Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Circle Of Competence

Imej
Circle of competence ini adalah ruang lingkup bidang yang kita mahir.
Warren Buffett berjaya dalam hidupnya sehingga menjadi fund manager paling kaya di atas planet ini adalah disebabkan dia sentiasa membuat keputusan pelaburannya berdasarkan circle of competence.
Michael Jackson sampai hujung hayatnya dikenali sebagai raja Pop. Tidak pernah kita dengar MJ cuba menjadi raja dangdut.
Warren Buffett hanya melabur dalam syarikat yang dia faham dan Michael Jackson tetap dengan style lagu dan muzik popnya. Dan keduanya berjaya dan dikenali satu dunia serta mempunyai peminat tersendiri, sampai mati pun MJ tetap digilai.
Kita tidak akan tahu dan pandai semua benda. Kalau dia kata dia pakar dalam semua benda, maka dia gila. Cari sahaja apa yang kita pandai yang Allah swt dah bagi.
Jadi kenapa kita tak cuba cari apa yang kita pandai dan fokus segala usaha kita di situ untuk menjadi yang terbaik?

Penyelam Mutiara

Perjalanan hidup manusia bagaikan penyelam mutiara. Seorang penyelam mutiara, dalam tugasnya selalu dibekal dengan tabung oksigen yang terpasang dibelakangnyanya. Pada saat ia menyelam, niatnya hanya ingin mencari tiram mutiara sebanyak-banyaknya. Tetapi bila ia berada di bawah, ia mulai lupa pada tugasnya. Kenapa? kerana pemandangan di dalam laut sangat mempesona. Bunga karang yang melambai-lambai, ikan-ikan berwarna-warni dengan riangnya membuatnya terpesona. Dia terlupa tugasnya untuk mencari tiram mutiara yang berada jauh di dasar laut sana.

Hingga pada suatu saat, dia terkejut apabila mendapati oksigen yang berada di belakangnya tinggal sedikit lagi. Timbullah rasa takutnya. Tak terbayang olehnya bagaimana kemarahan majikannya kelak bila ia muncul ke permukaan tanpa membawa tiram mutiara sebanyak yang diharapkan. Maka dengan tergopoh-gopoh ia pun berusaha untuk mencari tiram mutiara yang ada disekitarnya. Namun sayang, kekuatan fizikalnya sudah lemah, tenaganya sudah tiada kerana …

WOMEN AS EXPLAINED BY ENGINEERS

Imej
1st

2nd

3rd

4th

5th

Husband poyo

Salam..Smlm ada dapat satu email yang menarik... boleh jadi bahan lawak jugak.. tapi ada cerita yang boleh dia ambil iktibar.. heheh

Before marriage...

He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!

After marriage....
Simply read from bottom to top.

Kata Kata hikmah

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan dia…

Kehidupan....

Imej
Bagaimana sukar kehidupan ini...

Melupakan memang susah tetapi ianya boleh menyenangkan

Imej
Melupakan sesuatu yang membuat Anda sakit hati, geram, marah atau terpukul memang susah. Ia bagaikan mustahil. Namun, Anda memang boleh melakukannya jika Anda sanggup buat 2 langkah yang dicadangkan selepas ini.Anda susah pasti melalui situasi di mana.. ada orang sakitkan hati Anda, mentertawakan Anda, memarahi Anda, memperli Anda, merendah-rendahkan kebolehan Anda dan memandang sebelah mata pada kata-kata Anda, seolah-olah apa yang Anda katakan itu remeh serta kurang penting. Siapa yang tak sakit hati bila dah camtu?Pasti sesiapa saja akan sakit hati serta merta. Kemudian, susah nak lupa. Untuk menyenangkan Anda melupakannya, mula bertindak dengan mengambil langkah pertama. Apa dia? Maafkan saja. Jadi seorang pemaaf, cepat memaafkan, senang memberi kemaafan dan mudan menerima maaf.Maafkan orang yang sakitkan hati Anda tu serta merta, maafkan kesalahannya sebelum Anda tidur, selepas Anda sembahyang atau andai kata jika Anda teringatkan dia.Sikap memaafkan Anda membuat Anda jadi orang …

Petua Kekal bahagia

Imej
TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga. 1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran ter…

Stadium Sultan Mizan Runtuh

Imej
KUALA TERENGGANU, 2 Jun: Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu runtuh jam 7.30 pagi tadi walaupun baru beberapa tahun dibina dan dirasmikan 10 Mei tahun lalu sempena Sukan Malaysia 2008.

Bangunan yang boleh memuatkan 50,000 penonton itu hampir separuh runtuh (40 peratus) dan tidak boleh digunakan lagi.

Turut tertimbus di bawah runtuhan adalah sebuah kereta Kancil dan empat buah motosikal. Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang menghadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM).
Menurut sumber, beberapa laporan kerosakan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tentang stadium itu sebelum ini namun ia telah tidak diambil serius oleh pihak berkuasa.