Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Buat Saja

Buat saja apa yang kita nak buat.Set matlamat, lepas tu kejar matlamat tu.Bertindak, jalani prosesnya secara berterusan.Maknanya, buat tiap hari, jangan pernah tinggal.Selepas buat dengan konsisten, minat akan mula timbul. Kita akan mula terasa ‘thrill’nya. Kita akan mula rasa seronok .Lama-kelamaan, bila sudah ada rentak sendiri, idea akan muncul secara automatik. Benda-benda di sekeliling akan menjadi pencetus idea serta merta. Apa saja yang kita nampak, baca, lihat dan tonton menimbulkan idea spontan buat kita.Minda kita cepat belajar sesuatu yang baru, lantas menerimanya sebagai sebahagian dari kemahiran kita.Bila dah jumpa benda yang sama tiap hari cuma dengan sedikit perbezaan, kita akan mudah kenal pasti sebab dah biasa. Begitu juga motivasi.Kita kena rajin, kena persisten memberi motivasi pada diri sendiri. Bangun aje pagi, panjatkan kesyukuran lepas tu baca balik apa matlamat kita. Dari situ, kita akan bermotivasi, rasa bersemangat.Ada perkara yang kita ragu-ragu, tapi kita n…

Empat Orang isteri

Imej
Dari sebuah buku... Sesuatu yang menarik untuk dikongsi..

SUATU ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain. Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit. Sama halnya de…

Kesilapan adalah salah satu proses pembelajaran

Imej
Kita akan kerap melakukan kesilapan dalam proses kita berusaha sedaya upaya memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.Dari kesilapan tu, kita akan dapat belajar banyak perkara lantas menjadikan kita semakin rasional dalam membuat keputusan, cekap dalam mengambil tindakan, menjadikan kita berfikir jauh ke depan.Orang yang mahu belajar dari kesilapan, dapat tahu lebih banyak daripada orang lain dalam bidang yang sama. Kesilapan menjadikan kita lebih berpengalaman walaupun kesilapan tu pahit rasanya, tak semanis kejayaan.Bila Anda buat silap, jangan merasa terpukul, tertekan atau gusar tapi bersabarlah. Pujuk hati sendiri, beri semangat pada diri Anda, katakan kesilapan yang berlaku dapat mengajar Anda sesuatu.Bukannya Anda yang nak kesilapan tu berlaku. Anda sendiri tak tahu pun kesilapan akan muncul kerana Anda tak bersedia berdepan kesilapan.Anda cuma boleh menerima atau menolaknya. Cara terbaik, terima saja, belajar darinya, fahami dan tekad untuk buat lebih baik lagi di masa akan …

Kejayaan dari kesilapan

Imej
Manusia normal seperti kita, kerap membuat kesilapan. Itu tandanya kita adalah manusia normal yang beremosi. .Paling memeritkan, kesilapan tu kekadang mengakibatkan luka yang pedih, susah nak diubati, terlalu dalam hingga membuat kita tertekan pastu hilang semangat.Kemudian, kita tak tahu cemana nak bangkit balik, bersemangat balik. Mungkin Anda juga pernah melalui situasi serupa, mungkin banyak kali sampai terasa nak ‘give up’.Saya dan Anda sama. walaupun kita diluar kita berlainan - berlainan bangsa, berlainan umur, berlainan sikap, berlainan kerjaya, berlainan jantina, di dalam kita tetap sama.Sama yang cemana? Sama di hati kita.Hati kita banyak terfokus kepada usaha membina kebahagiaan, kecemerlangan, kejayaan. Saya percaya Anda tekad mahu berjaya.Saya juga mahu berjaya seperti Anda. Tekad kita serupa!Semuanya bermula dari keinginan membara. Anda mahu memperbaiki diri Anda sebagus yang mungkin, lebih bagus dari yang sebelumnya. Begitu juga saya bermatlamat mahu mencapai kebagusan …

Mengekalkan perkara yang positif dalam diri

Imej
Setelah kita berpuasa sebulan lamanya... Banyak perkara yang positif berlaku dalam diri kita. Tetapi bagaimana untuk mengekalkan perubahan positif dalam diri:
1. Tekad untuk bersikap positif, berfikiran positif sepanjang masa. Elak segala yang negatif walaupun sedikit ( cakapan negatif, fikiran negatif, sikap negatif, tindakan negatif). Unsur negatif yang sedikit akan menghilangkan sikap positif serta merta.Sikap positif akan membuat Anda dapat mengekalkan perubahan dalam diri lantas menyerapnya menjadi sebahagian daripada tabiat biasa.Sikap negatif, walaupun sedikit, akan melunturkan perubahan yang dibina. Selagi sikap negatif tidak dikurangkan, selagi itu kita akan mengalami kesukaran untuk mengekalan kesan perubahan.2. Disiplin. Jaga disiplin, latih diri berdisiplin dalam mengekalkan perubahan yang dicipta. Sesudah berubah, jika perubahan, kekalkannya dengan disiplin. Disiplin yang terjaga akan membentuk peribadi tersendiri.3. Ransang diri dengan cakapan-cakapan positif di dalam hat…

To My Best friends..

Imej

Rahsia Al-fatihah

Imej
Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam …

Cerita Kelakar..

Citer 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci ..........


Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5

Citer ni member aku yg beritau. Sam…

Puasa Enam

Imej
Sesiapa yang berpuasa penuh pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah seperti dia berpuasa setahun penuh. (Muslim)
Jadi terpulang pada anda...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Imej
Selamat Hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog yang setia, follower dan silent reader.
Selamat menyambut hari raya ... dan terima lah pantun ini.
Kelantan...Make ikke cicoh buduJange lupo tamboh satarKelik rayo taksir lajuNanti rayo dale sepitaTerengganu.. .Makang ubi jamang jepongMakang kepok cicah cukeBulang pose mung bengongBulang raye mung gilePahang...Sepadan Pahang ada kasinoNasi dagang ikan patinJange mu masam mukoRaya makan rendang sadinJohor...Cegitu cegini awak sukeAwak suke kite tak sukeEsok luse hari rayeSama-sama bersuke rieMelaka...Hawau kau berak merateKaki bengkak ulau patokKalu balik naik kereteJangan pandu kalau ngantok

Petua untuk menambat hati isteri..

Imej
Sentiasa berdoa agar disayangi.Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.Ji…

CRIME WATCH

Imej
Ehsan Dari MCC. Berhati hati terutama di musim perayaan
Watch Out for These Criminal Tricks

(1) Today I passed by a building which has an ATM machine. There was an old man looking at me. Suddenly, he called me. He said he didn’t know how to read, so he gave me his ATM card and asked me to help him withdraw money from the ATM machine. I answered‘NO! If you need help, ask the security to help you.’Then he said‘never mind…’and continued to find other people to help him… REMEMBER: ATM machines have CCTVs. If you help him he will later claim that you have robbed him or stolen his ATM card. Besides, his ATM card could be a stolen one. So please be careful of these tactics. (2) Suddenly your house lights go off. From your window you find that your neighbours still have their lights. So you go out of your house to check the Meter Box. But once you open the door, a knife will be pointing at you and preventing you from closing it. This is when you will be robbed and injured. REMEMBER: Even though yo…