Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Maulidur rasul

Imej
Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit dan getir. Baginda menempuh pelbagai ancaman dan halangan; menghadapi bermacam kesengsaraan, penderitaan dan penindasan. Namun begitu, Baginda tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanah Allah. Akhirnya Baginda berjaya menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh I…

Kenapa menangis

Imej
Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepad…

Berselawatlah

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya
Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum.
Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan
dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai
pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah
dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Da…

Nabi Muhammad SWT

Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Yaitu Rasulullah SAW,
penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,Bertambah ingat lagi,

Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,

Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan 'fathonah',
Bahkan yang paling 'Fathonah' dikalangan rasul-Nya,

Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia bi…

Anak adalah amanah.

Imej
Anak-anak adalah amanat di tangan kedua ibu bapa. Hatinya suci laksana mutiara yang berharga, indah, bersih dari segala gurisan dan bentuk. Ia akan menerima apa sahaja yang dibuat kepadanya dan condong kepada apa yang ditarik kepadanya. Jika dibiasakan anak-anak itu dengan perbuatan-perbuatan baik yang diajar kepadanya, ia akan besar dalam keadaan itu sehingga berbahagialah kehidupannya dunia akhirat.

Sebaliknya jika anak-anak itu dibiasakan dengan perbuatan-perbuatan yang jahat dan dicuaikan pendidikannya seperti kehidupan binatang yang terbiar, sudah tentu dia akan binasa. Kalau sekarang ini kita begitu bersungguh-sungguh menjaga keselamatan anak-anak kita dari mara bahaya seperti terkena api dunia, maka melindunginya dari api akhirat adalah lebih penting dan utama lagi.

Lindungi anak-anak itu ialah dengan memberinya pendidikan dan pengajaran yang baik, dan membiasakan mereka dengan segala akhlak dan budi pekerti yang terpuji, dan bergaul dengan kawan-kawan yang baik.

Tidak usah terlal…

HealthCare NowDays

Imej

Wanita..

Imej
WANITA..

kau digelar sbg penyeri dunia,
hadirmu pelengkap hubungan manusia,
bukan dirimu insan biasa,
malah adam turut sunyi tanpa hawa..

WANITA..
tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat dibahu untuk dilindung,
dekat jua dihati untuk dikasihi..
enkaulah WANITA hiasan duniawi...

WANITA..
hiasan dunia..
seindah hiasan adalah wanita solehah..
yang akan membahagiakan syurga didalam rumah tangga..

Yakin Pada Diri

Imej
Anda tahu siapa anda. Anda lebih mengenali bagaimanakah diri anda. Terima diri anda seadanya. tuhan telah tentukan bagaimana keadaan anda. Jika anda ada kekurangan dari satu sudut tetapi pada satu sudut yang lain anda mempunyai kelebihan. Kadang kadang kelebihan ini hanya diri anda yang mengetahuinya. Tuhan tidak hanya memberikan kekurangan tetapi juga kekuatan pada diri anda.
Jadi kita kena cari dimana kekuatan itu. Bila anda dah menemuinya, gilap dan perbaiki dari masa ke semasa. dan akhirnya kekuatan itu akan memberikan kita keyakinan diri. Jangan respon kepada teguran dan cacian yang negatif terhadap diri anda. Diam kan saja, jangan fikir dan biarkan ianya berlalu. Anda akan kehilangan rasa yakin pada diri jika anda respon terhadap teguran yang negatif itu. Kadang kadang emosi akan terganggu dan menyebabkan anda hilang pertimbangan. Rasa yakin pada diri akan hilang satu persatu.
Sikap kawan boleh mempengaruhi anda. Jadi pandai pandai la mencari kawan. Berkawan lah dengan sahabat sah…

Terima lah seadanya

Imej
Jika kamu menadah air biarlah berpada. jangan mengharapkan pada takungannya dan janganlah mengharapkan ianya begitu teguh cukuplah sebagai keperluanmu.
Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula dan akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ianya masih boleh digunakann lagi.
Begitu juga jika kamu menerima seseorang terimalah seadanya Jangan terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggap begitu istimewa anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah untuk kamu menerimanya akhirnya kamu kecewa meninggalkanya sedangkan jika kamu memaafkanya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya

Happy In Life

Imej

Minyak Dan Gas

Imej
Crude Oil dan Gas asli. Crude oil ialah cecair (liquid) yang datangnya dari bawah permukaan bumi. Nama pun cruder oil, jadi crude oil ni perlu di process terlebih dulu dan diasingkan melalui beberapa process dan process-process ini menghasilkan product seperti petrol, diesel, jet fuel minyak pelincir dan sebagainya. Manakala gas asli (Natural Gas) ialah gas yang juga tersimpan dalam telaga minyak tadi. Ada 3 chemicals yang boleh di dapati daripada natural gas ni ethane,propane, and butane. Ethane di process dan dijadikan ethylene, kemudian digunakan untuk menghasilkan barangan polyethylene seperti plastic bag, casing handphone korang dan bekas plastic isi kuih. Polyethylene (M) Sdn Bhd di Paka nun menghasilkan polyethylene material dan menjadi raw material kepada manufacture barangan plastic. Optimal (M) Sdn Bhd, Petlin Sdn Bhd, Ethylene Malaysia Sdn Bhd ni semua chemical plant yang berkaitan dengan raw material dari natural gas ni. Kalau lalu kat Paka boleh nampak plants ni kiri kanan…

MEN & WOMEN

Imej
ARTIKEL DARI SEORANG SAHABAT
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimak…

Friendship is for

Imej

Mat Rempit

Kampung Band

Kenali lelaki Jujur

Imej
DARI DR TUAH

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak.
Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.

Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur…