahawa anda dikalahkan dan mengambil keputusan…

Andai ini Ramadhan yang Terakhir

Imej
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang..bakal kau syairkan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesung…

Engkau..

Imej
Dengan kecantikan yang anda miliki, teryata lebih cantik dari matahari.
Dengan akhlaq anda, anda lebih harum dari minyak wangi
Dengan sikap tawadhu' anda, anda lebih tinggi dari purnama
Dengan cinta anda, anda lebih segar dari rintik gerimis
Oleh kerana itu peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan. Dan dengan hijab yang menutup aurat.
Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua raka'at menjelang subuh, dahagamu di tengahari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh ALLAH, air mata taubat, sujud panjang di atas hamparan sejadah, dan malu kepada ALLAH ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.
Jadikanl

Cinta

Imej
Cinta adalah emosi positif yang amat kuat. Kerana cinta, sesiapa saja sanggup berkorban segala dan buat apa saja. Cinta sifatnya subjektif, sama ada cinta pada ibu bapa, negara mahupun cinta pada seorang kekasih.

Kita bersemangat bila adanya cinta dan motivasi juga naik membara bila ada semarak cinta. Tekanan, risau dan gundah gulana hilang bila munculnya cinta. Cinta juga wujud dalam semangat setia kawan, bak kata Bob AF2, Cinta Seorang Teman.

Andai Anda tiada kekasih yang untuk mencurah cinta, tumpahkan kasih sayang Anda pada ibu bapa, keluarga, adik beradik mahupun hobi Anda.

Sejak dari dulu lagi, motivasi timbul bila adanya rasa cinta. Jadi, untuk memberi semangat pada diri sendiri, timbulkan rasa cinta di dalam hati Anda, kalau boleh dari pagi hingga ke malam hari!.

Elak memandang cinta sebagai emosi yang menyakitkan, sedih ataupun pilu kerana sikap negatif sebegitu akan membuang motivasi jauh dari diri Anda. Kesannya, Anda sukar nak ada motivasi dalam apa jua yang Anda lakukan.

Kita …

CINTA

Imej
Di suatu pulau kecil ada seorang gadis bernama CINTA dan teman-temannya namanya KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN, KEKAYAAN,
Mereka hidup berdampingan dengan baik sekali, namun suatu ketika datang badai menghempas pulas pulau kecil itu dan air laut pun tiba-tiba naik dan akan menggelamkan pulau itu.
Semua penghuni pulau cepat2 berusaha menyelamatkan diri,CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak tahu berenang dan tidak mempunyai perahu.
Dia berdiri di tepi pantai cuba mencari pertolongan sementara itu air smakin naik membasahi kakinya. Tidak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.
'KEKAYAAN! KEKAYAAN! tolong aku!,' teriak CINTA'
`Maaf CINTA' kata KEKAYAAN.. Aku tak dapat membawamu..perahuku ini akan tenggelam jika bawa bersamamu. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu.
CINTA sedih sekali namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lalu dengan perahunya
" KEGEMBIRAAN! tolong aku ! " teriak CINTA
Namun KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana sedang asyik dengan per…

Perancang Kewangan Bebas

Imej
Di Malaysia, perancang kewangan yang bebas adalah teramat sedikit.Financial planner yang tidak terikat dengan mana-mana institusi kewangan dan boleh memberikan khidmat nasihat yang menyeluruh.Manakala, jurujual produk kewangan financial product salesperson bersepah-sepah di pasaran. Mereka ini terikat dengan institusi kewangan, baik namanya syarikat insurans / takaful, syarikat saham amanah, bank, syarikat broker dan sebagainya.
Perbezaan utamanya adalah …Anda membayar khidmat financial planner untuk mendapatkan khidmat nasihat (consultation).Manakala, financial product salesperson akan memberikan ‘khidmat nasihat’ atau lebih tepat ’sales script’ secara percuma dengan harapan utamanya anda akan membeli produk yang mereka tawarkan.Malangnya, di Malaysia ni saya lihat financial product salesperson ini dengan selamba kodok meletakkan title seperti financial planner, penasihat kewangandalam kad-kad bisnes mereka. Tetapi bila berjumpa sewaktu temujanji, anda hanya mendengar sales …