Rabu, 28 Mei 2008

Berhentilah menjadi gelas

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak murung dan sedih."Kenapa kau selalu murung dan sedih nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu? " Si Guru bertanya."Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh dengan masalah. Sukar bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tiada akhirnya" jawab si murid muda.Si Guru tersenyum. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam, Bawalah kemari. Biar ku perbaiki suasana hatimu itu."Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa segelas air dan dua gengam garam sebagaimana yang diminta."Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu, setelah itu cuba kau minum airnya sedikit" kata Si Guru. Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air yang sangat masin."Bagaimana rasanya?" Tanya Si Guru."Masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.Si Guru tersenyum sekali lagi apabila melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan."Sekarang kau ikut aku." Si Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka. "Ambil garam yang segenggam lagi, dan tebarkan ke danau"Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya kurang sopan meludah di hadapan gurunya itu, Begitulah fikirnya."Sekarang, cuba kau minum air danau itu," kata Si Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, bersebelahan pinggir danau.Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tekakkannya, Si Guru bertanya, "Bagaimana rasanya nak?""Segar, segar sekali Guru" kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya."Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?""Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Si Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau tersebut sampai sepuas-puasnya."Nak," kata Si Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadarkan oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap sebegitu, Sebegitu, sebegitulah ia, tidak berkurang, tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."Si murid terdiam, mendengarkan."Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat bergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak terasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikanlah qalbu dalam dadamu itu sebesar danau"

Air mutlak dan air mustakmal

Sebagaimana yang lazimnya kita pelajari daripadaustaz-uztaz atau buku-buku tentang Fardu ‘Ain, airmustakmal itu tidak boleh dibuat untuk bersuci.Sekiranya air mustakmal itu digunakan untuk berwuduknescaya wuduk kita itu dianggap terbatal. Wuduk yangbatal akan menjejaskan keabsahan solat seseorang. Olehsebab itu permasalahan air mustakmal harus kitaperhatikan dengan serius kerana solat adalah perkarayang pokok di dalam Islam. Ini sebagaimana sabdaRasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnyaadalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad. -Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi, no: 2541.DEFINISI AIR MUSTAKMAL.Air mustakmal adalah air yang suci tetapi tidakmenyucikan. Ia adalah air yang telah digunakan untukmengangkat hadas sama ada hadas yang kecil (berwuduk)atau hadas besar (mandi wajib). Ini bermakna air yangtelah dibasuhkan kepada anggota yang wajib sekiranyaditadah semula dan air itu tidak sampai dua kolah,maka air itu dikira sebagai air mustakmal iaitu tidakboleh di buat bersuci. Ia hanya boleh dibuat minumatau makan sahaja atau membasuh benda-benda yang bukannajis. Begitu juga sekiranya air basuhan wajibtertitik ke dalam air yang tidak sampai dua kolah, iadikira mustakmal.ADAKAH TUBUH SEORANG MUKMIN ITU NAJIS?Kebiasaanya yang menyebabkan air itu tidak suci dantidak boleh berwuduk dengannya adalah disebabkan ianyatelah tercampur dengan unsur-unsur najis. Maka adakahtubuh seorang mukmin itu dianggap sebagai najissehingga sekiranya terpercik air dari anggota tubuhnyaia boleh menjejaskan kesucian sumber air untukberwuduk? Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihatsebuah riwayat daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh:Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berjumpadengannya di salah satu jalan kota Madinah, sedangkanwaktu itu dia di dalam keadaan junub. Maka dia punmenyelinap pergi dari Rasulullah lalu mandi, kemudiandatang kembali. Ditanyakanlah oleh Nabi shallallahu'alaihi wasallam kemana dia tadi lalu dijawabnyabahawa dia datang sedang di dalam keadaan junub dantidak hendak menemaninya di dalam keadaan tidak suciitu. Maka bersabdalah Rasulullah shallallahu 'alaihiwasallam: “Maha Suci Allah, orang mukmin itu tidakmungkin najis.” - Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, no:283Imam al-Bukhari rahimahullah memasukkan hadis ini didalam bab “Keringat Orang Junub dan Seorang MuslimTidak Najis.” Jelas melalui hadis di atas, iamembuktikan tubuh seorang mukmin itu bukanlah najiswalaupun di dalam keadaan berjunub. Oleh itu tidak adaalasan untuk menyatakan bahawa sekiranya terpercik airdari tubuh seorang mukmin lalu jatuh ke dalam bekasair ianya akan menghilangkan kesucian air tersebut.Jelas apabila barang yang suci bertemu barang yangsuci ianya tidak akan memberi pengaruh apa-apa.Tambahan lagi menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalanirahimahullah:Ibnu Hibban (rahimahullah) telah menyebutkan hal inidi dalam satu bab yang tersendiri di dalam kitabnya,sebagai bantahan terhadap orang yang berpendapatbahawa orang yang junub dan berniat mandi wajib, laluair percikan mandi wajibnya itu jatuh ke dalam bekasmaka airnya menjadi najis. - Al-Hafidz Ibnu Hajaral-Asqalani, Fathul Baari, Jilid 2, ms. 469.NABI TIDAK MENGHARAMKAN PENGGUNAAN AIR MUSTAKMAL UNTUKBERWUDUKTerdapat beberapa riwayat yang sabit daripada Nabishallallahu 'alaihi wasallam bahawa air mustakmal ituadalah suci dan boleh digunakan untuk berwuduk. Telah diriwayatkan dari Humran (hamba abdi ‘Uthman),bahawasanya dia melihat ‘Uthman bin Affan mintadibawakan sebuah bejana, lalu menuangkan air daribejana itu ke telapak tangannya dan mencuci keduanyatiga kali. Kemudian dia memasukkan tangan kanannya kedalam tempat wuduk itu (bejana) lalu berkumur-kumurseraya memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya.Setelah itu dia membasuh mukanya tiga kali…Kemudiandia (‘Uthman bin Affan) berkata: “Aku melihatRasulullah berwuduk sebagaimana wuduk ku ini…”- HadisRiwayat Imam al-Bukhari no: 164.Dari hadis ini jelas kita melihat bahawa ‘Uthmanal-Affan radhiallahu 'anh telah mencelup tangannya kedalam sebuah bejana berisi air dan terus menggunakanair tersebut untuk membasuh anggota wuduk yang lain.Sekiranya air mustakmal itu tidak suci untuk berwudukpasti dia akan menyuruh Humran untuk menggantikan airdi dalam bejana tersebut kerana ianya tidak sah lagiuntuk digunakan untuk berwuduk. Lantas ‘Uthmanradhiallahu 'anh mensabitkan perbuatannya kepadaajaran Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.Rubaiyi’ binti Mu’awwidz mengkhabarkan bahawa diamelihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk. Katanya: “Baginda menyapukan kepalanyadengan air yang tersisa dari kedua belah tangannya.” -Hadis Riwayat Imam Abu Dawud no: 110.Hadis ini secara jelas menunjukkan bahawa Nabishallallahu 'alaihi wasallam membasuh kepalanya denganlebihan air yang ada ditangannya tanpa mengambilsumber air yang baru. Jika air mustakmal itu tidakmenyucikan tentu baginda shallallahu 'alaihi wasallamakan mengambil air yang baru untuk menyapu kepalanya.Dari ‘Aisyah radhiallahu 'anha, dia berkata: Akupernah mandi janabah bersama Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam dari satu bejana dan tangan kamibergiliran memasuki bejana itu. - Hadis riwayat Imamal-Bukhari no: 261.Ukuran jumlah air dalam bejana ini diterangkan oleh‘Aisyah radhiallahu 'anha melalui sebuah riwayat lagi.Daripada ‘Aisyah dia berkata: Aku mandi bersama Nabishallallahu 'alaihi wasallam dari satu bejana darisebuah bejana yang disebut al-Faraq. - Hadis riwayatImam al-Bukhari no: 250.Ulamak berbeza pendapat tentang ukuran al-Faraq. Adayang menyatakan ianya 16 rithil atau 3 sha’ (lebihkurang 6.5kg atau 8.25 liter) air dan lain-lain. Apapun jua ukuran tersebut ianya tetap kurang dari ukurandua kolah. Apa yang jelas bagi kita Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam telah mandi wajib bersama‘Aisyah dan mereka berdua telah mencelupkan tanganmereka ke dalam bejana atau al-Faraq tersebut tanpamenggantikannya dengan air yang baru. Ini menunjukkanair mustakmal tetap suci untuk digunakan untukbersuci. Selanjutnya imam al-Bukhari rahimahullah meriwayatkansebuah athar secara mu’allaq:“Jarir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh memerintahkankeluarganya untuk berwuduk dengan sisa air yang diapakai bersiwak (membersihkan gigi dengan kayu sugi)” -Athar Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari,Kitab al-Wudhu’, Bab “Mempergunakan Sisa Air Wudhu’Orang Lain.”Mengikut amalan kebiasaan di Malaysia ternyata sisaair yang dipakai untuk mencelupkan kayu siwak/sugiadalah termasuk dalam jenis air mustakmal yang tidakboleh lagi digunakan untuk berwuduk. Ternyata Jarirbin ‘Abdullah radhiallahu 'anh seorang sahabat yanghidup sezaman dengan Nabi shallallahu 'alaihi wasallamtelah menyelisihi amalan yang lazim diamalkan diMalaysia ini. Abu Juhaifah berkata: “Rasulullah shallallahu 'alaihiwasallam keluar menemui kami waktu tengahari, laludibawakan air kepada beliau untuk berwuduk makamanusia mengambil sisa air wuduknya, kemudianmenyapukan ke badan mereka..” - Hadis Riwayat Imamal-Bukhari no: 187Berkenaan dengan hadis ini al-Hafidz Ibnu Hajarrahimahullah berkata: “Di sini terdapat keteranganyang sangat jelas mengenai sucinya air mustakmal.” -Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, Jilid 2, ms. 196Apa yang dapat kita simpulkan dari riwayat-riwayat diatas adalah air mustakmal itu suci lagi menyucikantanpa timbulnya keraguan. Syaikh Sayyid Sabiqrahimahullah berkata:Hukumnya (air mustakmal) suci lagi menyucikansebagaimana halnya air mutlak tanpa berbezasedikitpun. Hal itu adalah disebabkan asalnya yangsuci, sedangkan tidak dijumpai satu alasan pun yangmengeluarkannya dari kesucian itu. - Sayyid Sabiq,Fikih Sunnah, Jilid 1, ms. 36BENARKAH IMAM AL-SYAFI’I MENOLAK PENGGUNAAN AIRMUSTAKMAL DALAM WUDUKSetelah penulis merujuk kitab al-Umm karangan Imamal-Syafi’i rahimahullah tentang al-Thohaarah (bersuci)jilid 1, halaman 32 hingga 44, ketika beliaumembicarakan hukum penggunaan air yang kurang dari duakolah, ternyata perbincangan beliau lebih berkisartantang apabila air yang kurang dari dua kolahtersebut bercampur dengan najis. Maka di dalam keadaanini hukum air tersebut adalah tidak menyucikan dantidak sah digunakan untuk berwuduk. Sedangkan bagi airyang umat Islam di Malaysia definasikan sebagaimustakmal maka beliau menganggap ianya suci lagimenyucikan. Telah tertulis di dalam kitab al-Umm:Al-Rabi’ berkata: “Peluh orang Kristian, orangberjunub dan wanita yang sedang haid itu suci.Demikian juga peluh orang majusi dan peluh setiapbinatang ternak itu suci. Air sisa minuman binatangternak dan binatang buas seluruhnya itu suci kecualianjing dan babi.Al-Rabi’ berkata dan itu adalah kata al-Syafi’ibahawa: “Apabila seorang meletakkan air, lalu diamengerjakan sunat dengan bersugi dan dia membenamkansugi itu di dalam air, kemudian dia mengeluarkannya,nescaya dia dapat berwuduk dengan air itu. Kerana yangtedapat pada sugi itu adalah air liurnya. Dan kalaudia meludah atau berdahak atau berhingus dalam air,nescaya tidak menajiskan air itu. Binatang ternak itusendiri minum di dalam air dan kadang-kadangbercampuran air liur dengan air maka tidaklahmenajiskan air kecuali binatang itu anjing dan babi.Begitu juga kalau berpeluh, lalu peluhnya jatuh dalamair, nescaya tidak menajiskan. Kerana keringat manusiadan binatang ternak itu tidak najis. Dan sama sahajadari tempat manapun peluh itu, dari bawah bahu ataulainnya. - Al-Imam al-Syafi’i rahimahullah, Al-Umm(Kitab Induk), jilid 1, ms. 38.Selarilah pandangan Imam al-Syafi’i rahimahullahdengan hadis-hadis yang sabit dari Nabi shallallahu'alaihi wasallam tentang keabsahannya menggunakan airmustakmal untuk berwuduk.Berkenaan dengan hukum penggunaan air mustakmal iniDr Yusuf al-Qaradhawi berkata:Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa di sana ada airyang suci namun tidak menyucikan yang mereka sebutkandengan air mustakmal…Namun tidak ada dalil manapunyang menunjukkan akan kebenaran pendapat ini bahkandalil sebaliknya (sucinya air mustakmal) menunjukkandengan sangat jelas. - Dr. Yusuf al-Qaradhawi, FikihThaharah, ms.52.Pengarang Kitab Shahih Fikih Sunnah pula berkata:Dalam hal ini (penggunaan air mustakmal) para ulamakberbeza pendapat, apakah ia tetap suci atau tidak?Pendapat yang paling kuat menyatakan bahawa ia masihtetap dianggap air yang dapat menyucikan selagi tidakkeluar dari nama air mutlak dan tidak bercampur dengansuatu najis yang sampai mempengaruhi salah satusifatnya (iaitu warna, bau dan rasa). Ini adalahpendapat Ali bin Abu Thalib, Ibnu ‘Umar, Ibnu Umamah,segolongan ulamak salaf, yang masyhur dari mazhabMalik, salah satu riwayat daripada Syafi’i dan Ahmad,pendapat Ibnu Hazm, Ibnu Mundzir dan pendapat yangdipilih oleh Syaikh al-Islam (Ibnu Taymiyyah). - AbuMalik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,jilid 1, ms. 160.Adalah harapan penulis dengan penjelasan yang serbaringkas ini akan dapat menghilangkan keraguan tentangkesucian air mustakmal untuk digunakan ketikaberwuduk. Maka air yang di dalam baldi, tong drum,kolah dan sebagainya yang biasa kita gunakan di rumahuntuk menyimpan air adalah dibenarkan untukdipergunakan untuk berwuduk walaupun telah terpercikdengan air dari badan kita. Air di dalam bekastersebut adalah sama hukumnya dengan air mutlak selagitidak bercampur dengan najis atau berubah bau, warnadan rasanya.

Rabu, 21 Mei 2008

SOLAT

ASAL USUL SOLAT SUBUH:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.Rakaat ketiga:- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat Semoga dengan memahami bacaan Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.
Allah Maha Besar
(Takbiratulihram) Doa Iftitah Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi, Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai Hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, Kayakan daku, Angkatlah darjatku, Rezekikan daku, Berilah aku hidayah, Sihatkanlah daku Dan Maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta Keberkatannya. Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Sabtu, 17 Mei 2008

Masih kah kau ingat ???

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:
kita membesar dgn menonton G-Force,Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunksn Mickey Mouse.
Not to forget Ninja Turtles, Mask,Smurfs dan Voltron.
berus gigi time waktu rehat kat skolahrendah?...hmm, mesti pegang cawanwarna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgnclassmates semua kat seblah...ingat tak,
misi kat skolah masuk kelas dgn listdentist appointment.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat biliksebelah. ada gigi yangberlubang, kene laa tampal.ni sure korang igt...
program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 timetuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jekkat kantin.
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan chinatu...
ada yang suka stokingtebal laaa...
internet? email? Menda alah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,Happy Family laa dlm class.tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kankeje skolah, jom kitapegi makan. budak2 yg dpt Rancangan MakananTambahan (RMT) mesti kluar awal.
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batangaiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yangtube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2die!lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..nipun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.

...budak2 skarang,bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu'We Are the World, We Are the Children...'dan lagu 'Uptown Girl' yang diorgtau,yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni,dan ade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir.Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tufilem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nakswitch on TV kalau xde remote control. dan diorg tak paham macam mane kite bolehsurvive dkt universiti tanpahandphone...hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,dan korg sure tersenyum2. kebanyakan member2 skolah menengah kitedah kawin3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik mainkomputer, selamba je4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolahmenengah guna handphone5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melaluitelefon lagi setiap hari6. bile jumpe member lame dari semasa kesemasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kitealami mase dulu time kecik2,nakal2 dulu...7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akanterpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...hehehe
--

Ahad, 11 Mei 2008

Health - Important Tips

Answer the phone by LEFT ear.Do not drink coffee TWICE a day.Do not take pills with COOL water.Do not have HUGE meals after 5pm.Reduce the amount of OILY food you consume.Drink more WATER in the morning, less at night.Keep your distance from hand phone CHARGERS.Do not use headphones/earphone for LONG period of time.Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times. Forward this to those whom you CARE about!

Sabtu, 10 Mei 2008

Handling light Hydrocarbons



1)White vapor cloud will form when leaks out ----- we should not assume that it is steam. We must go and check. ----- Vapor cloud is due to “ condensed water particles from air when butane gets vaporized”
2) Spills on body------ can result severe frostbite (due to vaporization )
3)Over filling of tanks and sample bombs is dangerous ----- thermal expansion results explosion
4)Vents should be at top most point --- other wise dead pockets will be there while venting which will result explosion while opening
5)Draining carefully ------ water can form ice and can choke the drins and valves
6)Sampling -------- outage tubes to be used
7)Air entry ------- air can enter into flare stacks due to light vacuum at inlet-can result explosion ------ even at other places

thermal insulation


The term thermal insulation can refer to materials used to reduce the rate of heat transfer, or the methods and processes used to reduce heat transfer. Thermal insulation is the method of preventing heat from escaping a container or from entering the container. In other words, thermal insulation can keep an enclosed area such as a building warm, or it can keep the inside of a container cold. Heat is transferred by from one material to another by conduction, convection and/or radiation. Insulators are used to minimize that transfer of heat energy. In home insulation, the R-value is an indication of how well a material insulates. The major types of insulation are associated with the major types of heat transfer:
Reflectors are used to reduce radiative heat transfer.
Foams, fibrous materials or spaces are used to reduce conductive heat transfer by reducing physical contact between objects
Foams, fibrous materials or evacuated spaces are used to reduce convective heat transfer by stopping or retarding the movement of fluids (liquids or gases) around the insulated object.
Combinations of some of these methods are often used, for example the combination of reflective surfaces and vacuum in a vacuum flask.
Understanding heat transfer is important when planning how to insulate an object or a person from heat or cold, for example with correct choice of insulated clothing, or laying insulating materials beneath in-floor heat cables or pipes in order to direct as much heat as possible upwards into the floor surface and reduce heat loss to the ground underneath.
Materials used for thermal insulation
Many different materials can be used as insulators. Many organic insulators are made from petrochemicals and recycled plastic. Many inorganic insulators are made from recycled materials such as glass and furnace slag.
Trapped air insulators
Most insulators in common use rely on the principle of trapping air to reduce convective and conductive heat transfer, but not radiative. These insulators can be fibrous (e.g. down feathers and asbestos), cellular (e.g. cork or plastic foam), or granular (e.g. sintered refractory materials).
The quality of such an insulator depends on:
The degree to which air flow is eliminated (large cells of trapped air will have internal convection currents)
The amount of solid material surrounding the air (large percentages of air are better, as this reduces thermal bridging within the insulator)
The degree to which the properties of the insulator are appropriate to its use:
Stability at the temperatures encountered (e.g. refractory materials used in kilns)
Mechanical properties (e.g. softness and flexibility for clothes, hardness and toughness for steam pipe insulation)
Service lifetime (due to thermal breakdown, water resistance or resistance to microbial decomposition)
Solid insulators
Any material with low thermal conductivity can be used to reduce conductive heat transfer. Astronomic telescope lenses are held in place by solid fiberglass supports, to prevent warping the lens slightly due to heat variations. A ceramic block or tile will keep a kitchen counter from being damaged by a hot pot.
For a list of good and bad insulators, see thermal conductivity.
Choice of insulation
Often, one mode of heat transfer predominates, leading to a specific choice of insulation.
Some materials are good insulators against only one of the heat-transfer mechanisms, but poor insulators against another. For example, metals are good radiative insulators, but poor conductive insulators, so their use as thermal reflective insulators in buildings is limited to situations where they can be installed in contact with air and not with solid material, such as on metal roofs, in attics (as a radiant barrier) or in cavity walls when trapped air (as air pockets, bubbles or foam) is next to the layer of metal. When physical contact is made with the layer of metal, the desired thermal resistance is lost and the opposite impact is achieved, as the metal then acts as a thermal conductor and not as an insulator.
Effect of humidity
Damp materials may lose most of their insulative properties. The choice of insulation often depends on the means used to manage humidity (water vapor) on one side or the other of the thermal insulator. Clothing and building insulation depend on this aspect greatly, to function as expected.
Heat bridging
Comparatively more heat flows through a path of least resistance than through insulated paths. This is known as a thermal bridge, heat leak, or short-circuiting. Insulation around a bridge is of little help in preventing heat loss or gain due to thermal bridging; the bridging has to be rebuilt with smaller or more insulative materials. A common example of this is an insulated wall which has a layer of rigid insulating material between the studs and the finish layer. When a thermal bridge is desired, it can be a heat source, heat sink or a heat pipe.
Optimum insulation thickness
For practical and economic reasons, it is undesirable to use too much insulation. Specifications of industrial insulation are usually done following a heat-transfer analysis. In household situations (appliances and building insulation), airtightness is a key in reducing heat transfer due to air leakage (forced or natural convection). Once airtightness is achieved, it is often sufficient to choose the thickness of the insulative layer intuitively. This is based on rules of thumb that account for cost, climate, local building practices, and standards determining comfort.
As the rate of heat transfer depends on the surface area of the object being insulated, adding a thin layer of poor quality insulation material to a small object can actually increase heat transfer. It can be shown that for some systems, there is a minimum insulation thickness required for an improvement to be realized. [1]

Selamat hari Ibu


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu

segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4.00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda. 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu 2-4 orang : Kamu sayang ibumu 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu